Gemilang (siri TV)

Gemilang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Filmscape pada tahun 2011, dibintangi oleh Shahz Jaszle, Kamal Adli, Tiz Zaqyah, Tasha Shilla dan Jalaluddin Hassan. Jumlah 13 episod telah berjaya disiarkan pada 24 Januari 2011. Drama ini mengisahkan empat orang belia yang membuka sekolah swasta di kawasan pedalaman mencerahkan masa depan anak-anak remaja yang tidak cemerlang dalam pelajaran.

Gemilang
GenreDrama
PenciptaMira Mustaffa
PengarahKabir Bhatia
Dibintangi oleh
Shahz Jaszle
Kamal Adli
Tiz Zaqyah
Tasha Shilla
Jalaluddin Hassan
Bilangan episod13 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Frank Lewis
Siti Marzuliana Marzuki
PenerbitFrancis Foo
Kabir Bhatia
Mira Mustaffa
Syarikat penerbitan
Filmscape
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal24 Januari 2011 – 18 April 2011

Sinopsis sunting

Saifullah lahir dalam keluarga pekebun getah yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi membesar menjadi insan yang berada dan berjaya. Demi berbakti kepada anak watan di kampung halamannya, dia menubuhkan sebuah sekolah istimewa untuk remaja yang gagal dalam peperiksaan atau keciciran dari sekolah biasa. Untuk itu, dia menubuhkan Institut Gemilang dan mendapat pertolongan daripada tiga orang taulannya, Umar, Ruhana dan Asma, serta guru sekolahnya dahulu, Talib.

Pelakon sunting

Watak utama sunting

Penampilan khas sunting

Murid-murid Institut Gemilang sunting

  • Talha Harith sebagai Azlan
  • Muniff Isa sebagai Johan
  • Syazwan Zulkifly sebagai Ringgo
  • Puteri Chi Chi sebagai Dahlia
  • Amin Abu Bakar sebagai Kahar
  • Gregory Sze Lai Huat sebagai Chee Keong
  • Kishz sebagai Raj
  • Nashreen sebagai Hamzah
  • Diandra Arjunaidi sebagai Suzanne
  • Syed Ali sebagai adik Saif yg kedua
  • Chomatt Samad sebagai adik Saif yg keempat

Episod sunting

Senarai ini tidak lengkap. Bantu kami melengkapkannya.

Episod Tarikh siaran pertama
"Episod 1"24 Januari 2011
Saifullah terkenang zaman kanak-kanaknya di Kampung Kuala Dong sebagai murid paling cemerlang di sekolahnya, tetapi terpaksa berhenti sekolah untuk menampung kehidupan keluarga setelah ibunya meninggal dunia. Setelah berkali-kali dipujuk supaya kembali belajar, dia akhirnya berbuat demikian setelah bapanya pula meninggal dunia, lalu menumpang rumah gurunya, Talib.
"Episod 2"31 Januari 2011
Saifullah dan Umar ke kampung halaman sendiri untuk mengajar di situ sambil bertegur sapa dengan guru lamanya. Dia terkenang waktu dia diterima sebagai anak angkat oleh orang kaya kerana pernah menolong orang kaya itu membaiki kereta. Saifullah berjaya merungkai sebab Asma, anak saudara Cikgu Talib, bersikap dengki terhadapnya sejak kecil.
"Episod 3"7 Februari 2011
Setelah penat bekerja sebagai pengurus bank, Saifullah tekad untuk membuka sekolah dengan bantuan Umar untuk menolong anak muda yang tidak bernasib baik di Ulu Dong. Sekolah baru itu dinamakan Institut Gemilang. Asma dan Ruhana (kenalan Umar) menawarkan diri mereka untuk menjadi guru di sekolah itu. Dengan itulah mereka berempat mula mencari pelajar yang tidak berjaya dalam peperiksaan sekolah biasa.
"Episod 4"14 Februari 2011
Asma marah dengan Saifullah yang disangka menerima geran dari seorang kampung yang anaknya, Azlan enggan mengulangi persekolahan, tetapi Lah rupa-rupanya menolak geran itu dan Azlan akhirnya sudi bersekolah lagi. Dengan itu, Institut Gemilang mengadakan kelas pertamanya. Tetapi awal-awal lagi sudah timbul masalah pelajar hendak tercicir, apabila Chee Keong terpaksa mengambil alih kerja bapanya yang cedera di kilang. Ini menyebabkan Saif terkenang zaman kanak-kanaknya apabila dia berhenti sekolah setelah ibunya meninggal.
"Episod 5"21 Februari 2011
"Episod 6"28 Februari 2011
"Episod 7"7 Mac 2011
"Episod 8"14 Mac 2011
"Episod 9"21 Mac 2011
"Episod 10"28 Mac 2011
"Episod 11"4 April 2011
"Episod 12"11 April 2011
"Episod 13"18 April 2011

Pautan luar sunting

TV3: Isnin, 9 malam
Sebelumnya Gemilang
(24 Januari – 18 April 2011)
Berikutnya
No Ordinary Family
(berpindah ke 10 malam)
Juvana