George Chan Hong Nam

Tan Sri Datuk Patinggi Dr. George Chan Hong Nam (Lahir pada 24 September 1936 di Miri, Sarawak) merupakan Timbalan Ketua Menteri 1 kerajaan negeri Sarawak. Beliau menjadi presiden parti SUPP Sarawak selepas Tan Sri Dr Wong Soon Kai.[1]

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Patinggi

Dr. George Chan Hong Nam
陈康南

DP, PSM, PNBS, DA, PBS, KMN, ABS, PPC
Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Dalam jawatan
9 September 1996 – 2011
Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak
untuk Miri, Sarawak
Dalam jawatan
1983–1991
Didahului olehChia Chin Shin
Digantikan olehKawasan DUN dimansuhkan
Majoriti8,273 (1987)
Anggota Dewan Undangan
untuk Piasau, Miri
Dalam jawatan
1991–2011
Digantikan olehAlan Ling Sie Kiong
Majoriti9,063 (1991)
5,191 (1996)
7,673 (2001)
3,918 (2006)
Butiran peribadi
Lahir (1936-09-24) 24 September 1936 (umur 87)
Miri, Sarawak
Parti politikSarawak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
PasanganDatin Patinggi Puan Sri Judy Chan (bercerai)
Datin Patinggi Puan Sri Lorna Enan Muloon
Anak-anak4 anak perempuan

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melantik beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pembangunan Perindustrian & Menteri Pelancongan dan Warisan. Beliau juga pernah menjadi ADUN Piasau,Miri.

Pendidikan sunting

George Chan belajar di Sekolah Rendah St. Joseph, Miri dan Sekolah Menengah St. Joseph , Kuching, Sarawak. Kemudian, beliau mendapat Biasiswa Colombo untuk melanjutkan pelajaran jurusan perubatan di Universiti Sydney, Australia pada 1962.[2]

Keluarga sunting

Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan sudah bercerai dengan isterinya berbangsa kulit putih berasal dari Amerika Syarikat yang berketurunan Irish, Datin Patinggi Puan Sri Judy Chan. Mereka mempunyai 4 anak hasil daripada perkahwinan mereka dan kini beliau telah berumah tangga dengan Datin Patinggi Puan Sri Lorna Enan Muloon yang berketurunan Kelabit, yang juga merupakan anak angkat kepada rakan politiknya iaitu mendiang Dato' Joseph Balan Seling.[3][4]

SUPP kalah di Sibu sunting

Calon SUPP Robert Lau Hui Yew kalah ditangan Wong Ho Leng (Pengerusi DAP Sarawak) dalam pilihan raya kecil Sibu 2010 pada 16 Mei 2010. George Chan kecewa ramai pengundi Sibu yang tidak keluar mengundi sehingga menyebabkan SUPP/Barisan Nasional kalah tipis, 398 undi.

Rujukan sunting

  1. ^ Six new faces, three dropped[pautan mati kekal], The Borneo Post (dalam bahasa Inggeris)
  2. ^ "OUR ALUMNI CHAN GEORGE HONG NAM" (dalam bahasa Inggeris). Universiti Sydney. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-28. Dicapai pada 27 September 2015.
  3. ^ Happy George Chan becoming a father again, MoCS Sarawak (dalam bahasa Inggeris)
  4. ^ Ritchie, James (4 Ogos 1991). "A wedding to remember" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 6 Januari 2015.

Pautan luar sunting