George Washington

Presiden Amerika Syarikat yang pertama

General of the Armies George Washington (22 Februari 1732 - 14 Disember 1799) ialah Presiden Amerika Syarikat yang pertama (1789-1797), Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Kontinental ketika Perang Revolusi Amerika dan merupakan salah seorang Bapa Pengasas Amerika Syarikat. Beliau mempengerusikan konvensyen yang mendraf Perlembagaan Amerika Syarikat, yang menggantikan Artikel Konfederasi dan kekal sebagai Akta Kanun Tanah yang tertinggi.

George Washington
Presiden Amerika Syarikat ke-1
Dalam jawatan
30 April 1789 – 4 Mac 1797
Naib PresidenJohn Adams
Didahului olehpejabat diasaskan
Digantikan olehJohn Adams
Maklumat peribadi
Lahir22 Februari 1732
Popes Creek, British Virginia, A.S.
Mati14 Disember 1799(1799-12-14) (umur 67)
PasanganMartha Washington (k. 1759)
TandatanganTandatangan

Pada usia 11 tahun ayahnya meninggal dunia. George Washington mula mula bekerja sebagai juruukur, dia lalu masuk tentera pada usia 21 tahun, dan diangkat menjadi Leftenan Kolonel saat mengikuti wajib tentera oleh Gabenor negeri Virginia. Menikah tahun 1759 dengan Martha Dandridge Custis Washington, George Washington mengurus perkebunannya yang luas di Virginia dan menjadi anggota Dewan Perwakilan Rakyat Virginia, hingga Revolusi Amerika tercetus. George Washington merupakan anggota perkumpulan rahsia Freemasonry.

Ketika berumur 33 tahun, dia memilih untuk memihak rakyat negeri Virginia yang memberontak melawan orang-orang Inggeris yang mengeluarkan undang-undang yang tidak adil menurut pendapat rakyat Virginia. Dia pun bertugas memimpin tentara Virginia. Pada tahun 1775 dia diangkat menjadi Panglima Tertinggi oleh Kongres Kontinental, iaitu Kongres ke-13 daerah jajahan Kerajaan Inggeris.

Pada tahun 1776 Revolusi Kemerdekaan Amerika pecah dan Kongres Kontinental mengeluarkan Deklarasi Kemerdekaan dan memisahkan diri daripada Kerajaan Inggeris. Kepemimpinan George Washington menyumbang dengan banyak dalam keberhasilan daerah-daerah jajahan di Amerika memperjuangkan kemerdekaannya. Pada tahun 1783 Inggeris mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat, George Washington keluar dari tentera. Empat tahun kemudian pada 1787 dia menjadi Ketua Konvensi Perlembagaan.

Pada tahun 1789 setelah Perlembagaan disahkan, dia dipilih dengan sebulat suara menjadi Presiden Amerika Syarikat yang pertama. Dia menjalankan dua masa jabatan dari tahun 1789 hingga tahun 1797, didampingi oleh John Adams sebagai timbalan presiden. Dalam pidato perpisahannya pada tahun 1797, dia menyeru kepada rakyat Amerika Syarikat agar meninggalkan rasa kepartian dan rasa kedaerahan yang berlebih-lebihan.

Pada tahun 1799, George Washington meninggal dunia dalam usia 67 tahun di Mount Vernon, setelah tiga tahun meletakkan jawatannya sebagai presiden. Dia tidak memiliki keturunan, hanya seorang anak angkat.

Peristiwa pada masa kepresidenan

sunting
Berdirinya Jabatan Luar Negeri, Jabatan Kewangan, Pejabat Kejaksaan Agung, dan terjadinya perang.
24 September Berdasarkan Undang-Undang Persekutuan mendirikan Makamah Agung.
Pengesahan dilakukannya untuk bancian penduduk Amerika untuk pertama kalinya; populasi 3,929,214.
10 Julai Kongres memperuntukkan dana persekutuan untuk Potomac dan mengesahkan pembangunan tempat tinggal presiden pada 16 Julai
Pemerintah Persekutuan menangani Hutang Perang Revolusi untuk negara.
25 Februari Berdirinya Bank Amerika untuk pertama kalinya.
3 Mac Pajak atas Whiski (minuman) disetujui.
15 Disember Bill of Rights ditambahkan pada Perlembagaan Amerika Syarikat
Rencana "Bandar Persekutuan" (Washington, D.C.) mulai dikerjakan
U.S. Mint (Kemudahan untuk pencetakan wang syiling di Amerika) dibuka di Philadelphia
Dibentuknya parti-parti politik pertama di Amerika. (Parti Republik dan Persekutuan)
13 Oktober Peletakan batu pertama untuk Rumah Putih
5 Disember Washington dan John Adams terpilih kembali menjadi Presiden dan Wakil Presiden.
22 April Washington mengeluarkan Proklamasi Neutral, yang memperingatkan agar warga Amerika menahan diri untuk tidak membantu Perancis atau Inggeris pada perang mereka.
Negara-negara Barbary mulai menyerang muatan kapal - kapal Amerika.
5 Jun Undang undang Neutral diterapkan, pelarangan warga negara Amerika untuk menjadi bahagian daripada kapal perang asing.
Pemberontakan Whiski; protes daripada para petani akan pajak whisku, dihentikan oleh tentara negeri New Jersey, Pennsylvania, Virginia, dan Massachusetts.
Skandal Yazoo Pemalsuan Tanah antara pihak legislatif Georgia (beberapa Gubernurnya) dengan empat perusahaan tanah untuk daerah yang kini dikenal sebagai Alabama dan Mississippi. Mereka menjual sejumlah besar tanah pada pihak dalam dengan harga yang luar biasa murah dan tidak masuk akal.
Pidato perpisahan George Washington yang memperingatkan agar Amerika tidak turut campur tangan Amerika akan pertentangan negara asing.
John Adams dan Thomas Jefferson terpilih menjadi Presiden dan Wakil Presiden.

Rujukan

sunting
  • Presiden - Presiden Amerika Serikat; Diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)
  • The Presidents, A Reference History. Editor. Henry F. Graff. Edisi kedua. Penerbit Scribners 1996.
Didahului oleh:
tidak ada
Presiden Amerika Syarikat
1789 - 1797
Digantikan oleh:
John Adams