Program Generasi 2024

(Dilencongkan dari Generation 2024)

Program Generasi 2024 (Inggeris: Generation 2024, Perancis: Génération 2024) merupakan sebuah program pendidikan di Perancis yang dilancarkan oleh pihak penganjur Sukan Olimpik 2024 dan Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kebangsaan Perancis sempena Sukan Olimpik 2024. [1] Program ini bertujuan untuk menggalakkan komuniti pendidikan dan pelajar sekolah terlibat dalam aktiviti sukan, mempelajari sejarah sukan serta nilai-nilai yang didapati dalam sukan seperti saling menghormati dan penglibatan.[2] Program Generasi 2024 juga memperkenalkan label Generasi 2024 yang dianugerahkan kepada institusi pendidikan yang bergiat aktif dalam mempromosikan sukan dalam kalangan pelajar dan kakitangannya.[3]


Sukan Olimpik Musim Panas 2024
  • Larian obor
  • Jadual Pingat (pemegang pingat)
  • Rumusan kronologi

Objektif sunting

Berikut merupakan objektif program Generasi 2024:[1]

  • Mempromosikan sukan dan aktiviti fizikal yang lain serta pendidikan jasmani kepada pelajar dari prasekolah ke universiti, dengan memberikan tumpuan kepada pelajar yang terkecil.
  • Menggunakan sukan bagi tujuan pendidikan dalam pelbagai disiplin dan mata pelajaran agar proses pembelajaran menjadi lebih seronok
  • Menampilkan acara sukan Olimpik dan Paralimpik serta mempromosikan nilai-nilai yang didapati dalam sukan, Pererakan Olimpik dan Paralimpik.
  • Menggunakan sukan untuk menggalakkan penglibatan sivik.

Program sunting

Sebuah laman web telah dilancarkan untuk menawarkan sumber dan alat pengajaran kepada pendidik-pendidik Perancis.[1] Pelbagai program turut dilancarkan oleh pihak Paris 2024 untuk menggalakkan lebih ramai generasi muda untuk terlibat dalam aktiviti sukan.

Minggu Olimpik dan Paralimpik sunting

Minggu Olimpik dan Paralimpik (Inggeris: Olympic and Paralympic Week, Perancis: Semaine Olympique et Paralympique, Singkatan: SOP) merupakan sebuah inisiatif bersama antara Kementerian Pendidikan Perancis, Kementerian Pendidikan Tinggi Perancis, Kementerian Sukan Perancis, persatuan sukan, persatuan Olimpik dan Paralimpik serta persatuan sukan sekolah dan universiti.[4] Minggu Olimpik dan Paralimpik ini disambut oleh sekolah dan institusi pengajian tinggi serta sekolah Perancis di negara asing. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang nilai Olimpik dan Paralimpik, menggunakan sukan sebagat alat pengajaran, menerokai disiplin Olimpik dan Paralimpik, mengubah pemikiran golongan muda terhadap golongan kurang upaya dan menggalakkan orang muda terlibat dalam aktiviti sukarelawan.[5][6]

Setakat tahun 2021, sebanyak 3,000 sekolah dan institusi pendidikan tinggi telah terlibat dalam Minggu Olimpik dan Paralimpik.[7] Antara program-program yang dilaksanakan semasa acara ini termasuklah bertemu dengan atlet negara Perancis, proses pengajaran dan pembelajaran yang berunsur sukan, lawatan ke gelanggang sukan, program "Aktiviti Fizikal Selama 30 Minit Setiap Hari" dan projek merentas kurikulum.[8][9]

Label Generasi 2024 sunting

Label ini diperkenalkan untuk menghubungkan alam akademik dengan dunia sukan untuk menggalakkan orang muda untuk bersukan secara berkala.[10][11] Institusi yang diiktiraf label tersebut perlu membangunkan penstrukturan projek bersama dengan persatuan sukan tempatan, menyertai dalam acara Olimpik dan Paralimpik, menyokong dan menyambut atlet yang bertahap tinggi dan membina prasarana sukan di dalam institusi tersebut.[12][13]

Pelbagai projek telah diadakan untuk menghubungkan bidang pendidikan dan sukan, misalnya platform "Mon club près de chez moi" (Melayu: Persatuan yang berhampiran dengan saya) yang dilancarkan oleh CNOSF. Label Generasi 2024 juga boleh dikaitkan dengan label Terre de Jeux 2024, terutama dalam komponen warisan label Terre de Jeux.[14]

Aktiviti Fizikal Selama 30 Minit Setiap Hari sunting

Dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kebangsaan Perancis, projek ini bertujuan untuk menggalakkan golongan muda untuk bersenam dengan lebih banyak dan mempromosikan pembangunan kemahiran motor dan fizikal dalam kalangan murid sekolah.[15] Aktiviti bersukan selama 30 minit ini bukan penggantian bagi kelas pendidikan jasmani yang merupakan mata pelajaran wajib di Perancis, tetapi cara perlaksanaannya boleh diubah suai mengikut keadaan di setiap sekolah.[16]Program ini bermula pada November 2020 di 800 buah sekolah di seluruh Perancis.[17]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c GENERATION 2024 paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  2. ^ PROGRAMME GÉNÉRATION 2024 generation.paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  3. ^ LABEL GÉNÉRATION 2024 generation.paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  4. ^ OLYMPIC AND PARALYMPIC WEEK paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  5. ^ INFORMATIONS generation.paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021
  6. ^ Paris 2024 Olympic & Paralympic Week doubles its outreach olympics.com. 8 Febuari 2019. Dicapai pada 23 Ogos 2021.
  7. ^ Voyage au cœur de la SOP generation.paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  8. ^ Le guide de la Semaine Olympique et Paralympique 2021. generation.paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  9. ^ Palmer, Dan. Paris 2024's Olympic and Paralympic Week to encourage 30 minutes of activity a day Inside the Games. 5 November 2020. Dicapai pada 23 Ogos 2021.
  10. ^ ABS PARIS IS CERTIFIED “GÉNÉRATION 2024” BY THE FRENCH GOVERNMENT absparis.com. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  11. ^ SKEMA gets Generation 2024 label skema.edu. 5 Mac 2021. Dicapai pada 23 Ogos 2021.
  12. ^ GÉNÉRATION 2024 PROGRAMME ÉDUCATION DES JEUX OLYMPIQUES ET PARALYMPIQUES DE PARIS 2024 paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  13. ^ Monnin, Eric (2020). The Implementation of the Olympic Education Concept Through "Generation 2024" (dalam bahasa Inggeris).
  14. ^ LABEL GÉNÉRATION 2024 generation.paris2024.org. Dicapai pada 22 Ogos 2021.
  15. ^ "30' D'ACTIVITÉ PHYSIQUE QUOTIDIENNE". generation.paris2024.org (dalam bahasa bahasa Perancis). Dicapai pada 28 September 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "France tackles flagging maths and sport education in schools". Connexion. Perancis. 6 Januari 2021. Dicapai pada 28 September 2021.
  17. ^ "Paris 2024 – getting children moving more at school for 30 minutes a day". olympics.com. 17 Februari 2021. Dicapai pada 28 September 2021.