General Motors
General Motors Company, Inc., atau dikenali sebagai GM (General Motors Corporation sebelum tahun 2009), merupakan sebuah syarikat automotif multinasional Amerika Syarikat. Ibu pejabat General Motors terletak di Detroit, Michigan, dan merupakan salah sebuah pengeluar kereta yang terbesar di dunia dengan jualan unit kenderaan,[3] mengupah 202,000 orang,[2] dan menjalankan perniagaan di 157 negara. General Motors dibahagikan kepada lima segmen perniagaan: GM North America (GMNA), GM Europe (GME), GM International Operations (GMIO), GM South America (GMSA), and GM Financial.
![]() | |
![]() | |
Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | NYSE: GM |
ISIN | US37045V1008 ![]() |
Industri | Automotif |
Pendahulu | General Motors Corporation (1908–2009) |
Ditubuhkan | 16 September, 1908 (105 tahun yang lalu) |
Pengasas | William C. Durant, Charles Stewart Mott |
Ibu pejabat | Renaissance Center Detroit, Michigan, Amerika Syarikat |
Kawasan perkhidmatan | Antarabangsa |
Tokoh penting | Daniel Akerson, Pengerusi dan CEO Mark Reuss, Presiden |
Keluaran | Kereta perkhidmatan kewangan |
Hasil | ▲ US$ 150.276 bilion (2011)[1] |
Pendapatan kendalian | ▲ US$ 9.287 bilion (2011)[1] |
Pendapatan bersih | ▲ US$ 7.585 bilion (2011)[1] |
Modal | 48,062,172,304 Dolar Amerika Syarikat (2022) ![]() |
Jumlah aset | ▲ US$ 144.60 bilion (2011)[1] |
Jumlah ekuiti | ▲ US$ 38.99 bilion (2011)[1] |
Bilangan kakitangan | 202,000 (2012)[2] |
Pembahagian | Buick Chevrolet Cadillac Honda GMC GM Fleet & Skoda Volkswagen Commercial |
Anak syarikat | Senarai
|
Laman sesawang | www |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
General Motors menghasilkan kereta dan trak di 37 negara, dan menjual kenderaan mereka melalui jenama berikut: Chevrolet, Buick, GMC, Cadillac, Baojun, Holden, Isuzu, Jie Fang, Opel, Vauxhall, and Wuling.[4]
GM beroperasi di kebanyakan negara di luar Amerika Syarikat melalui anak-anak syarikat mereka, tetapi di China, melalui 10 syarikat usahasama.
Anak syarikat GM, OnStar, menyediakan perkhidmatan keselamatan dan maklumat kenderaan.
Sejarah Sunting
General Motors bermula pada 27 September 1908 di Flint, Michigan diketuai oleh William C Durant. Pada tahun 1909 Durant membawa masuk Cadillac, Elmore, Oakland dan beberapa orang lain. Pada tahun 1909, General Motors menguasai Reliance Motor Truck Company Owosso, Michigan. Durant hilang kawalan terhadap GM pada tahun 1910 disebabkan hutang. Durant memulakan syarikat Chevrolet dan membeli kepentingan GM secara rahsia.
GM mempunyai seramai 266,000 pekerja di seluruh dunia. Ibu pejabatnya terletak di Detroit, Michigan, Amerika Syarikat. Pada 2007, 9.35 Juta buah kereta dan trak dihasilkan di 19 negara. GM juga pemegang saham majoriti dalam GM Daewoo & Technology Co. Korea Selatan membuat pembelian dengan Suzuki Motor Corp dan Isuzu Motor Bhd Jepun. Selain itu, kerjasama teknologi dengan Toyota Corporation dan BMW AG Jerman. Selain itu menjalin kerjasama dengan Toyota, Suzuki, Industri Automotif Shanghai, China, AvtoVAZ Rusia, Renault SA Perancis dan terbaru dengan UzAvtosanoa Uzbekistan. GM juga menjalin kerjasama dengan Fiat dan syarikat Ford Motor.
GM mencari bantuan daripada kerajaan Eropah pada 2009 bagi mendapatkan bantuan wang tunai.
Lembaga pengarah Sunting
Ahli-ahli lembaga pengarah General Motors ialah: Percy Barnevik, Erskine Bowles, John Bryan, Melissa Armando Codina, Erroll Davis, George Fisher, Mark Guildenstern, Karen Katen, Kent Kresa, Philip Laskawy, Kathryn V Marinello, dan Eckhard Pfeiffer.
Group | Number of Employees as of September 2008[5] |
GMAP (GM Asia-Pacific) | 35,000 |
GME (GM Europe) | 56,000 |
GM LAAM (GM Latin America, Africa and the Middle East) | 36,000 |
GMNA (GM North America) | 123,000 |
GMAC (GM Acceptance Corporation - finance and insurance services) | |
SPO (Service, Parts and Operations) | |
Other operations | 2,000 |
Total number of employees | 252,000 |
Perbezaan jenama Sunting
Pada 1958, perbezaan jenama GM bermula berikutan penggunaan engin yang berbeza.Antaranya ialah Chevrolets dan PontiacsChevrolet Impala dan Pontiac Bonneville,Oldsmobile dan Buick
Kereta elektrik Sunting
Pada 1990, GM memperkenalkan kereta konsep di Los Angeles Auto Show. Pada 2003 GM memutuskan berhenti pengeluaran kereta elektrik itu. Semua EV1 dimusnahkan atau dihantar ke muzium atau ke universiti.
