Geometry Dash

permainan platform berasaskan irama telefon dan komputer

Geometry Dash ialah sebuah siri terdiri daripada lima permainan maya yang dicipta oleh pemaju permainan berasaskan Sweden Robert Topala (juga dikenali sebagai RobTop atau RubRub), dan diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, RobTop Games.[1] Permainan utama, Geometry Dash, adalah sebuah permainan platform berasaskan irama, yang mempunyai 21 level rasmi setakat 2017, dan sistem pembinaan level dengan lebih daripada 50 juta level atas talian yang dicipta oleh pemain-pemain. Setiap level rasmi mempunyai muzik latar belakang yang unik. Ciri-cri yang lain termasuklah "pek-pek level", peti-peti rahsia, dan pelbagai jenis ikon serta cara mainan.[1]

Geometry Dash
Logo 2 Geometry Dash
Logo Geomerty Dash
PembangunRobert Topala
PenerbitRobTop Games
PlatformiOS, Android, Windows Phone, Microsoft Windows, macOS
Keluaran asaliOS, Android
13 Ogos 2013
Microsoft Windows, Mac OS
22 Disember 2014
Keluaran pertamaGeometry Dash
13 August 2013
Keluaran terkiniGeometry Dash SubZero
21 December 2017

Cara mainan sunting

Geometry Dash menggunakan papan kekunci/tetikus atau skrin sentuh (berdasarkan versi) untuk mengawal kenderaan berbeza yang bertindak apabila pemain menekan di mana-mana di atas skrin sentuh, menekan butang kiri tetikus atau menekan butang "Spacebar"/anak panah atas. Pengguna tidak boleh mengawal kelajuan pergerakan ikon. Masa dan irama muzik dalam permainan adalah bahagian utama permainan tersebut, selalunya berhubungan dengan masing-masing. Objektif permainan adalah untuk menyelesaikan level dengan sampai di penghujungnya. Sekiranya ikon pemain melanggar halangan, pemain perlu memulakan level semula dari permulaannya.[2] Ikon pemain boleh menjadi tujuh jenis kenderaan yang menghasilkan cara-cara permainan yang berlainan, melalui portal kenderaan tersebut.[2] Portal-portal tersebut semua berlainan warna. Cara-cara permainan tersebut boleh diubahkan lagi dengan menambahkan atau mengurangkan kelajuan, mengecilkan ikon atau menambah ikon pemain kedua.

Terdapat 21 level rasmi dalam permainan Geometry Dash versi penuh. 18 daripada level tersebut dibuka daripada mula. Setiap level menghadiahkan ganjaran apabila diselesaikan.[2] Setiap level rasmi mengandungi 3 duit syiling rahsia, yang digunakan untuk membuka 3 level lebihan yang dikunci.[3] Level-level dikelaskan berdasarkan kesukaran, dan setiap level mengganjarkan bilangan bintang yang berlainan berpandukan kesukaran. Pemain boleh memain level-level mengikut sebarang perintah.[4] Pemain boleh mendapat pencapaian khas yang boleh ditukar untuk ganjaran.[5] Pemain juga boleh membeli di kedai, di mana mereka boleh membelanja duit permainan yang dinamakan "orb mana." "Orb mana" boleh didapati dengan menyelesaikan level. Geometry Dash mempunyai mod latihan yang boleh digunakan di setiap level. Mod latihan membenarkan pemain mula semula di cekpoin yang diletakkan oleh pemain sendiri, berbanding dengan mula semula dari permulaan level.[5] Sebuah level tidak dapat diselesaikan dengan rasmi melalui mod latihan, tetapi penyelesaian mod latihan boleh memberi ganjaran. Versi penuh yang dibayar mencirikan kebolehan untuk muat naik level pemain sendiri dan muat turun level pemain-pemain lain.[6] Pemain perlu menyelesaikan level sendiri dahulu untuk memastikan level tersebut boleh diselesaikan sebelum memuat naikkannya. Sekiranya level pemain mengandungi duit syiling rahsia, pemain juga perlu mendapatkan duit syiling tersebut. Perubahan yang dibuat kepada level selepas pengesahan level akan menjadikan level tidak sah.[5] Tahap kesukaran level ditentukan oleh Robert Topala; pencipta sebuah level, pemain level dan pentadbir yang boleh menghantarkan level kepada Robert Topala boleh mempengaruhkan cadangan Robert Topala.Geometri dash ialah salah satu daripada banyak permainan yang boleh anda mainkan pada masa lapang anda. Kami mengesyorkan menyemak sumber untuk lebih banyak permainan sedemikian

