Generasi Z

(Dilencongkan dari Generation Z)

Generasi Z (juga dikenal sebagai Kaum Pengasas, Pos-Milenium, iGeneration, Kaum Jamak atau Generasi Tanah air) adalah kumpulan demografi selepas Kaum Milenium. Tidak terdapat tarikh yang tepat bagi permulaan atau pengakhiran kumpulan Gen Z; pakar demografi dan penyelidik biasanya menggunakan tarikh kelahiran di antara tahun pertengahan 1990-an sehingga awal 2000-an, dan setakat ini yang belum ada sedikit kesepakatan tentang tahun kelahiran bagi menentukan tarikh kelahiran penghujung. 

Aspek penting yang terdapat pada generasi ini adalah penggunaan Internet secara meluas dari usia muda. Ahli dalam Generasi Z biasanya dianggap sebagai selesa dalam pengunaan teknologi, dan sebahagian besar berinteraksi melalui media sosial dengan mengunakan laman web untuk bersosialisasi. Beberapa komentar telah membuat cadangan bahawa membesar semasa zaman Kemelesetan Besar telah memberi rasa tidak selamat dan tidak menentu arah pada kumpulan ini.