Geografi maritim sering dibincangkan dari segi tiga kawasan yang ditakrifkan secara bebas: perairan pesisir (brown water), perairan sempadan (green water), dan perairan terbuka (blue water).

Empat jenis perairan yang digunakan di Teluk Mexico.

Definisi sunting

Elemen-elemen geografi maritim didefinisikan secara bebas dan maksud mereka telah berubah mengikut sejarah. Konsep Operasi Tentera Laut 2010 AS mentakrifkan laut lepas sebagai "lautan terbuka", laut sempadan sebagai "perairan pantai, pelabuhan serta dermaga", dan perairan pesisir sebagai "sungai dan muara yang boleh dilalui".[1] Robert Rubel dari Maktab Perang Tentera Laut AS memasukkan teluk didalam definisi perairan pesisir,[2] dan pada masa lalu pengulas militer AS telah memperluaskan perairan pesisir ke 100 batu nautika (190 km) dari pantai.[3]

Semasa Perang Dingin, laut sempadan menandakan kawasan-kawasan lautan di mana angkatan laut mungkin terdapat pesawat berpangkalan didarat dan perairan pesisir terdapat artileri berpangkalan didarat.[2] Kemajuan pengebom jarak jauh dengan misil anti kapal mengubah kesemua lautan kepada "hijau" dan istilah itu hilang sama sekali.[2] Selepas Perang Dingin, pasukan petugas amfibia AS kadangkala dirujuk sebagai angkatan laut "hijau", berbeza dengan kumpulan tempur laut "biru".[4] Perbezaan ini hilang apabila peningkatan ancaman di perairan pantai menolak kapal amfibia jauh ke luar pesisir, menghantar serangan melalui helikopter dan tiltrotor dari atas kaki langit. Ini mendorong pembangunan kapal-kapal yang direka untuk beroperasi di perairan sedemikian - iaitu kapal pembinasa kelas Zumwalt dan kapal tempur pesisir. Rubel mencadangkan penakrifan semula laut sempadan sebagai kawasan yang terlalu bahaya bagi unit-unit bernilai tinggi, memerlukan kuasa ofensif untuk diagihkan kepada kapal-kapal kecil seperti kapal selam yang boleh mengunakan ciri halimunan dan ciri-ciri lain untuk bertahan.[2] Dibawah skimnya perairan pesisir akan menjadi zon-zon dimana unit tempur laut tidak dapat beroperasi sama sekali, termasuk di sungai, medan periuk api, selat dan bahagian sempit yang lain.[2]

Kawasan sunting

Perairan pesisir sunting

Persekitaran laut pesisir bermula dari pinggir pantai hingga ke hujung pentas benua. Sebuah angkatan laut pesisir menumpukan pada operasi pantai dan lazimnya mengambil peranan defensif.

Perairan sempadan sunting

Persekitaran laut sempadan memanjang dari sempadan lapisan laut pesisir yang melewati mana-mana pentas benua, kepulauan dan pulau; barangkali beberapa ratus batu dari pantai. Ia merupakan arena maritim yang paling penting, termasuk kebanyakan lalu lintas pantai dan perairan, dimana terdapat majoriti besar polis maritim, kastam, penjagaan alam sekitar, dan ekonomi sesebuah negara. Sebuah angkatan laut sempadan mampu mempertahankan negaranya secara mendalam dan merupakan pasukan ofensif yang penting didalam wilayahnya.

Perairan terbuka sunting

Persekitaran laut terbuka memanjang dari sempadan zon perairan sempadan hingga ke lautan dalam dunia. Sebuah angkatan laut lepas boleh meluncurkan kuasa negaranya di seluruh dunia. Dasar laut terbuka adalah falsafah politik lama di Britain pada abad ke-18, yang berusaha memajukan kuasa British melalui penggunaan Royal Navy, walaupun istilah "laut lepas" tidak muncul sehinggalah tahun 1834.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Naval Operations Concept 2010 - Implementing the Maritime Strategy" (pdf). US Naval Service. m/s. 16. Dicapai pada 7 May 2012.
  2. ^ a b c d e Rubel, Robert C. (Autumn 2010), "Talking About Sea Control" (PDF), Naval War College Review, 63 (4): 44–46, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-03-03, dicapai pada 2018-01-15
  3. ^ Burkitt, Laurie; Scobell, Andrew; Wortzel, Larry M. (July 2003). "The Lessons of History : The Chinese People's Liberation Army at 75" (pdf). Strategic Studies Institute, U.S. Army War College. m/s. 185. Dicapai pada 7 May 2012.
  4. ^ Gillespie, T.C.; Lesher, S.M.; Miner, P.D.; Cyr, B.P. (23 March 1992), Composite Warfare and The Amphibians (PDF), Marine Corps University, m/s. 9–24, diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2017-02-26, dicapai pada 7 May 2012
  5. ^ Shorter OED