Gentoo Linux
Gentoo Linux (sebutan: /dʒɛntuː/) adalah sebuah sistem pengendalian bebas edaran Linux yang berasaskan sistem pengurusan pakej Portage. Projek pembangunan serta produknya dinamakan sempena penguin Gentoo. Pakej-pakej penggunaan pada kebiasaanya dibina daripada kod sumber, membolehkan ia diubahsuai oleh pengguna.
![]() | |
![]() Meja lalai Gentoo Linux Live CD, versi 2008.0 | |
Syarikat / Pembangun | Gentoo Foundation |
---|---|
Keluarga OS | Linux |
Keadaan | Semasa |
Model sumber | Sumber terbuka, perisian bebas |
Versi stabil terkini | 2008.0 (6 Julai 2008 | )
Kaedah pengemaskinian | Terbit |
Pengurus pakej | Pengangkutan |
Pelantar disokong | x86, x86-64, IA-64, PA-RISC; PowerPC 32/64, SPARC, DEC Alpha, ARM, MIPS, S390[1], sh |
Jenis inti | Inti monolitik, Linux |
Antara muka pengguna lalai | Antara muka baris perintah, Sistem Tetingkap X |
Lesen | Pelbagai |
Laman sesawang | www.gentoo.org |
SejarahSunting
Gentoo pada mulanya dicipta oleh Daniel Robbins sebagai edaran Linux Enoch. Matlamatnya ialah untuk mencipta sebuah edaran yang dibina darilpada kod sumber, serasi dengan perkakasan, hanya menyertakan atur cara yang diperlukan, dan mengurangkan beban kerja penyenggara melalui penskripan.[2] At least one version of Enoch was distributed: version 0.75, in December 1999.[3]
Isu-isu pengkompilan telah mendedahkan masalah-masalah pada Koleksi Pengkompil GNU (gcc), dulunya dibina daripada kod sumber. Daniel Robbins dan para penyumbang lain telah berujikaji dengan salah satu cabang gcc yang dikenali sebagai egcs dibangunkan oleh cygnus yang mana menghasilkan binari-binari sekurang-kurangnya 10% speedup hakiki berbanding pgcc. Lantaran ini, Enoch memperoleh nama disebabkan oleh kelajuannya, lantas membawa kepada namanya ditukar kepada Gentoo Linux (spesies Gentoo merupakan species penguin berenang terpantas). Pengubahsuaian tersebut seterusnya telah dijadikan sebahagian daripada gcc rasmi (versi 2.95), dan edaran Linux yang lain turut mengalami peningkatan kelajuan.[4]
Selepas mengalami masalah dengan pepijat pada sistemnya, Robbins memberhentikan penbangunan Gentoo Linux dan beralih kepada FreeBSD selama beberapa bulan, kemudiannya dipetik berkata "Saya bercadang untuk menambah beberapa ciri FreeBSD untuk menjadikan sistem swabina kami (sekarang digelar Portage) sebuah sistem port generasi seterusnya yang sebenar."[5]
Gentoo Linux 1.0 telah dikeluarkan pada 31 Mac 2002.[6]
Robbins pernah berkeinginan untuk menjadikan Gentoo Linux sebuah projek perdagangan yang berjaya, tetapi mendapati sebuah model perniagaan yang wajar adalah sukar untuk dicapai. Pada 2004, beliau telah menubuhkan Yayasan Gentoo yang tanpa-untung, memindahkan kesemua hak cipta serta cap dagang kepadanya, dan turun kepada jawatan Ketua Arkitek projek tersebut.[7][8]
Lembaga Pemegang Amanah sekarang[9] adalah terdiri daripada lima orang ahli yang telah diumumkan (melalui sebuah pengundian) pada 2 MAc 2008.[10] There is also a subsidiary seven-member Gentoo Council whose members decide on technical issues and policies.[11] The current Council members were elected over the period of August 17, 2007 to September 17, 2007 by 117 active Gentoo developers.[12]
Sehingga baru-baru ini, Yayasan Gentoo adalah sebuah yayasan tanpa-untung 501c6, didaftarkan di Wilayah New Mexico.[13] Pada penghujung 2007, piagam Yayasan telah dibatalkan.[14] Bermula pada 19 Mei 2008, Wilayah New Mexico telah mengisytiharkan yang Yayasan Gentoo Inc telah kembali kepada kedudukan baik dan bebas melakukan perniagaan[15].
Edaran berasaskan GentooSunting
- Bintoo
- Exherbo
- Gentoox
- iloog
- Knopperdisk
- Kororaa
- Librix
- Litrix
- Navyn OS
- Pardus[16]
- Pentoo
- Phaeronix
- SabayonLinux
- Saxana
- SystemRescueCD
- Ututo
- VidaLinux
RujukanSunting
- ^ Gentoo Packages /arch/s390/
- ^ Gentoo Linux Documentation - Making the distribution, Part 1
- ^ Planet Mirror - enoch - Enoch Linux - enoch-0.75 - download now
- ^ Gentoo Linux Documentation - Making the distribution, Part 2
- ^ Gentoo Linux Documentation - Making the distribution, Part 3
- ^ Slashdot | Gentoo 1.0 Released
- ^ http://archives.gentoo.org/gentoo-nfp/msg_00845.xml
- ^ Slashdot | Daniel Robbins Resigns As Chief Gentoo Architect
- ^ Gentoo Linux Documentation - Gentoo Foundation Charter
- ^ Gentoo Linux - New foundation trustees elected
- ^ Gentoo Linux Projects - Gentoo Council
- ^ http://archives.gentoo.org/gentoo-dev/msg_147748.xml
- ^ [1]
- ^ Gentoo loses charter; Robbins offers to return [LWN.net]
- ^ Gentoo Linux - List Archive: gentoo-nfp
- ^ Pardus Linux 2007 is no longer based on Gentoo http://distrowatch.com/weekly.php?issue=20070115
Lihat jugaSunting
- Gentoo/Alt
- GoboLinux — satu lagi edaran Linux yang mengetengahkan edaran sumber berbanding binari-binari pra-kompilan.
- Linux From Scratch — teramat mengetengahkan pengedaran sumber
Pautan luarSunting
- Laman rasmi Pertubuhan Gentoo
- gentoo-wiki.com - Sebuah wiki mengenai Gentoo tak-rasmi namun amat kerap digunakan
- USB Gentoo|Pendrivelinux - Bagaimana untuk menjalankan Gentoo daripada sebuah alat USB
- Planet Larry - sebuah pengagregatan blog-blog pengguna Gentoo
- Gentoo-Portage - Sebuah versi boleh cari dalam talian pokok portage.
- Embedded Gentoo How To for x86 - x86 How-to Terbenam
- PFL - Portage File List - gelintar fail di dalam paket
- PFS - Portage File Search - gelintar fail di dalam paket
- Gentoo di DistroWatch
- Secunia advisories for Gentoo
- Gentoo Linux Security Advisories
- #gentoo di freenode