Filipina merupakan gugusan pulau yang terdiri daripada sekitar 7,641 buah pulau[1] dengan jumlah keluasan, termasuk jasad air dalaman, sebanyak 343,448 kilometer persegi (132,606 bt2). Garis tepi laut sepanjang 36,289 kilometer (22,549 bt) menjadikan Filipina negara kelima terpanjang garis pantai di dunia.[2][3] Filipina terletak antara longitud 116° 40', dan 126° 34' T dan latitud 4° 40' dan 21° 10' U, bersempadan dengan Laut Filipina[4] di timur, Laut China Selatan[5] di barat, dan Laut Sulawesi[6] di selatan. Pulau Borneo[7] terletak beberapa ratus kilometer di barat daya sementara Taiwan terletak terus di utara. Kepulauan Maluku dan Sulawesi terletak di selatan barat daya sementara Palau terletak di timur Filipina.[2]

Topografi Filipina

Kebanyakan pulau bergunung dilitupi hutan hujan tropika dan berasal dari gunung berapi. Gunung tertinggi ialah Gunung Apo. It measures up to 2,954 meter (9,692 ka) above sea level and is located on the island of Mindanao.[8][9] Kedalaman Galathea di Jurang Filipina adalah titik paling dalam di negara dan ketiga paling dalam di dunia. Jurang tersebut terletak di Laut Filipina.[10]

Sungai terpanjang ialah Sungai Cagayan di Luzon utara.[11] Teluk Manila, di mana letaknya ibu negara Manila, bersambung dengan Laguna de Bay, tasik terbesar di Filipina, melalui Sungai Pasig. Teluk Subic, Teluk Davao, dan Teluk Moro antara teluk-teluk terpenting yang lain. Selat San Juanico memisahkan pulau-pulau Samar dan Leyte tetapi diseberangi oleh Jambatan San Juanico.[12]

Terletak di pinggir barat lingkaran api Pasifik, Filipina banyak mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi. Penara Benham di timur dalam Laut Filipina merupakan kawasan dasar laut yang aktif dengan pembenaman tektonik.[13] Sekitar 20 buah gempa bumi dicatat sehari, tetapi kebanyakannya terlalu lemah untuk dirasai. Gempa bumi besar terakhir ialah gempa bumi Luzon 1990.[14]

Gunung Mayon ialah gunung berapi paling aktif di Filipina.

Terdapat banyak gunung berapi yang aktif seperti Gunung Mayon, Gunung Pinatubo, dan Gunung Taal. Letusan Gunung Pinatubo pada Jun 1991 menyebabkan letusan tanah terbesar di dunia pada abad ke-20.[15] Bukan semua ciri-ciri geografi utama bersifat pemusnah. Antara tinggalan indah daripada gangguan geografi ialah Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa, di mana tempatnya mewakili habitat untuk pemeliharaan biodiversiti, malah juga terdapat ekosistem selengkap gunung hingga laut dan antara hutan-hutan terpenting di Asia.[16]

Disebabkan banyaknya gunung berapi, banyak mendapan mineral di Filipina. Dianggarkan bahawa Filipina mempunyai mendapan emas kedua terbesar di dunia selepas Afrika Selatan, dan salah satu mendapan tembaga terbesar di dunia.[17] Ia juga kaya dengan nikel, kromit dan zink. Sungguhpun demikian, pengurusan lemah, penduduk terlalu padat serta kesedaran alam telah menyebabkan sumber mineral ini kurang dieksploitasi.[17] Tenaga geoterma merupakan hasil aktiviti gunung berapi yang berjaya dimanfaatkan oleh Filipina. Filipina ialah pengeluar geoterma kedua terbesar selepas Amerika Syarikat, dengan 18% keperluan elektrik negara dipenuhi oleh kuasa geoterma.[18]


Rujukan sunting

  1. ^ Mayuga, Jonathan (February 10, 2016). "Namria 'discovers' 400 previously 'unknown' PHL islands using IfSAR". BusinessMirror. Dicapai pada February 12, 2016.
  2. ^ a b "General Information". March 9, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada March 9, 2009. Dicapai pada September 21, 2014.. (older version – as it existed in 2009 – during the presidency of Gloria Macapagal Arroyo), The Official Government Portal of the Republic of the Philippines Diarkibkan September 30, 2007, di Wayback Machine.
  3. ^ Central Intelligence Agency. (2009). "Field Listing :: Coastline" Diarkibkan 2017-07-16 di Wayback Machine. Washington, D.C.: Author. Retrieved 2009-11-07.
  4. ^ Philippine Sea, encarta.msn.com Diarkibkan Oktober 31, 2009, di WebCite (archived from the original Diarkibkan Ogos 20, 2009, di Wayback Machine on August 20, 2009).
  5. ^ "U.S. report details rich resources in South China Sea." (archived from the original on 2013-02-133)
  6. ^ C.Michael Hogan. 2011. "Celebes Sea". Encyclopedia of Earth. Eds. P. Saundry & C. J. Cleveland. National Council for Science and the Environment. Washington, D.C.
  7. ^ "An Awesome Island". Borneo: Island in the Clouds. PBS. Dicapai pada November 11, 2012.
  8. ^ "Philippines Mountain Ultra-Prominence". peaklist.org. Dicapai pada June 19, 2009.
  9. ^ (2011-04-06). "The World Factbook – Philippines" Diarkibkan Julai 19, 2015, di Wayback Machine. Central Intelligence Agency. Retrieved on March 14, 2011.
  10. ^ Bruun, Anton Frederick (1956). The Galathea Deep Sea Expedition, 1950–1952, described by members of the expedition. Macmillian, New York.
  11. ^ Kundel, Jim (June 7, 2007). "Water profile of Philippines". Encyclopedia of Earth. Dicapai pada September 30, 2008.
  12. ^ Republic of the Philippines. Department of Tourism. [c. 2008]. Leyte is Famous for... di Wayback Machine (diarkibkan April 27, 2012) (archived from the original on April 27, 2012). Retrieved March 21, 2010 from www.travelmart.net.
  13. ^ "Submissions, through the Secretary-General of the United Nations, to the Commission on the Limits of the Continental Shelf, pursuant to article 76, paragraph 8, of the United Nations Convention on the Law of the Sea of 10 December 1982". United Nations Commission on the Limits of the Continental Shelf. May 28, 2009. Dicapai pada May 29, 2009.
  14. ^ La Putt, Juny P. [c. 2003]. The 1990 Baguio City Earthquake. Retrieved December 20, 2009 from The City of Baguio Website.
  15. ^ Newhall, Chris; James W. Hendley II; Peter H. Stauffer (February 28, 2005). "The Cataclysmic 1991 Eruption of Mount Pinatubo, Philippines (U.S. Geological Survey Fact Sheet 113-97)". U.S. Department of the Interior. U.S. Geological Survey. Diarkibkan daripada yang asal pada August 25, 2013. Dicapai pada April 9, 2007. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  16. ^ "Puerto-Princesa Subterranean River National Park". UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada May 4, 2013.
  17. ^ a b Greenlees, Donald (May 14, 2008). "Miners shun mineral wealth of the Philippines". The New York Times. Dicapai pada December 11, 2009.
  18. ^ Davies, Ed; Karen Lema (June 29, 2008). "Pricey oil makes geothermal projects more attractive for Indonesia and the Philippines". The New York Times. Dicapai pada December 18, 2009. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)