Gempa bumi Osaka 2018

Gempa bumi Osaka 2018 merupakan sebuah insiden gempa bumi yang berlaku di Wilayah Osaka pada 7:58 pagi (Waktu Piawai Jepun) pada 18 Jun 2018 dan dicatatkan pada skala 5.5 pada skala magnitud momen.[1] Sekurang-kurangnya lima orang maut dan 375 orang lagi dilaporkan cedera.[2][3]

Gempa bumi Osaka 2018
Tarikh18 Jun 2018 (2018-06-18)
Masa7:58 pagi (JST)
Magnitud5.5 (Mw)
Kedalaman15.4 km (9.6 bt)
Koordinat34°50′02″N 135°36′22″E / 34.834°N 135.606°E / 34.834; 135.606Koordinat: 34°50′02″N 135°36′22″E / 34.834°N 135.606°E / 34.834; 135.606
Kawasan terjejasKawasan Kinki
Keamatan maksimumVIII
TsunamiTiada
Korban5 terbunuh, 375 cedera

Latar belakang sunting

Pusat gempa bumi tersebut berada berdekatan bandar Takatsuki di utara Osaka, pada kedalaman 15.4 km. Gempa bumi ini mencatatkan bacaan setinggi Skala 6 (Lemah) dalam skala Shindo dalam beberapa bandar termasuk Osaka, Takatsuki dan bandar-bandar lain di wilayah itu.[4]

Kesan sunting

 
Notis penutupan sementara Aliran Midōsuji dalam Osaka Metro akibat gempa bumi.

Gempa bumi tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 170,000 buah rumah di wilayah Osaka dan Hyogo terputus bekalan elektrik.[5] Selain itu, sekurang-kurangya 472 buah bangunan mengalami kerosakan, terutamanya di wilayah Osaka.[2]

Selain itu, sistem pengangkutan di kawasan yang terlibat juga terjejas dengan lebih 60 perjalanan Shinkansen terpaksa dibatalkan dan lapangan terbang serta lebuh raya ditutup secara sementara.[6] Sebanyak 518 pusat pemindahan pula dibuka untuk mangsa setakat 5 petang (waktu tempatan) pada hari itu untuk mangsa terlibat.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ "M 5.3 - 1km SSW of Takatsuki, Japan". United States Geological Survey. Dicapai pada 18 Jun 2018.
  2. ^ a b "地震 9歳女児ら4人死亡 375人けが". NHK (dalam bahasa Jepun). 19 Jun 2018. Dicapai pada 19 Jun 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "地震 66歳男性が震災関連死 死者は5人に". NHK. 19 Jun 2018. Dicapai pada 19 Jun 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "大阪で震度6弱 今後1週間程度注意を". NHK (dalam bahasa Jepun). 18 Jun 2018. Dicapai pada 18 Jun 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ "Gempa Osaka: Tiga maut termasuk kanak-kanak". Astro Awani. 18 Jun 2018. Dicapai pada 18 Jun 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Johnston, Eric (18 Jun 2018). "At least three people killed, more than 240 injured after strong earthquake rattles Osaka area". Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Jun 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ "震度6弱 大阪府内518か所で避難所開設(17:00)". NHK (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 18 Jun 2018.