Penciptaan sunting

Menurut Robert Topala, game tersebut bermula sebagai projek yang boleh bergerak kepada sebarang arah perkembangan. Beliau mengatakan, "Projek tersebut tiada perancangan yang terperinci... Ia bermula semata-semata sebagai templat dengan sebuah kubus yang boleh lompat dan langgar."[7] Beliau menciptanya sebagai permainan komputer pada mulanya, tetapi kemudian menukar perancangannya dan mencuba untuk membuatkannya sebuah permainan mudah alih. Robert Topala diinspirasi oleh "The Impossible Game" dan mengambil selama empat bulan untuk mencipta permainannya dan meletakkanya di App Store dan Google Play. Dalam versi beta, permainan tersebut dinamakan "Geometry Jump", tetapi kemudian ditukar kepada "Geometry Dash".

Apabila Geometry Dash mula diterbitkan, Geometry Dash hanya mempunyai tujuh level. Tidak lama kemudian, Geometry Dash mendapat sambutan yang meriah dari seluruh dunia. Terdapat empat versi permainan tersebut yang percuma, satu dinamakan "Geometry Dash Lite" yang sekarang (setakat versi 2.11) mengandungi 13 level pertama daripada versi permainan yang penuh.[3]

Soundtrack sunting

Soundtrack rasmi Geometry Dash mengadungi beberapa orang artis muzik, antaranya adalah ForeverBound, DJVI, Waterflame, DJ-Nate, F-777, Dex Arson dan MDK. Selain daripada soundtrack rasmi, penggunaan pelbagai lagu di portal muzik Newgrounds juga boleh didapati. Disebabkan oleh penyalahgunaan pemain memuat naik lagu yang tidak dibuat oleh mereka untuk digunakan dalam Geometry Dash, Robert Topala melaksanakan sekatan yang lebih tinggi untuk mengelakkan isu ini berterusan.[8]

Versi-versi lain sunting

Geometry Dash Meltdown sunting

Pada 19 Disember 2015, Robert Topala menerbitkan Geometry Dash Meltdown untuk iOS dan Android. Permainan tersebut mengandungi 3 level dengan lagu dibuat oleh F-777, dengan ikon pemain baru untuk menunjukkan ciri-ciri baru versi 2.0 kepada sesiapa yang tidak memiliki versi permainan penuh.[9]

Geometry Dash World sunting

Pada 21 Disember 2016, Robert Topala mengumumkan dan menerbitkan Geometry Dash World. Permainan tersebut mengandungi 2 dunia dengan setiap dunia mempunyai 5 level, ikon pemain versi 2.1, sebuah kedai, peti rahsia baru, tugasan, level dan ganjaran harian serta peti harta rahsia untuk menunjukkan ciri-ciri baru versi 2.1 lebih awal kepada pemain sebelum versi permainan penuh dikemas kini kepada versi 2.1.[10][11][12]

Geometry Dash Subzero sunting

Genap setahun selepas pelancaran Geometry Dash World, Robert Topala menerbitkan Geometry Dash Subzero pada 21 Disember 2017. Permainan tersebut mengandungi 3 level, ciri-ciri versi 2.2, termasuk ikon pemain baru dan objek yang menyebabkan cara mainan yang unik seperti kawalan kamera dan penukar arah untuk menunjukkan pemain ciri-ciri versi 2.2 sebelum pelancaran versi 2.2 di versi permainan penuh. Setakat September 2019, ciri-ciri tersebut masih belum ditambahkan ke dalam versi permainan penuh.[13][14][15]

Nota sunting