Gemas Baru merupakan sebuah pekan di Daerah Segamat, Johor, Malaysia. Bandar ini terletak berdekatan sempadan Johor-Negeri Sembilan, hanya 1 km di pusat bandar asal Gemas yang terletak di Negeri Sembilan. Maka, Gemas Baru turut dianggap sebagai bahagian Gemas di Johor dan turut berkongsi poskod yang sama dengan Gemas di Negeri Sembilan iaitu 73400. Jambatan bersejarah di sana pernah dimusnahkan sekali untuk menghalang pencerobohan tentera Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua. Di sebelah barat daya tersergam Gunung Ledang dengan ketinggian 1,276 m.

Gemas Baru
Gemas Baru
Gemas Baru
NegaraMalaysia
NegeriJohor
DaerahSegamat
Penduduk
 • Denonim
Gemasian
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak tersedia
Kod panggilan kebangsaan07

Sejarah Gemas Baru sunting

Penduduk asal adalah keturunan orang Melayu Asli dan ditadbir oleh seorang ketua yang bernama Datok Sabun yang berasal dari Minangkabau yang berhijrah bersama dengan pengikutnya dari Seri Menanti dan membuka kampung di Kampung Ladang. Nama asal Gemas adalah Ayer Terap sempena nama anak sungai yang mengalir berhampiran dengan " Rumah Rehat Gemas". Nama Gemas bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan [perlu rujukan] mengenai nama logam iaitu "Gold" dan " Omeh " menjadi Gomeh dan dibakukan menjadi Gemas, iaitu Gua Emas dan bercantum menjadi Gemas.

Jambatan Gemencheh semasa Pertempuran Malaya sunting

 
Jambatan Gemencheh (jarak sederhana) pada tahun 1945. Lebih dari 700 tentera Division Pengawal Imperial Jepun terbunuh di sini, dengan pasukan Australia kehilangan 8 orang dan mengalami 80 kematian.

Semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia II, jambatan Gemencheh berhampiran Gemas Baru merupakan tapak pertempuran sengit antara Divisyen Ke-5 (Tentera Imperial Jepun) Tentera Empayar Jepun dan Pasukan Imperial Australia (Australian Imperial Force-AIF) dari Batalion ke 2/30, Division ke-8. Pegawai Memerintah Pasukan adalah Leftenan Kolonel Frederick "Black Jack" Galleghan. Jambatan Gemencheh (Jambatan Sungai Kelamah) merupakan jambatan kayu merentasi Sungai Gemencheh yang menghubungkan Gemas dengan bandar Tampin bersebelahan. Pasukan Jepun telah melepasi Tampin dan perlu menyeberangi jambatan ini untuk mara ke Gemas.

Pada 14 Januari 1942, Kompeni "B" dari Batalion ke-2/30, melancarkan serangan hendap terhadap pasukan Jepun dengan harapan menghalang mereka dari terus maju ke selatan. Ketika tentera Jepun yang mara melepasi kawasan serangan hendap, jambatan itu diletupkan. Pertempuran selepas serangan hendap, dan pertempuran selanjutnya berhampiran Gemas, berlangsung selama dua hari. Ia berakhir dengan pasukan Australia berundur melalui Gemas ke Estet Fort Rose.

Empat hari kemudian, satu lagi pertembungan antara tentera Jepun dan Berikat berlaku berhampiran Parit Sulong semasa pertempuran Pertempuran Malaya. Pasukan Berikat, termasuk Batalion Australia 2/19th dan 2/29th, telah dikepong dan dikalahkan di situ.

Sebuah tugu peringatan bagi mengingati tentera Australia yang gugur telah didirikan berhampiran Jambatan Gemencheh yang telah dimusnahkan berhampiran dengan Laluan Persekutuan Malaysia 1  .

Perhubungan sunting

Anggaran jarak ke Gemas Baru
Bandar/Pekan Jarak (km)
Kuala Lumpur 166
Seremban 102
Port Dickson 128
Rembau 77
Tampin 54
Gemencheh 28
Bandaraya Melaka 89
Alor Gajah 67
Rompin 18
Bahau 35
Batu Kikir 44
Kuala Pilah 63
Bandar Seri Jempol 46
Temerloh 125
Segamat 31
Batu Pahat 130

Gemas Baru yang terletak satu kilometer dari pekan Gemas di Negeri Sembilan turut menjadi penting kerana di bahagian Negeri Sembilan, landasan kereta api bercabang dua, satu landasan ke Tumpat, Kelantan. Satu landasan lagi menuju ke Padang Besar, Perlis.

Jalan raya pula menghubungkan Gemas Baru dengan Segamat di Johor, pekan Gemas, Rompin dan Bahau di utara. Selain itu jalan raya menghubungkan Gemas Baru dengan Melaka dan Johor melalui pekan Ayer Kuning dan terus ke Simpang Bekoh.

Taman perumahan sunting

  1. Taman Gembira
  2. Taman Megah
  3. Taman Bukit Lintang
  4. Taman Desa Anggerik

Pekan berdekatan sunting

  1. Gemas
  2. Batu Enam
  3. Gemencheh
  4. Segamat
  5. Rompin
  6. Tampin