Gempa bumi Jawa Timur Mei 2021

Gempa bumi Jawa Timur Mei 2021 ialah sebuah kejadian gempa bumi berkekuatan 5.9 Mw yang terjadi pada 21 Mei 2021, 19.09 WIB. Pusat gempa berada di kedalaman 110 kilometer dan berjarak 57 kilometer tenggara Kabupaten Blitar, Jawa Timur.[2][3]

Gempa bumi Jawa Timur Mei 2021
Gempa bumi Jawa Timur Mei 2021 is located in Bumi
Gempa bumi Jawa Timur Mei 2021
Gempa bumi Jawa Timur Mei 2021 (Bumi)
DurasiHingga 15 saat[1]
Magnitud5.9 (5.8 (USGS)) Mw
Kedalaman110 km (68 bt) 1,079 km (670 bt) (USGS)
Koordinat8°38′S 112°20′E / 8.63°S 112.34°E / -8.63; 112.34Koordinat: 8°38′S 112°20′E / 8.63°S 112.34°E / -8.63; 112.34 (BMKG)
Kawasan terjejasKabupaten Blitar, Blitar, Kabupaten Malang, Malang, Kabupaten Lumajang, Kabupaten Pasuruan, dan Kabupaten Jember
Keamatan maksimumV MMI
TsunamiTidak

Huraian sunting

Kekuatan gempa bumi pada awalnya tercatat pada 6.2 Mw pada kedalaman 110 km. Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika melaporkan gempa bumi ini tidak mampu mencetuskan tsunami.[4] Gempa bumi ini dapat dirasai di sejumlah wilayah Jawa Timur, seperti Malang, Sidoarjo, Trenggalek, Ponorogo, Kediri, Blitar, Surabaya dan Banyuwangi.[5][6] Kesan goncangan juga dilaporkan di Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta, khususnya Wonogiri, Klaten, Purworejo, Yogyakarta, Bantul, Sleman dan Kulon Progo.[7]

Gempa bumi ini dikategorikan sebagai gempa bumi tahap sederhana. Menurut BMKG, gempa ini berlaku melalui meakanisme sesaran menaik serta geseran.[8]

Kesan sunting

Kerosakan akibat gempa bumi ini dilaporkan di beberapa daerah Jawa Timur. Data daripada pihak Badan Nasional Penanggulangan Bencana setakat 22 Mei 2021 menyatakan 4 buah rumah mengalami kerosakan berat, 8 buah rumah mengalami kerosakan sederhana dan 142 buah rumah mengalami kerosakan ringan. Selain itu, 16 buah kemudahan awam dan 1 pusat kesihatan juga dilaporkan mengalami kerosakan.[1]

Pertolongan sunting

Badan Penanggulangan Bencana Daerah Jawa Timur melalui Tim Reaksi Cepat (TRC) mulai memberi bantuan kepada orang yang terkesan. Bantuan tersebut berupa sembako (keperluan asas), lauk pauk, khemah dan pelitup muka.[1]

Bupati Blitar, Rini Syarifah, mengatakan bahawa pihaknya masih melakukan pemeriksaan lebih lanjut mengenai darjat kerosakan yang terbit. Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa, mendesak pemerintah daerah yang terkesan untuk menilai kerosakan secepat yang mungkin lalu menyerahkan data tersebut dan meminta bantuan kepada BNPB. Meskipun demikian, beliau tidak menyebutkan berapa banyak bantuan yang akan diberikan.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Yanuarto, Theophilus (2021-05-21). "[Update] – BPBD Jatim Saluran Bantuan Logistik Warga Terdampak Gempa M5,9". Badan Nasional Penanggulangan Bencana. Dicapai pada 2021-05-23.
  2. ^ BMKG. "Gempabumi Dirasakan | BMKG". BMKG | Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-22. Dicapai pada 2021-05-22.
  3. ^ Asmarini, Wilda. "Blitar Digoyang Gempa M 5,9 Tadi Malam, Ini Penyebabnya". news (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-05-22.
  4. ^ "Blitar Diguncang Gempa Magnitudo 6,2". Detik. 21 Mei 2021. Dicapai pada 21 Mei 2021.
  5. ^ "Gempa Blitar Dirasakan Warga Malang hingga Banyuwangi". Detik. 21 Mei 2021. Dicapai pada 21 Mei 2021.
  6. ^ "Gempa M 6,2 Guncang Blitar, Warga Berhamburan Keluar Rumah". Detik. 21 Mei 2021. Dicapai pada 21 Mei 2021.
  7. ^ Pertana, Pradito Rida (21 Mei 2021). "Gempa Blitar M 6,2 Terasa hingga Yogya". Detik. Dicapai pada 21 Mei 2021.
  8. ^ Prayitno, Bambang Setiyo (2021-05-21). "Gempabumi Tektonik M 6,2 di Blitar-Jawa Timur, Tidak Berpotensi Tsunami | BMKG". BMKG | Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-05-23.
  9. ^ Hasani, Agus Asip (2021-05-22). "Agar Bantuan Gempa Blitar Cepat Cair, Khofifah: Data Kerusakan Segera Diajukan ke BNPB Halaman all". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-05-23.