Geografi Negeri Sembilan

Geografi Negeri Sembilan termasuklah kedua-dua geografi fizikal dan manusia di Negeri Sembilan, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai barat, Semenanjung Malaysia. Negeri ini bersempadan dengan Selangor di sebelah utara,[1] Pahang di sebelah timur[2] dan Melaka serta Johor di sebelah selatan,[3] dan Selat Melaka di sebelah barat.[4] Seremban ialah ibu negeri bagi Negeri Sembilan, dan terletak 35 batu (56 km) dari Kuala Lumpur[5] dan 23 batu (37 km) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.

Geografi fizikal sunting

Negeri Sembilan, bersama-sama dengan tujuh daerahnya (Seremban, Port Dickson, Jelebu, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, dan Jempol) meliputi keluasan 6,645 km persegi atau 664,591 hektar. Kawasan ini terdiri daripada lembah-lembah dan dataran yang begitu indah mata memandang dalam dakapan alunan bukit-bukau dan pergunungan disebabkan oleh kerana lokasinya terletak di unjuran penghujung selatan Banjaran Titiwangsa, dengan Gunung Besar Hantu (1,462 m) sebagai kemuncak tertinggi. Dengan keseluruhan jajaran banjaran ini berakhir di Tampin, ia juga bertindak sebagai sempadan semula jadi antara Negeri Sembilan barat (Port Dickson, Seremban dan Rembau) dan Negeri Sembilan timur (Kuala Pilah, Jempol, Tampin, dan Jelebu). Dari banjaran itu juga terbitnya dua batang sungai utama di negeri tersebut, iaitu Sungai Linggi dan Sungai Muar yang menjadi sumber air utama oleh keseluruhan penduduk.

Geografi manusia sunting

Negeri Sembilan mempunyai jumlah penduduk seramai kira-kira 1,199,974 orang (bancian penduduk tahun 2020). Dari jumlah ini, 56% terdiri daripada orang Melayu, 29.7% kaum Cina, 16.4% India dan 1.4% lain-lain. Purata kepadatan penduduk ialah 109 orang setiap kilometer persegi.

Rujukan sunting

  1. ^ ZAINURY, MOHD AZLIM (2022-07-04). "Jajaran sempadan darat Selangor, Negeri Sembilan selesai". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-12-20.
  2. ^ YUSOF, NORAWAZNI (2021-11-05). "Pahang lulus inisiatif sempadan hijau negeri". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-12-20.
  3. ^ "Penduduk Asahan hidup tanpa stesen minyak, perkhidmatan bank". Majoriti.com.my. 2021-11-14. Dicapai pada 2023-12-20.
  4. ^ TAZALI, MUHAMMAD SHAHIZAM (2021-12-29). "Dua radar APMM perkukuh kawalan Selat Melaka". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-20.
  5. ^ 12Go. "Seremban ke Kuala Lumpur oleh bas, kereta api dari MYR 13 - Dis 2023 ✅". 12go.asia. Dicapai pada 2023-12-20.