George Soros lahir Ogos 12, 1930, di Budapest, Hungary dengan nama György Schwartz. Kini beliau menjadi warga Amerika Syarikat. Soros merupakan spekulator mata wang yang terkenal , pelabur saham, ahli perniagaan, ahli filantropi, dan aktivis politik.

George Soros

George Soros speaking in Malaysia
Lahir: (1930-08-12) 12 Ogos 1930 (umur 93)
Budapest, Hungary
Pekerjaan: Entrepreneur, Currency Trader, investor, philosopher, philanthropist, political activist
Nilai bersih: $11.0 billion (Forbes)[1]
Pasangan:Twice divorced (Annaliese Witschak and Susan Weber Soros)
Anak-anak:Robert, Andrea, Jonathan, Alexander, Gregory
Laman sesawang:www.georgesoros.com

Kerjaya sunting

Majalah antarabangsa Forbes menyenaraikan Soros sebagai jutawan terkaya ke-29 di dunia, dengan nilai harta $11.0 bilion. Soros sudah menderma $6 bilion untuk pelbagai tujuan sejak 1979.

Soros merupakan pengerusi Soros Fund Management dan Open Society Institute (sekarang Open Society Foundations). Beliau juga merupakan bekas lembaga pengarah Majlis Hubungan Luar Negeri.

Dia juga menjadi membiayai Georgia Rose Revolution dengan tujuan agar mendapat kemerdekaan dari Russia.

Keluarga sunting

George Soros merupakan anak lelaki Esperantist penulis Tivadar Soros. Tivadar adalah seorang Yahudi warga Hungary.Tivadar pernah menjadi tawanan perang semasa Perang Dunia I dan terpaksa melarikan diri ke Budapest

Keluarga itu mengubah nama daripada Schwartz kepada Soros pada 1936 akibat anti-Yahudi dan Fasisme. Tivadar menyukai nama baru itu kerana ia palindrom dan kerana ia mempunyai satu makna yang lain.

George Soros sudah berkahwin dan bercerai dua kali. Mula-mula berkahwin dengan Annaliese Witschak kemudian Susan Weber Soros. Dia lima orang anak: Robert, Andrea, Jonathan (dengan isteri tuanya, Annaliese); Alexander, Gregory (dengan madunya, Susan). Abangnya,Paul Soros, adalah pelabur swasta dan ahli filantropi merupakan jurutera dan mengetuai Soros Associates di New York. .

Berhijrah dari Hunggary ke England sunting

Pada 1944 ktika berumjur 14 tahun, Soros terpaksa berhijrah kerana kerajaan Hunggary mengamalkan dasar anti Yahudi. Ketika itu orang Yahudi ditangkap, harta dirampas dan dasar diskriminasi dilakukan secara berleluasa. Di Budapest, Soros terselamat dari pertempuran antara Rusia dan Jerman yang menggeledah rumah ke rumah .Antara 1945-1946 Soros telah menjalankan perniagaan mata wang.

Tahun 1947 Soros berhijrah ke England dan menerima ijazah dari London School of Economic pada 1952.Dia bekerja sebagai pengangkut barang di stesen kereta api dan pelayan restoran Quaglino.

Pindah ke Amerika Syarikat sunting

Pada 1956 dia berhijrah ke New Yorkdan bekerja sebagai arbitraj dengan pedagang F M Mayer dari 1956-1959.Kemujdian bekerja sebagai penganalisis di syarikat Wertheim and Company dari 1959-1963. Soros percaya kepada falsafah "reflexiviti" yang dikembangkan oleh Karl Popper.

Dari tahun 1963 ke tahun 1973, dia bekerja dengan Arnhold and S Bleichroeder dan berjaya menjadi Naib Presiden.

Rujukan sunting