Gemma Christina Arterton[1] (lahir 2 Februari 1986) ialah seorang pelakon Inggeris. Arterton membuat penampilan filem pertamanya dalam filem komedi, St Trinian's (2007). Beliau mula dikenali selepas peranan dalam Quantum of Solace (2008) sebagai Strawberry Fields dimana beliau memenangi Anugerah Empire untuk Pendatang Baru Terbaik.

Gemma Arterton
Arterton pada tahun 2013.
Kelahiran (1986-02-02) 2 Februari 1986 (umur 38)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007 - sekarang
PasanganStefano Catelli (k. 2010; c. 2015)
KeluargaHannah Arterton (adik)

Beliau terkenal dengan peranannya dalam Clash of the Titans (2010), Prince of Persia: The Sands of Time (2010), Byzantium (2013) dan Hansel and Gretel: Witch Hunters (2013).

Kehidupan awal sunting

Arterton dilahirkan di Hospital North Kent, Gravesend, Kent,[2] kepada Sally-Anne (née Heap), seorang pencuci dan Barry Arterton, seorang pengimpal.[2][3] Sepupu ibunya adalah penyanyi, Wreckless Eric.

Beliau menghadiri Sekolah Grammar Gravesend Grammar untuk Perempuan di Kent dan membuat penampilan pentas pertamanya di sana dalam sebuah produksi amatur, The Boy Who Fell into a Book yang memasuki pertandingan di festival tempatan dimana beliau memenangi hadiah pelakon wanita terbaik.[4]

Ketika berumur 16 tahun, Arterton meninggalkan sekolah untuk menghadiri Teater Miskin di Kolej North West Kent, Dartford. Beliau kemudiannya menerima geran penuh kerajaan untuk belajar di Akademi Diraja Seni Drama (RADA).[4] Beliau menamatkan pengajian dari RADA pada tahun 2008.[5] Adiknya, Hannah Arterton juga merupakan seorang pelakon.[6]

Karier sunting

Arterton mendapat peranan professional pertamanya dalam Capturing Mary semasa beliau masih lagi di sekolah drama.[7] Beliau membuat penampilan pentas pertama sebagai Rosaline dalam Love's Labour's Lost di Globe Theatre, London pada bulan Julai 2007 sebelum menamatkan pengajian pada tahun itu.[8] Beliau membuat penampilan filem pertama dalam St Trinian's (2007) sebagai Kelly.[9]

Pada tahun 2008, beliau muncul dalam filem James Bond, Quantum of Solace.[10] Dipilih daripada sekitar 1,500 calon, Arterton melakonkan watak Gadis Bond, Strawberry Fields.[11] Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan dalam Tess of the d'Urbervilles.[12] Juga pada tahun 2008, beliau berlakon sebagai Elizabeth Bennet dalam siri ITV, Lost in Austen. Peranan paling kontroversi darinya setakat ini adalah filem 2009, The Disappearance of Alice Creed dimana karakternya diculik dan dilayan secara kejam dalam beberapa adegan bogel.[13]

Arterton adalah wajah pewangi Bond Girl 007 Avon yang dilancarkan pada bulan Oktober 2008.[14] Setelah sudah bermula siri pengiklanan untuk Avon, Arterton pada bulan Mei 2008 meminta satu peranan bertentangan model Kate Moss untuk Rimmel tetapi disekat atas terma kontrak di bawah kontrak Avonnya.[15]

 
Gemma Arterton di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2012

Pada tahun 2010, Arterton membuat penampilan West End pertamanya dalam The Little Dog Laughed.[16] Beliau pada asalanya dijadual untuk membintangi adaptasi baru Wuthering Heights[17] sebagai Catherine Earnshaw; walau bagaimanapun, beliau kemudiannya meninggalkan projek itu.[18] Beliau dijadual membintangi Burden of Desire.[19]

Arterton dilihat dalam filem 2010, Clash of the Titans dan Prince of Persia: The Sands of Time dan melakonkan watak utama dalam Tamara Drewe.[20] Pada tahun 2011, Arterton dicalonkan dua kali oleh British Academy of Film and Television Arts untuk lakonannya dalam Tamara Drewe dan The Disappearance of Alice Creed.[21] Pada bulan November 2012, beliau dipilih sebagai ahli juri pertandingan utama di Festival Filem Antarabangsa Marrakech 2012.

