Gempa bumi Sulawesi 2018

Gempa bumi Sulawesi 2018 merupakan sebuah siri gempa bumi yang melanda kawasan Sulawesi di Indonesia dengan skala 7.5 pada skala magnitud pada 6.02 petang (Waktu Indonesia Tengah), 28 September 2018.[2] Gempa bumi tersebut juga disertakan dengan tsunami dengan ketinggian maksimum antara 4 hingga 6 meter. Setakat ini, 1,234 orang disahkan terkorban manakala 799 orang mangsa dikatakan tercedera.[3]

Gempa bumi Sulawesi 2018
Tarikh28 September 2018
Masa6.02 petang (Waktu Indonesia Tengah)
Magnitud7.4 (Mw)
Kedalaman10.0 km (6.2 bt)
Koordinat0°10′41″S 119°50′24″E / 0.178°S 119.840°E / -0.178; 119.840Koordinat: 0°10′41″S 119°50′24″E / 0.178°S 119.840°E / -0.178; 119.840
Kawasan terjejasSulawesi
Keamatan maksimumIX
TsunamiYa. Setinggi 5 meter di Kota Palu.[1]
Korban1,234 maut, 799 cedera, 100+ hilang

Latar belakang sunting

Pusat gempa bumi ini terletak kira-kira 78 kilometer utara dari Kota Palu, iaitu di Kabupaten Donggala di Semenanjung Minahassa, Sulawesi Tengah dengan kedalaman 10.0 kilometer.[2] Gempa bumi tersebut dikatakan boleh dirasai di keseluruhan kawasan Sulawesi hingga ke Kalimantan Timur dan juga bandar Tawau di Sabah.[4]

Selain itu, gempa bumi tersebut juga mencetuskan tsunami. Pada awalnya, tsunami dengan ketinggian antara 1.5 hingga 2 meter yang melanda kawasan Palu, Donggala dan Mamuju.[5] Namun, tsunami yang melanda kota Palu menjadi lebih dahsyat, dengan ketinggian mencecah lima meter oleh kerana struktur Teluk Palu yang sempit yang meningkatkan daya tsunami tersebut dan kedudukan Palu di hujung teluk itu.[6] Saksi-saksi berkata bahawa bah tsunami yang terhasil dapat mencapai sehingga tingkat kedua bangunan.[7]

Kesan sunting

Setakat 29 September 2018, 1,234 orang telah disahkan terkorban dengan kebanyakannya maut akibat dihanyutkan ombak tsunami. Pada ketika itu, kebanyakan mangsa berada di pantai untuk meraikan Festival Pesona Palu Nomoni, tetapi tidak dapat menyelamatkan diri apabila ombak tsunami membadai kawasan tersebut. Selain itu, terdapat juga mangsa-mangsa yang terkorban akibat bangunan-bangunan yang runtuh.[8]

Dari segi pengangkutan, jambatan ikonik yang menghubungkan antara Donggola Barat dan Donggola Timur di Palu, yaitu Jambatan Ponulele juga runtuh akibat dihempas oleh ombak tsunami.[9]

Bantuan sunting

Gempa bumi tersebut telah menyebabkan Sulawesi Tengah diisytiharkan darurat selama 14 hari bagi memudahkan misi bantuan dan menyelamat di kawasan terjejas.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ "BNPB: Tinggi Tsunami Capai 5 Meter di Palu". Detik (dalam bahasa Indonesia). 29 September 2018. Dicapai pada 1 Oktober 2018. Unknown parameter |first_name= ignored (bantuan); Unknown parameter |last_name= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "M 7.5 - 78km N of Palu, Indonesia". USGS. 28 September 2018. Dicapai pada 29 September 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Hariyanto, Ibnu (2 Oktober 2018). "BNPB: 1.234 Orang Meninggal Akibat Gempa-Tsunami Sulteng". Detik. Dicapai pada 2 Oktober 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Massive earthquake generates 6 meter tsunami in Sulawesi, Indonesia and kills at least 7 people - September 28, 2018". 28 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-28. Dicapai pada 29 September 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Galih, Bayu (28 September 2018). "BMKG Pastikan Tsunami 1,5 Meter hingga 2 Meter Melanda Palu dan Donggala". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 29 September 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "Hundreds killed as powerful earthquake and tsunami hit Indonesia". news.com.au. 29 September 2018. Dicapai pada 1 Oktober 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ Taufiqqurahman, Muhammad (28 September 2018). "Usai Gempa di Donggala, Air Laut Naik hingga Lantai 2 Hotel Mercure". detikNews. Dicapai pada 2 Oktober 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ Pratiwi, Gita (29 September 2018). "Ratusan Jiwa Korban Tsunami Palu Belum Dievakuasi dari Gedung-gedung Ambruk". Pikiran Rakyat (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 29 September 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ "Jambatan hubungkan Donggala Barat, Donggala Timur runtuh". Astro Awani. 29 September 2018. Dicapai pada 29 September 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ "Sulawesi Tengah diisytihar darurat 14 hari". Astro Awani. 1 Oktober 2018. Dicapai pada 1 Oktober 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting