Georg Krauß

(Dilencongkan dari Georg Krauss)

Georg Krauß, dari Ritter von Krauß 1905 (25 Disember 1826 – 5 November 1906) ialah seorang industrialis Jerman serta merupakan pengasas Locomotivfabrik Krauß & Comp. di Munich, Jerman dan Linz, Upper Austria. Penulisan nama syarikatnya kemudian digantikan dari Krauß sebagai Krauss.

Krauss No.2092 buatan tahun 1889; dipamerkan di São Lourenço, Brazil

Tahun terawal sunting

Krauß dilahirkan di Augsburg sebagai anak sulung dari empat beradik, dari pasangan penenun, Johann Georg Friedrich Krauß dan isterinya Anna Margarethe, née Stahl. Selepas tamat belajar dari SLTP, beliau bersekolah di Royal Polytechnic School, yang ditubuhkan pada tahun 1833 (kini Augsburg High School). Selepas tamat belajar, beliau sempat bekerja untuk Maffei di Munich, lalu untuk Royal Bavarian State Railways (Königlich Bayerische Staatsbahn) di Hof, Jerman, Kempten, dan Lindau. Antara saat penting ialah ketika beliau bekerja sebagai jurmesin senior di Northeast Railway (Nordostbahn) di Zurich, di mana beliau membuat empat unit lokomotif pertamanya. Sejak itu, beliau mula menubuhkan kilang lokomotif di Munich. Walaupun mendapat penolakan dari Joseph Anton von Maffei, beliau berjaya mendapat modal yang diperlukan untuk menubuhkan sebuah kilang di Marsfeld di Munich-Neuhausen pada 17 Julai 1866, sebuah kilang cabang di Stesen Munich Selatan pada tahun 1872, dan kilang baru di Linz (Austria) pada tahun 1880 untuk menghindari pajakan imporit yang tinggi dari Kerajaan Danube.

Sumber sunting

  • Siegfried Baum: Die Augsburger Localbahn, EK Reihe Regionale Verkehrsgeschichte Band 30; Freiburg: Eisenbahn Kurier 2000, ISBN 3-88255-444-4
  • Dr. Ing. Georg R. v. Krauss +, in: Die Lokomotive (Wien), Jahrgang 1906, Seite 213
  • Alois Auer (Hrsg.): Krauss-Maffei. Lebenslauf einer Münchner Fabrik und ihrer Belegschaft. 3K-Verlag, Kösching 1988.

Pautan luar sunting