Arterton membintangi filem aksi, Hansel and Gretel: Witch Hunters sebagai Gretel bertentangan Jeremy Renner sebagai Hansel. Filem 3-D ini berlatarkan 15 tahun selepas Hansel dan Gretel membunuh ahli sihir yang menculik mereka.[22] Ia ditayangkan pada 25 Januari 2013. Pada bulan Januari 2014, beliau mengambil peranan dalam The Duchess of Malfi.[23] Pada tahun yang sama, beliau membintangi bersama Ryan Reynolds, Anna Kendrick dan Jacki Weaver dalam The Voices.[24]

Pada tahun 2014-2015, Arterton membintangi muzikal pentas Made in Dagenham sebagai Rita O'Grady.[25]

Dalam satu temubual pada tahun 2015 bersama surat khabar Independent, Arterton menyatakan bahawa beliau merupakaan pilihan pengarah, Jonathan Glazer untuk watak utama dalam Under The Skin. Walau bagaimanapun, pengarah itu dipaksa memilih pelakon lain kerana Arterton dilihat kurang popular.[26]

Pada bulan Februari 2016, Arterton dijadual untuik berlakon dalam Nell Gwynn,[27] di West End Apollo Theatre.[28]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 5 Jun 2010, Arterton berkahwin dengan perunding fesyen, Stefano Catelli di Zuheros, Sepanyol.[29] Pada awal tahun 2013, Arterton dan suaminya berpisah,[30] dan pada bulan Ogos 2015, perceraian mereka telah dimuktamadkan.[31]

Filmografi sunting

 
Arterton pada tahun 2010
Filem dan televisyen
Tahun Tajuk Peranan Nota
2007 St Trinian's Kelly Jones
2007 Capturing Mary Liza Filem TV
2008 Lost in Austen Elizabeth Bennet siri TV (2 episod)
2008 Tess of the d'Urbervilles Tess Durbeyfield siri TV (4 episod)
2008 Three and Out Frankie Cassidy
2008 RocknRolla June
2008 Quantum of Solace Strawberry Fields
2009 The Boat That Rocked a.k.a. Pirate Radio Desiree
2009 St. Trinian's II: The Legend of Fritton's Gold Kelly Jones
2010 Clash of the Titans Io
2010 The Disappearance of Alice Creed Alice Creed
2010 Prince of Persia: The Sands of Time Puteri Tamina
2010 Tamara Drewe Tamara Drewe
2012 Song for Marion Elizabeth
2012 Byzantium Clara
2013 Hansel & Gretel: Witch Hunters Gretel
2013 Runner Runner Rebecca Shafran
2014 Inside No. 9 Gerri siri TV (episod "Tom & Gerri")
2014 Gemma Bovery Gemma Bovery
2015 The Voices Fiona
2016 She Who Brings Gifts Helen Justineau
2016 Their Finest Hour and a Half

