Gema Gegar Vaganza

Gema Gegar Vaganza ialah sebuah rancangan realiti muzik berunsurkan kerohanian terbitan Astro yang menyaksikan penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik Malaysia bersaing dalam satu pertandingan nyanyian.[1] Rancangan ini telah bersiaran sebanyak dua musim bermula 8 April 2017 hingga 12 Mei 2018 dan disiarkan pada setiap hari Sabtu bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam di rancangan Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135). Astro mengumumkan bahawa Gema Gegar Vaganza tidak disambung untuk musim ketiga.

Gema Gegar Vaganza
GenreRealiti
PengacaraSiti Nordiana
(musim 1-2)
Fikry Ibrahim
(musim 1-2)
Achey Bocey
(musim 1)
Fakhrul UNIC
(musim 2)
JuriMalaysia Farihin Abdul Fatah
(musim 1-2)
Indonesia Oki Setiana Dewi
(musim 1-2)
Negara asal Malaysia
Bilangan musim2
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran2 jam 30 minit
Syarikat penerbitan
ASTRO
Penyiaran
Saluran asalAstro Oasis
Astro Maya HD
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal8 April 2017 – 12 Mei 2018
Kronologi
Rancangan berkaitan
Pencetus Ummah
Gegar Vaganza

Gambaran Keseluruhan sunting

Gema Gegar Vaganza ialah pembaharuan yang dilaksanakan oleh Astro Oasis selepas sedekad bersiaran. Pemilihan dendangan bersifat Islamik dan perlu selari dengan imej saluran ini dan memastikan ia menepati syariat dengan memantau kandungan rancangan supaya kekal dengan matlamat asal selain memberi impak serta dapat menarik penonton baharu.[2][3]

Juara Gema Gegar Vaganza sunting

Tahun Musim Bintang GGV
2017 1 UNIC
2018 2 Fitri Haris

Ringkasan Musim sunting

Musim 1 (2017) sunting

Musim 2 (2018) sunting

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Gema Gegar Vaganza, program realiti TV terbaru di Astro". Utusan Borneo. 1 April 2017. Dicapai pada 1 November 2017.
  2. ^ Mohd Al Qayum Azizi (15 April 2017). "Astro jamin Gema Gegar Vaganza patuh landasan Islam". mStar Online. Dicapai pada 1 November 2017.
  3. ^ Zaidi Mohamad (27 Mac 2017). "Gema Gegar Vaganza dipantau tepai syariat". Berita Harian. Dicapai pada 1 November 2017.

Pautan Luar sunting