Serbia terletak di Eropah di semenanjung Balkan dan Dataran Pannonian, tepat di persimpangan antara Eropah Tengah, Selatan, dan Timur. Terdapat lima batang sungai di negara ini, iaitu:

  1. Sungai Danube yang sepanjang 2,850 kilometer mengalir merentasi bahagian utara satu pertiga kawasan negara ini. Sebahagian sungai ini sepanjang 588 kilometer membentuk sempadan antara Croatia dan sebahagian Romania.
  2. Sungai Sava yang membentuk sempadan selatan provinsi Vojvodina mengalir masuk ke Sungai Danube di Belgrade tengah, dan melangkau bukit-bukit Fruška Gora di barat.
  3. Sungai Tisza yang terletak enam puluh kilometer di timur laut Belgrade mengalir masuk ke Sungai Danube dan menamatkan pengalirannya sepanjang 1,350 kilometer dari Ukraine.
  4. Sungai Tamis (60 km/350 km) yang sebahagiannya boleh dilayari mengalir masuk ke Sungai Danube berhampiran dengan Pancevo.
  5. Sungai Begej (254 km) mengalir masuk ke Sungai Tisza berhampiran dengan bandar Titel.
Peta Serbia
Komponen-komponen geografi Serbia.

Kesemua lima sungai ini boleh dilayari, dan menghubungkan negara ini dengan:

Sempadan timur negara ini ditetapkan oleh Banjaran Karpatos yang terbentang seluruh EropahTengah. Banjaran Karpatos bertemu dengan Banjaran Gunung Balkan, dan mengikut laluan Sungai Velika Morava, sebatang sungai yang 500 kilometer panjangnya dengan sebahagiannya boleh dilayari.

Puncak Gunung Midzor ialah puncak tertinggi di Serbia Timur pada 2,156 meter tingginya. Di tenggara, Banjaran Gunung Balkan bertemu dengan Banjaran Gunung Rhodope, dan menghubungkan Serbia dengan Greece. Banjaran Gunung Sar di Kosovo membentuk sempadan dengan Albania, dengan Gunung Djeravicanya (2,656 m) merupakan salah satu gunung yang tertinggi di wilayah ini. Rantaian Gunung Alp Dinarik di Serbia yang mengikut arah pengaliran Sungai Drina (350 kilometer panjangnya, dan hanya boleh dilayari oleh kapal-kapal kecil) menghadap puncak-puncak Dinarik di sebelah pantai bertentangan di Bosnia dan Herzegovina.

Iklim sunting

Iklim Serbia berbeza-beza antara iklim kebenuaan di utara, dengan iklim yang lebih Adriatik di selatan. Iklim kebenuaannya di utara mempunyai musim sejuk yang betul-betul sejuk, dan musim panas yang panas dan lembap, dengan pola hujan yang agak seragam, manakala iklim di selatan mempunyai musim panas dan musim bunga yang panas dan kering, serta musim sejuk dan musim luruh yang agak sejuk, dengan salji yang lebat di kawasan pedalaman.

Perbezaan-perbezaan ketinggian, kehampiran dengan Laut Adriatik dan lembangan-lembangan yang besar, serta juga pendedahkan kepada angin menyebabkan perbezaan iklim. [1] Vojvodina mempunyai iklim kebenuaan yang tipikal, dengan jisim-jisim udara dari Eropah Utara dan Barat yang membentuk profil iklim. Bagaimanapun, Banjaran Alp Dinarik menyumbangkan kepada penyejukan sebahagian besar jisim-jisim udara yang hangat. Serbia Selatan dan Tenggara dipengaruhi oleh Laut Mediterranean, manakala musim-musim sejuk di Sandžak adalah agak teruk, akibat keberadaan gunung-gunung yang mengelilingi penara. [2]

Antara tahun-tahun 196190, suhu udara tahunan purata di kawasan-kawasan Serbia, mengikut ketinggiannya, adalah seperti yang berikut:

  • altitud setinggi 300 meter: 10.9°C;
  • altitud antara 300 - 500 meter: sekitar 10.0°C;
  • altitud melebih 1000 meter: sekitar 6.0°C. [3]

Bandar-bandar sunting

 
Dataran utama Zrenjanin

Bandar-bandar utama (melebihi 100,000 orang penghuni) — data banci 2002.

Senarai bandaraya dan kawasan perbandaran Serbia yang terbesar
Bandar raya Jumlah penduduk
Bandar Kawasan Perbandaran
Belgrade 1,273,651 1,576,124
Novi Sad 215,659 298,139
Niš 194,790 250,518
Kragujevac 145,980 211,580
Leskovac 78,030 156,252
Subotica 99,471 147,758
Zrenjanin 79,545 131,509
Kruševac 75,256 131,368
Pančevo 77,087 127,162
Kraljevo 57,411 121,707
Čačak 73,217 117,012
Smederevo 77,808 109,867
Sombor 51,471 97,263
Valjevo 61,035 96,761

Taman negara sunting

Serbia mempunyai lima taman negara:

Rujukan sunting

  1. ^ Ensiklopedia Britannica: Serbia
  2. ^ Radovanović, M and Dučić, V, 2002, Keberubahan Iklim di Serbia dalam bahagian kedua Abad ke-20, Perhimpunan Agung EGS XXVII, Nice, 21 April - 26 April 2002, ikhtisar #2283, 27:2283 – dibekalkan oleh Sistem Data Astrofizik Smithson / NASA.
  3. ^ "Laman web Perkhidmatan Hidrometeorologi Serbia: Ciri-ciri Iklim Asas untuk Wilayah Serbia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-07. Dicapai pada 2009-03-14.