Rujukan sunting

  1. ^ Film Review. Orpheus Pub. 2008.
  2. ^ a b Mottram, James (29 March 2010). "Gemma Arterton: from a council estate to Clash of the Titans". The Herald. Dicapai pada 13 October 2010.
  3. ^ "How St Trinian's Gemma makes easy work of a Shakespearean comedy". Daily Mail. London, UK. 8 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-14. Dicapai pada 2015-11-29. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ a b Fletcher, Damien (9 May 2008). "Exclusive: Bond Girl Gemma Arterton shops at Primark and mum's a cleaner". Daily Mirror. London, UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-10. Dicapai pada 25 March 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Gemma Arterton Nominated for 2011 BAFTA Rising Star Award". Royal Academy of Dramatic Art. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-07. Dicapai pada 9 January 2013.
  6. ^ Jones, Alice (15 July 2011). "Artertons are the new Minogues". The Independent.
    - "Atlantis, The Earth Bull". BBC. Dicapai pada 13 February 2014.
  7. ^ "Gemma Arterton profile". Yahoo! Movies. Dicapai pada 23 November 2012.
  8. ^ "London Review: Love’s Labour's Lost", CurtainUp.com. Retrieved 12 February 2014.
  9. ^ "St Trinian's girl Gemma Arterton on the new skool rules". Daily Mail. London, UK. 21 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Olly Richards (17 December 2007). "Gemma Arterton Is Bond 22's Girl". Empire. Dicapai pada 17 December 2007.
  11. ^ "Bond 22 Pre-Production Diary (22)". MI6-HQ.com. 30 December 2007. Dicapai pada 31 December 2007.
  12. ^ "Gemma Arterton stars in Lost in Austen and Tess of the d'Urbervilles". The Times. London, UK. 31 August 2008. (langganan diperlukan)
  13. ^ Brown, Lane. "Gemma Arterton on The Disappearance of Alice Creed and Not Starring in Transformers 3". Vulture.com (New York Magazine). Dicapai pada 23 November 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  14. ^ Longbottom, Wil (10 October 2008). "Scent of a Bond girl: Gemma Arterton stars in ad for new 007-themed perfume". Daily mail. Dicapai pada 23 November 2012.
  15. ^ Nicholl, Kate (11 May 2008). "You're off the Rimmel case, Agent Gemma". Daily Mail. London, UK. Dicapai pada 11 May 2008.
  16. ^ Bamigboye, Baz (26 September 2009). "Gemma Arterton takes her bow in West End debut". Daily Mail. London, UK.
  17. ^ Singh, Anita (15 May 2009). "Bond girl Gemma Arterton to star in Wuthering Heights 'teen drama'". The Daily Telegraph. London, UK. Dicapai pada 18 May 2009.
  18. ^ "Gemma won't be in Wuthering Heights". Press Association via MSN.com. 26 February 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-14. Dicapai pada 12 March 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ Cripps, Charlotte (25 April 2008). "Cultural Life: Gemma Arterton, Actress". The Independent. London, UK.
  20. ^ Bamigboye, Baz (17 July 2009). "Gemma Arterton is wanted by The Queen director to get crowd Madding in sexy new role". Daily Mail. London, UK.
  21. ^ Mitchell, Wendy. "Black Swan, King's Speech lead films on BAFTA longlist", Screendaily.com, 7 January 2011.
  22. ^ "First Look: Jeremy Renner in "Hansel and Gretel: Witch Hunters"". worstpreviews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-25. Dicapai pada 11 December 2011.
  23. ^ Taylor, Paul (16 January 2014). "The Duchess of Malfi, theatre review: 'Gemma Arterton is luminous'". The Independent. Dicapai pada 6 February 2014.
  24. ^ Barton, Steve (7 January 2015). "Hear the Voices On VOD in February". Dread Central. Dicapai pada 6 February 2014.
  25. ^ "Cast & Creative". Made in Dagenham Musical. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-26. Dicapai pada 1 August 2015.
  26. ^ Kaleem Aftab (17 March 2015). "Gemma Arterton on black comedy The Voices and why she's turned her back on Hollywood". The Independent. Dicapai pada 1 August 2015.
  27. ^ "Gemma Arterton to play Nell Gwynn in London's West End". bbc.co.uk/news. BBC News. 27 November 2015. Dicapai pada 27 November 2015.
  28. ^ "Gemma Arterton to star in West End transfer of Nell Gwynn". whatsonstage.com. Whats On Stage. 27 November 2015. Dicapai pada 27 November 2015.
  29. ^ Nathan, Sara (9 June 2010). "Gemma Arterton enters the Bond of marriage as she weds Italian she pencilled in her diary as 'future husband'". Daily Mail. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-10. Dicapai pada 2015-11-29.
  30. ^ Cochrane, Kira (9 September 2010). "Tamara Drewe and the rise of Gemma Arterton". The Guardian. London, UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-13. Dicapai pada 19 August 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
    - Kay, Richard (11 February 2013). "Party pieces: At movie mogul Harvey Weinstein's BAFTA bash". Daily Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-20. Dicapai pada 19 February 2013. It's true I've split with my husband. ... Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ "Ex-Bond Girl Gemma Arterton has learned from her tough divorce". The Daily Express. Dicapai pada 8 August 2015.

Pautan luar sunting