Gelombang Pembangkang Malaysia 2008

Gelombang Pembangkang Malaysia 2008 merupakan peristiwa mengejutkan yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang diadakan pada 8 Mac 2008. Gelombang politik ini diistilahkan sebagai kebangkitan tsunami politik yang tidak disangka-sangka , baik oleh parti kerajaan Barisan Nasional mahupun oleh pembangkang - DAP, PKR dan PAS. Gelombang ini digerakkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencatur kedudukan calon PKR, DAP dan PAS agar hanya satu parti pembangkang menentang Barisan Nasional. Ternyata semua pemimpin pembangkang akur dengan gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan kemenangan maksimum kepada pembangkang. Manifesto yang dikeluarkan oleh DAP, PKR dan PAS juga hampir sama iaitu mahu mengurangkan majoriti 2/3 Barisan Nasional di peringkat Parlimen dan merampas negeri yang utara Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan mengekalkan Kelantan di tangan PAS. Pembangkang juga cuba menguasai negeri Perak. Tetapi tanpa disangka kejayaan pembangkang tersebar ke Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Malah banyak kerusi di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta Pahang berjaya dimenangi oleh pembangkang.

Peristiwa Pra Pilihan Raya Umum 2008 sunting

Peristiwa menghunus keris sunting

Tindakan Hishammudin Hussein yang menghunus keris sewaktu Perhimpunan Agung Pemuda Umno di tahun 2005 didakwa menyinggung perasaan kaum Cina. Peristiwa ini mendapat sambutan hangat di akhbar-akhbar Cina serta dikritik oleh pemimpin pembangkang Cina[perlu rujukan]. Walaupun demikian, Hishammudin mengulangi perlakuannya di Perhimpuan Agung Umno 2006 dan 2007.

Protest Hindraf sunting

Pada 25 November, protest Hindraf tercetus akibat ketidakpuashati dengan rejim UMNO. Rata rata majority penduduk India telah bertukar angin dan mengundi pihak pembangkang. Paling ketara sekali apabila ketua MIC, Samivellu telah kalah dan kebanyakan kerusi MIC jatuh ke tangan pembangkang.

Skandal PKFZ (Port Klang Free Zone) sunting

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4.6 bilion telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN.

Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang membeli tanah tersebut daripada Koperasi Kemajuan Pulau Lumut pada harga RM95 juta pada tahun 1999 dan kemudian menjualnya ke Lembaga Pelabuhan Klang pada RM1.1 bilion pada tahun 2003, meskipun wujud tentangan di dalam kerajaan terhadap pembelian pada harga tersebut. Kerajaan boleh mengambilalih tanah tersebut di bawah Kanun Tanah Negara pada harga RM10 sekaki persegi, tetapi memilih untuk membelinya pada RM23 sekaki persegi. Kuala Dimensi kemudian dilantik kontraktor untuk projek tersebut, dan telah melaporkan pertambahan kos sehingga RM3.3 bilion. Pimpinan pusat dan tempatan UMNO, seorang ahli Parlimen SPDP dan bekas Setiausaha Parlimen MCA terlibat di dalam salah satu peringkat projek ini.

Strategi Pembangkang sunting

Strategi PAS sunting

Secara umumnya parti PAS dimonopoli oleh orang Melayu. Tetapi keterbukaan PAS terserlah apabila meletakkan pemimpin terkuat peringkat nasional untuk mempertahankan kubu Kelantan. Mahfuz Omar dari Pulau Pinang ditugaskan bertanding di Kedah. Begitu juga Salahuddin Ayub dari Johor dikekalkan di Kubang Kerian. Nasharudin Mat Isa yang brasal dari Kedah ditugaskan bertanding di Bachok bagi menentang calon Menteri Besar dari Barisan Nasional iaitu Awang Adik. Ibrahim Ali yang disingkirkan oleh UMNO telah diletakkan bertanding di Pasir Emas. Saifudin Nasution dari PKR dan berasal dari Kedah bertanding di Kelantan. Hanya Mohamad Sabu tersilap percaturan bertanding di Kuala Terengganu dan diganggu oleh calon warga emas.

Strategi DAP sunting

UMNO telah tidak disenang oleh kaum Cina dan kaum India kerana segelintir pemimpin seperti Khairy Jamalludin dan Hishammudin yang telah dituduh mengeluarkan kenyataan perkauman[perlu rujukan] terhadap kaum Cina dan India. Maka itu, DAP berkempen untuk dengan slogan kempen "Satu undi untuk GERAKAN adalah satu undi untuk UMNO". Wakil DAP juga diletak di kawasan penduduk kurang Melayu.

Strategi PKR sunting

PKR telah mengunakan pelbagai slogan seperti "Ketuanan Rakyat" yang telah menarik undi penduduk bandar dan Melayu sederhana. PKR yang mempunyai ahli-ahli Cina dan India juga telah menarik pengundi Cina dan India. Selain itu, PKR juga mengkritik BN sebagai satu parti yang penuh dengan rasuah. Kes VK Lingam dan masalah Port Klang Free Zone (PKFZ) dijadi isu kempen.