Geoff Andre Feyaerts

Geoff Andre Feyaerts ialah seorang pelakon lelaki Belgium yang bergiat aktif sebagai pelakon di Malaysia.[1]

Geoff Andre Feyaerts
Kelahiran
Nama lainFuad
PendidikanDiploma Seni Persembahan
Pusat pendidikanKunsthumaniora Brussels, Belgium
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007–kini
Anak-anak4

Kerjaya sunting

Pada tahun 1996, pada usia 11 tahun, dia menggunakan wang simpanannya untuk membeli kamera VHS pertamanya.

Pada usia 14 tahun, dia mengambil bahagian dalam penghasilan dokumentari tentang kehidupan anak-anak yatim jalanan di Cuenca, Ecuador.

Feyaerts memenangi hadiah pertama untuk filem pendek terbaik oleh artis muda Belgium di Kunstbende pada tahun 2003.

Di Malaysia, Feyaerts memulakan kerjayanya dalam pementasan teater di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) seawal 2007.[2] Selepas itu, beliau mendapat tawaran berlakon dalam filem dan drama di Malaysia.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2007 selepas menyertai sebuah program pertukaran antara budaya (AFS)

di Negeri Sembilan dan merupakan seorang mualaf. Beliau mempunyai 4 anak bersama isterinya yang berbangsa Melayu.[3][4] Feyaerts ialah pemegang Diploma Seni Persembahan di Kunsthumaniora Brussels, Belgium.[5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Zaiton: Ceritaku Ekspatriat
Hanyut (Adrift) Askar
2015 Werewolf Dari Bangladesh Abrahamovich
2016 Kecoh! Primadona Kena Hantu Penarik Fokus Itali
Lost in the Pacific Askar Filem Cina
2017 Adiwiraku Franklin
Kanang anak Langkau: The Iban Warrior Pemandu Helikopter
Peace Breaker Pemilik disko Filem Cina
2018 Makrifat Cinta Pelabur
Pulang Sailor
The Leakers Wartawan Filem Cina
2021 Blackout Filem Nigeria
Siapa Tutup Lampu? Mr. Adam
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Kapten Syers
2023 Badcop Milutin Filem Nigeria
Bukan Hantu Biashe Biashe Orang Tua
MagiK American Tourist
2024 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah Kapten Syers

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2015 Gerak Khas (Musim 15) Daniel Thomas TV2 Episod: "Murtad"
2017 Encik Suami Mat Salih Celup Mikail TV3
Dendam Aurora Leonardo Rodgers Astro Prima
2022 Bisik Bisik Gelora Wilson TV3
Tok Guru Mr Richard TV2
Kudeta Mike Silva Astro Ria
2024 I.D. Kamal Astro Premier Penampilan khas

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Cinta Tanpa Syarat Bapa Wanaf ntv7
2023 Satu Hari Di Bulan Februari Henry TV1

Rujukan sunting

  1. ^ Norhayati Nordin (3 Julai 2022). "Kapten Syers merantau ke Malaysia nak cari jodoh". Harian Metro. Dicapai pada 22 Julai 2022.
  2. ^ Miss Yaya (28 Jun 2022). ""Saya Datang Malaysia Sebab Perempuan Melayu" – Captain Syers Rupanya Mualaf". BOOM!. Dicapai pada 23 Julai 2022.
  3. ^ Nadia Azam (1 Julai 2022). "'Captain Syers' berkenan wanita Melayu". Malaysiakini. Dicapai pada 23 Julai 2022.
  4. ^ "Penjajah British Paling Dibenci, Tapi Aktor Sebenarnya Suami & Bapa Penyayang". Kisah Dunia. 28 Jun 2022. Dicapai pada 23 Julai 2022.
  5. ^ "The Consortium". KLIEC. Dicapai pada 23 Julai 2022.

Pautan luar sunting