Gempa bumi tujahan mega

Gempa bumi tujahan mega berlaku di zon benam di sempadan plat pemusnah (sempadan menumpu), yang mana satu plat tektonik ditujah ke bawah (membenamkan) plat yang lain. Oleh sebab gelinciran cetek sempadan plat yang menyebabkan seksyen-seksyen besar tersekat, gempa bumi ini merupakan antara yang terhebat di dunia sehingga magnitud momennya () boleh melampaui 9.0. Sejak tahun 1900, keenam-enam gempa bumi yang bermagnitud 9.0 ke atas sememangnya tujahan mega. Tiada jenis aktiviti tektonik lain yang boleh menyebabkan gempa bumi sedahsyat ini.

Istilah sunting

Ketika bumi rekah, sebelah sesar ditujah ke atas berbanding sebelah yang lain; jenis pergerakan inilah yang dikenali sebagai tujahan.[1] Ia merupakan satu jenis sesar gelinciran miring. Sesar tujah merupakan sesar berbalik yang menggelincir tidak lebih curam daripada 45°.[2] Walaupun tujahan mega (megathrust) tiada takrifan rasminya, namun istilah ini digunakan secara meluas[3] dan umumnya dianggap sebagai memaksudkan sesar tujahan raksasa yang biasanya terbentuk di antara muka plat di sepanjang zon benam seperti tujahan mega Sunda.

Kawasan sunting

Zon benam utama dikaitkan dengan lautan-lautan Pasifik dan Hindi dan merupakan punca di sebalik kegiatan gunung berapi yang berkaitan dengan Lingkaran Api Pasifik. Oleh sebab gempa-gempa sebegini mencacati dasar laut, ia selalu menghasilkan ombak tsunami. Gempa bumi tujahan mega digeruni kerana mampu menggoncang bumi untuk masa yang lama seperti beberapa minit.

Contoh sunting

Contoh gempa bumi tujahan mega disenaraikan dalam jadual berikut.

Peristiwa Anggaran Magnitud Momen ( ) Plat Tektonik yang Terlibat Butiran/Catatan lain
Gempa bumi Crete 365 8.0+ Plat Afrika terbenam ke bawah Plat Laut Aegia
Gempa bumi Valdivia 1575 8.5 Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan
Gempa bumi Cascadia 1700 8.7–9.2 Plat Juan de Fuca terbenam ke bawah Plat Amerika Utara
  • Kepanjangan gelinciran: 1000 km (625 batu)
  • Pergerakan gelinciran: 20 m (60 kaki)
Gempa bumi Kamchatka 1737 9.0–9.3 Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Okhotsk
  • Masa: 15 minit
  • Kedalaman: 40 km
Gempa bumi Lisbon 1755 9.0 Dihipotesiskan sebagai sebahagian zon benam yang muda tetapi asal-usulnya masih diperbahaskan
Gempa bumi Arica 1868 9.0 Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan
Gempa bumi Iquique 1877 8.8 Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan
Gempa bumi Nankaidō 1946 8.1 Plat Laut Filipina terbenam ke bawah Plat Eurasia
Gempa bumi Kamchatka 1952 9.0 Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Okhotsk
  • Kedalaman: 30 km
Gempa bumi Kepulauan Andreanof 1957 8.6–9.1 Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Amerika Utara
Gempa Bumi Besar Chile 1960 9.5 Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan
  • Kedalaman: 33 km
  • Panjang gelinciran: 1000 km (625 batu)
  • Lebar gelinciran: 200 km (125 batu)
  • Pergerakan gelinciran: 20 m (60 kaki)
Gempa bumi Alaska 1964 (gempa bumi "Good Friday") 9.2 Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Amerika Utara
  • Masa: 4–5 minit
  • Kedalaman: 25 km
  • Panjang gelinciran: 800 km (500 batu)
  • Pergerakan gelinciran: 23 m (69 kaki)
Gempa bumi Sumatra-Andaman 2004 ("gempa bumi Lautan Hindi") 9.1–9.3 Plat India terbenam ke bawah Plat Burma
  • Jumlah anjakan tegak yang diukur oleh pantauan sonar adalah sekitar 40 meter di sekitar pusat gempa dan berlaku sebagai dua pergerakan berbeza yang menghasilkan dua buah cenuram bertindih yang besar, curam dan hampir menegak.
  • Masa: 8–10 minit
  • Kedalaman: 30 km
  • Panjang gelinciran: 1600 km (994 batu)
  • Pergerakan gelinciran: 33 m (108 kaki)
Gempa bumi Maule 2010 ("Gempa bumi Chile") 8.8 Plat Nazca terbenam ke bawah Plat Amerika Selatan
Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011 9.0 Plat Pasifik terbenam ke bawah Plat Okhotsk[5][6][7]
  • Masa: 5 minit
  • Kedalaman: 32 km
  • Panjang gelinciran: 500 km (310 batu)
  • Lebar gelinciran: 200 km (125 batu)
  • Pergerakan gelinciran: 20 m (60 kaki)

Rujukan sunting

  1. ^ "Tsunami Terms". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-25. Dicapai pada 2011-04-12.
  2. ^ Earthquake Glossary - dip slip
  3. ^ Park; dll. (2005). "Performance Review of the Global Seismographic Network for the Sumatra-Andaman Megathrust Earthquake". Seismological Research Letters. 76 (3): 331–343. doi:10.1785/gssrl.76.3.331. Explicit use of et al. in: |last2= (bantuan)
  4. ^ http://ssn.dgf.uchile.cl/home/terrem.html
  5. ^ "Magnitude 8.9 – NEAR THE EAST COAST OF HONSHU, JAPAN 2011 March 11 05:46:23 UTC". USGS. 11 March 2011. Dicapai pada 11 March 2011.
  6. ^ Kenneth Kidd (12 Mac 2011). "How 'mega-thrust" earthquake caught forecasters by surprise". Toronto Star. Dicapai pada 12 Mac 2011.
  7. ^ Reilly, Michael (11 Mac 2011<!- – 17:22 GMT -->). "Japan's quake updated to magnitude 9.0". New Scientist (ed. Short Sharp Science). Dicapai pada 11 Mac 2011. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting