Genrai ialah sebuah band orang asli di tubuhkan pada tahun awal 1999,Genrai membawa dua maksud berbeza iaitu GENRAI singkatan bagi Generasi Asli Alaf Ini dan kedua GENRAI bermaksud berhibur, salah satu pengertian bahasa orang asli dialek Semelai.Mula merakamkan album pada tahun 1999, selepas kemunculan Jelmol dan Seniroi pada tahun tersebut, merupakan artis dibawah naungan Childplay Music Production & FMC Music City

Anggota Genrai

  • Penyanyi  : Johari Alwi( kini seorang guru di Putrajaya )
  • Gitar Utama : Norazlan Adnan ( juruaudio di sebuah syarikat swasta)
  • Bass Gitar  : Norizaqizari Landan ( kerja sendiri)
  • Drum  : Noriman Adnan ( bertugas di Radio Malaysia ASYIKfm )

Lagu Lagu Album Pesona ( 2000 )

  1. Alaf Baru Metropolitan Lagu : Burn Crossfire Lirik : Tok Wan
  2. Seru Kasih Lagu : Patrick Khamis Lirik: Afiqah MS(Md Shah Kadir)
  3. Terlerai Setia : Lagu : Joe Genrai Lirik : Aim Crossfire
  4. Petom ( Malam) Lagu : Lan Genrai Lirik : Joe Genrai
  5. Alam Maya Lagu : Joe Genrai Lirik : Joe Genrai
  6. Cinte Me Kelit: Lagu : Md Zain ( Chen-Y) Lirik : Adnan Abdullah
  7. Derita Satu Senyuman Lagu : Noriman Adnan Lirik : Aim Crossfire
  8. Bawalah Daku Bersamamu Lagu : Noriman Adnan Lirik : Joe Genrai
  9. Anggunya Cintamu Lagu : Joe Genrai Lirik : Joe Genrai
  10. Kau Ku Sayang Kau Ku Rindu Lagu /Lirik : Amir EYE

Pencapaian

Percalonan Rancangan Muzik Muzik 2000 terbitan TV3 ( AJL ) Kategori Pop Rock untuk lagu Seru Kasih dan Alaf Baru Metropolitan.

Pautan: http://www.facebook.com/pages/Genrai/228258313922039

       http://www.liriklagu.com/liriklagu_ei/Genrai.html