Gemerlapan
Gemerlapan ialah filem drama muzikal Malaysia 1997 arahan Abdul Razak Mohaideen dengan skrip oleh Shahrulezad Mohameddin.
Gemerlapan | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
Penulis | Shahrulezad Mohameddin |
Lakon layar | Abdul Razak Mohaideen |
Dihasilkan oleh | Khalid Mohd Zain |
Dibintangi |
|
Disunting oleh |
|
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 1997 |
Masa tayangan | 111 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
PlotSunting
Mimi menggemari muzik dangdut. Kehadirannya di sebuah kolej elit telah menimbulkan pelbagai reaksi. Antaranya, Mel yang merasakan muzik dangdut agak kekampungan, dan Pam yang bimbang popularitinya tergugat. Ketibaan seorang pelajar baru (Mr. X) menyemarakkan lagi persaingan di antara mereka semua. Lama-kelamaan, Mel mulai menyukai Mimi dan selalu menghantar kad-kad misteri kepadanya. Pada suatu hari, pihak kolej telah mengadakan pertandingan nyanyian. Pam yakin dapat mengekalkan kejuaraannya, dan dia juga cuba menyekat penyertaan Mimi. Walau bagaimanapun, rancangan jahat Pam diketahui oleh Mimi dan dia telah membalas perbuatan tersebut sehingga Pam gagal dalam pertandingan itu. Kerana begitu marah, Pam telah memotong bekalan elektrik semasa Mel sedang membuat persembahan. Mel kemudiannya mencapai sebuah gitar lalu menyanyikan sebuah lagu yang senikatanya terdapat dalam kad-kad yang diterima oleh Mimi. Akhirnya, keputusan pertandingan pun diumumkan di mana Mimi telah memenangi pertandingan itu dan dia berkongsi kemenangannya dengan Mel. Tidak lama kemudian, mereka semua pun tamat pengajian dan menerima diploma masing-masing.
PelakonSunting
- Baby (Res 2) sebagai Mimi
- Lan (A to Z) sebagai Mel
- Maya Matahari sebagai Pam
- Umi (Res 2) sebagai Kawan Mimi
- Sham Visa sebagai Sam
- Bob Kuman sebagai Along
- Eisya sebagai Wawa
- Azean Irdawaty sebagai Puan Habibah
- Ismail Din sebagai Tuan Syed
- Shafi Khan sebagai Mr. X
- Kartina Aziz sebagai Puan Jamilah
- Jaafar Onn sebagai Encik Rashid
- Zami Ismail sebagai Abang Man, pemandu
- Anne Ngasri sebagai Deela
- Amir & Group sebagai Pelajar Kolej
- Farouk Hussain sebagai Pengacara
- Aswa Eswan sebagai Nana
Pautan luarSunting
Rencana berkenaan filem ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |