Kelantan terletak di timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan Thailand. Kelantan adalah sebuah negeri di dalam wilayah geo-budaya peradaban Melayu timur laut. Kelantan kaya dengan sumber asli tempatan dan berkeluasan 14,922 kilometer persegi. Kelantan agak terpisah dari negeri-negeri lain akibat Banjaran Titiwangsa.

Negeri ini terbahagi kepada 11 jajahan iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli Gua Musang dan Lojing. Bandar utama di negeri Kelantan termasuk Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik di mana hujan lebat turun berselang-seli dan berterusan pada November, Disember dan Januari (musim tengkujuh). Suhu setiap hari dianggarkan dari 21° C hingga 32° C.