Dari segi geografi, Johor yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada asalnya merupakan sebuah negeri yang rata kecuali di bahagian utaranya. Johor mempunyai pantai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia, dengan 400 km di pantai timur dan barat semenanjung.

frames
frames

Johor merupakan negeri yang paling selatan di Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara, dan Singapura di selatan. Dahulunya, ibu negeri dan bandar diraja Johor ialah Tanjung Puteri, kini dinamai semula sebagai Johor Bahru.

Negeri Johor terbahagi kepada 10 daerah:

  1. Batu Pahat;
  2. Johor Bahru;
  3. Kluang;
  4. Kota Tinggi;
  5. Kulai;
  6. Tangkak;
  7. Mersing;
  8. Muar;
  9. Pontian,
  10. Segamat;


Bandar- bandar utama di Johor adalah termasuk Johor Bahru (ibu negeri), Pagoh, Tangkak, Air Hitam, Yong Peng, dan Kulai.

Johor mempunyai cuaca yang panas, dengan suhu min antara kira-kira 26°C hingga 27°C. Hujan purata Johor adalah antara 2,030mm sehingga 3,050mm setiap tahun. Johor memiliki banyak hutan paya bakau. Ia adalah mustahak untuk mengimbangkan ekosistem. Johor juga dilitupi dengan hutan hujan tropika yang mengandungi pelbagai spesies flora dan fauna.

  1. Gunung Bekok
  2. Gunung Ledang