Qatar merupakan sebuah semenanjung di Arabia yang bersempadan dengan Arab Saudi dan Teluk Parsi, berdekatan kawasan simpanan petroleum yang strategik.

Geografi Qatar
BenuaAsia
Koordinat25°18′N 51°09′E / 25.30°N 51.15°E / 25.30; 51.15
KeluasanKedudukan ke-164
 • Jumlah11,571 km2 (4,468 bt2)
 • Darat100%
 • Air0%
Garis Pantai563 km (350 bt)
SempadanArab Saudi: 60 km (37 bt)
Titik tertinggiQurayn Abu al Bawl,
103 m (338 ka)
Titik terendahTeluk Parsi,
0 m (0 ka)

Iklim sunting

Musim panasnya yang lama, dari Mei ke September dikatakan memiliki haba yang terik serta mempunyai persekitaran udara lembap dan kering secara berselang-seli, dengan suhu boleh mencecah sehingga 50°C.[1] Suhu pada November hingga April adalah sederhana, dengan julat suhu antara 7 °C pada Januari hingga 39 °C pada April. Qatar menerima hujan yang amat sedikit, dengan purata 100 mm yang hanya berlaku pada musim sejuk serta seketika sahaja. Kadangkala, ribut yang kuat boleh berlaku sehingga menyebabkan banjir di lembah-lembah (wadi) yang kering.[2]

Kawasan tumbuhan sunting

Meskipun hampir keseluruhan Qatar terdiri daripada gurun pasir, terdapat beberapa kawasan tumbuhan yang terdapat berdekatan pesisir pantai timur, di mana pokok-pokok serta semak boleh ditemui.

Kawasan dan sempadan sunting

Qatar memiliki satu sempadan tanah iaitu dengan Arab Saudi di selatan yang ditetapkan pada 1965, meskipun tidak pernah ditanda secara rasmi. Pesisir barat laut Qatar terletak kira-kira 30 km dari kawasan kepulauan Bahrain, manakala kepulauan Hawar hanya berjarak 1.4 km dari pesisir tersebut.[2] Ras Rakan merupakan titik paling utara Qatar.[3]

Kepulauan sunting

Daripada pulau-pulau di Qatar, pulau Halul merupakan pulau terpenting yang bertindak sebagai pusat penyimpanan dan penghantaran petrolem dari kawasan sekitarnya. Pulau tersebut terletak kira-kira 90 km dari timur Doha. Kepulauan Hawar yang terletak di pantai barat pula menjadi pertikaian antara Qatar dan Bahrain.[2]

Penggunaan tanah sunting

Menurut anggaran pada 2011, 5.4% dari tanah Qatar digunakan untuk tujuan pertanian. Pada 2003, 129.4 km2 tanah di Qatar memiliki akses saliran.[4]

Geologi sunting

Kebanyakan permukaan Qatar terletak pada strata Senozoik yang memiliki sumber galian yang kaya, tetapi masih belum dimanfaatkan seperti batu kapur dan tanah liat.[5]

Geografi politik sunting

Ibu negara Qatar, Doha terletak di pusat pantai timur pada pelabuhan yang cetek, dengan pelabuhan-pelabuhan lain termasuklah Umm Said, Al Khawr, dan Al Wakrah. Namun, hanya Qatar dan Umm yang dapat menampung perkapalan komersial, walaupun sebuah pelabuhan dan terminal untuk penghantaran gas asli sedang dirancang di Bandar Industri Ras Laffan.[2]

Doha, sebagai ibu negara merupakan pusat penduduk, pentadbiran dan komersial. Ia telah dihubungkan dengan jalan berturap berjarak kira-kira 1,000 km ke petempatan lain pada 1993.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Casey & Vine (1991), m/s. 69
  2. ^ a b c d e "Geography". Library of Congress Country Studies. Dicapai pada 17 July 2015. Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.
  3. ^ Bird, Eric (2010). Encyclopedia of the World's Coastal Landforms. Springer. m/s. 1038. ISBN 978-1402086380.
  4. ^ "Geography". CIA World Factbook. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 17 July 2015.   Rencana ini menggabungkan bahan domain awam daripada CIA World Factbook laman web https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/index.html.
  5. ^ Al-Kubaisi, Mohammed Ali M. (1984). Industrial development in Qatar: a geographical assessment (PDF). Durham E-Theses, Durham University. m/s. 10–11.

Pautan luar sunting

Templat:Topik Qatar