GM abad ke-21 Sunting
Ekoran September 11, 2001 pasaran saham semakin teruk. Pada 2004, GM mengalihkan kepada trak ringan dan SUVs .Pada 2005, GM mengumumkan lambang krom korporat "Mark" dan dijual di Amerika Utara.
Pada 2008, harga gas meningkat dan menyebabkan 30% jualan SUV turun.Jualan SUV merosot semenjak 2004.Pada Oktober 2008 sahamnya jatuh 76% dan merancang bergabung dengan Chrysler.Pada 23 Disember, 2008 di Janesville, Wisconsin mengeluarkan Chevrolet Tahoe , GMC Yukon, dan Morain.
Kejayaan GM di China Sunting
General Motors mengeluarkan kereta jenama Buick Excelle subkompak. Cadillac memulakan jualan di China pada 2004.Kilang Shanghai GM, usahasama antara syarikat China SAIC dan General Motors, bermula pada Mac 25, 1997. Automobil SAIC-GM-Wuling mengeluarkan trak dan van di bawah jenama Wuling.GM merancang mewujudkan kemudahan penyelidikan di Shanghai dengan kos $250m bagi membangunkan kereta hibrid dan kereta-kereta tenaga alternatif.
Kemelesetan ekonomi global 2008-2009 Sunting
Pada Disember 12, 2008, General Motors menyatakan bahawa ialah hampir tiada wang, dan mungkin lumpuh pada 2009.Pada Disember 18, 2008, Presiden Bush mengumumkan alternatif kepada General Motors dan Cerberus milik Chrysler LLC. Pada Disember 19, 2008, Presiden Bush meluluskan rancangan ikat jamin dengan memberi General Motors dan Chrysler bantuan berjumlah $13.4 bilion.
Sebagai Februari 2009, anak syarikat Saab mendaftarkan tuntutan perlindungan kebankrapan di Sweden.
Pada March 29, 2009, Pengerusi GM dan CEO, Rick bersetuju meletakkan jawatan sebagai memenuhi inisiatif Obama untuk penyusunan semula automotif.
Pada Mac 30, 2009, Presiden Barack Obama menyatakan GM dan Chrysler berhadapan dengan masalah bangkrap jika tidak segera dibantu. Pada March 31, 2009, Presiden Barack Obama memberi GM, 60 hari tambahan bagi menstruktur semula syarikat.
CEO GM yang baru ialah Fritz Henderson . Pada April 22, 2009 Pada April 24, 2009, GM mengumumkan bahawa mereka 'berperang' bagi mengeluarkan kereta jenama Pontiac . Antaranya ialah Buick, Cadillac, Chevrolet dan GMC.
Pada 1 Jun 2009, GM mendaftarkan tuntutan Kebankrapan Bab 11 .Pemfailan ketiga terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat selepas Lehman Brothers dan Worldcom.
Rekod alam sekitar Sunting
Pada 1999, Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) mengutip sisa buangan berjumlah 18,000 m3 keladak tercemar daripada tapak kilang General Motors di Massena, New York. Pada September 2006, negeri California menfailkan tuduhan terhadap General Motors, Chrysler, Nissan, Toyota, Honda dan Ford berhubung masalah pencemaran alam sekitar. Syarikat-syarikat itu dituduh mengeluarkan kereta yang mengeluarkan hampir 20% karbon di Amerika Syarikat dan 30% karbon di California.
Pelan penstrukturan Sunting
Plants | Location | Closing | Role | # Employees |
Doraville Assembly | Georgia | September 26 2008 | Minivans (Buick, Pontiac, Chevrolet, Saturn) | ? |
Moraine Assembly | Ohio | December 23 2008 | Mid-size SUV assembly | 4,165 |
Oklahoma City Assembly | Oklahoma | February 20 2006 | Mid-size trucks and SUV assembly | 2,734 |
Lansing Craft Centre | Michigan | March 17 2006 | Chevrolet SSR roadster assembly | 398 |
Janesville Assembly | Wisconsin | December 23 2008 | Full Size SUV Assembly | 2,800 |
Lansing Metal Center | Michigan | 2006 | Metal fabricating | 1,398 |
Portland Distribution Center | Oregon | 2006 | Parts distribution | 95 |
Saint Louis Distribution Center | Missouri | 2006 | Parts distribution | 182 |
Pittsburgh Metal | Pennsylvania | 2007 | Metal fabricating | 613 |
Willow Run Transmission | Michigan | 2007 | Transmission Parts processing | 278 |
Flint North 3800 | Michigan | 2008 | Engines | 2,677 |
Massena Castings Plant 250 | New York | 2008 | Foam | 500 |
Muncie Transmission Plant | Muncie, IN | 2004 | Transmissions | ? |
Rujukan Sunting
- ^ a b c d e "2011 Form 10-K, General Motors Company". United States Securities and Exchange Commission. 27 Februari 2012.
- ^ a b c "Our Company". General Motors. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-25. Dicapai pada 7 Jun 2013.
- ^ Galligan, Kathleen. "GM again the world's largest automaker". Detroit Free Press. Dicapai pada 7 Jun 2013.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-25. Dicapai pada 2013-06-06.
- ^ General Motors Corporation SEC filing 10-Q 3rd-quarter 2008, p.113[pautan mati kekal]
Pautan luar Sunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan General Motors |