Genosid Yunani merupakan langkah pembasmian kaum Yunani Uthmaniyah beragama Kristian yang dijalankan di Anatolia semasa Perang Dunia Pertama dan kejadian yang berikutan selepasnya dari tahun 1914 sehingga tahun 1922)[1] oleh kerajaan Uthmaniyah dan pergerakan nasionalis Turki melalui pembunuhan beramai-ramai, pengusiran terpaksa melibatkan "perarakan maut", hukuman mati semberono serta pemusnahan budaya, sejarah, dan peninggalan agama Ortodoks Timur.[2] Menurut beberapa sumber, sebanyak ratusan ribu orang Yunani terkorban dalam tempoh ini.[3] Kebanyakan pelarian yang terselamat melarikan diri ke Republik Yunani (menambah satu suku ke kependudukan Yunani).[4] Terdapat juga sebahagian pendudk tersebut, terutamanya di wilayah-wilayah timur Anatolia yang turut berlindung di Empayar Rusia yang berjiranan.

  1. ^ Jones, Adam (2010). Genocide: A Comprehensive Introduction. Routledge. m/s. 163. ISBN 1136937978.
  2. ^ I. Law (17 October 2014). Mediterranean Racisms: Connections and Complexities in the Racialization of the Mediterranean Region. Palgrave Macmillan UK. m/s. 54. ISBN 978-1-137-26347-6.
  3. ^ Jones 2006.
  4. ^ Howland, Charles P. "Greece and Her Refugees", Foreign Affairs, The Council on Foreign Relations. July 1926.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting