Georgetown ialah ibu negara serta bandar terbesar bagi negara Guyana di Amerika Selatan. Georgetown juga ialah kawasan bandar terbesar negara. Bandar raya ini terletak di pesisir Lautan Atlantik, yakni di hilir Sungai Demerana. Bancian pada 2012 menetapkan jumlah penduduk bandar pada sekitar 200,500 orang.[1] Georgetown ialah pusat bandar terbesar Guyana dan menempatkan kebanyakan kawasan kewangan negara serta menyumbang kepada kebanyakan keluaran dalam negara kasar negara. Selain itu, Georgetown berperanan sebagai pusat pentadbiran negara.

Georgetown
Bangunan Parlimen Guyana
Bangunan Parlimen Guyana
Koordinat: 6°48′4″N 58°9′19″W / 6.80111°N 58.15528°W / 6.80111; -58.15528Koordinat: 6°48′4″N 58°9′19″W / 6.80111°N 58.15528°W / 6.80111; -58.15528
Negara Guyana
KawasanDemerara-Mahaica
Ditubuhkan1781
Penamaan29 April 1812
Kerajaan
 • JenisDatuk bandar bermajlis
 • Datuk BandarUbraj Narine
Luas
 • Jumlah70 km2 (30 batu persegi)
Ketinggian
0 m (0 ft)
Populasi
 (2012)[1]
 • Jumlah118,363
 • Kepadatan1,700/km2 (4,400/batu persegi)
Zon waktuUTC-4
Kod kawasan231, 233, 225, 226, 227
IklimIklim hutan hujan tropika

SejarahSunting

Bandar Georgetown mula ditubuhkan seawal abad ke-18 sebagai sebuah pekan kecil. Kawasan Georgetown ditetapkan oleh pihak British pada akhir abad ke-18 sebagai tempat penubuhan pertubuhan. Petempatan ini mula menjadi ibu kota apabila Perancis menjajah Guyana pada 1782 dengan panggilan Longchamps sebelum dijajah oleh Belanda pada tahun berikutnya, menyebabkan kota tersebut dipanggil sebagai Stabroek. Kota ini dinamakan sebagai Georgetown secara rasmi pada 1812 sempena Raja George III. Kota ini mendapat taraf bandar secara rasmi pada 1942. Sebuah kebakaran besar telah melanda Georgetown pada 1945.

GeografiSunting

Georgetown terletak di pesisir Atlantik Guyana, iaitu di tebing timur muara Sungai Demerara. Kawasan yang menempatkan kota ini ialah dataran pantai yang rata. Kota ini dikelilingi oleh ladang-ladang tebu bersama-sama dengan paya rawa, dan tanah savana di kawasan timur dan selatan. Ketinggian tanah ialah kira-kira satu meter di bawah paras air pasang. Masalah ketinggian rendah ini diatasi oleh tembok laut untuk memisahkan bandar dengan lautan dan jaringan terusan yang inovatif untuk mengalirkan air yang berlebihan di kota. Guyana mempunyai 10 wilayah pentadbiran dengan 4 wilayah semula jadi.

IklimSunting

Data iklim untuk Georgetown (1961–1990)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 28.6
(83.5)
28.9
(84)
29.2
(84.6)
29.5
(85.1)
29.4
(84.9)
29.2
(84.6)
29.6
(85.3)
30.2
(86.4)
30.8
(87.4)
30.8
(87.4)
30.2
(86.4)
29.1
(84.4)
29.6
(85.3)
Min harian °C (°F) 26.1
(79)
26.4
(79.5)
26.7
(80.1)
27.0
(80.6)
26.8
(80.2)
26.5
(79.7)
26.6
(79.9)
27.0
(80.6)
27.5
(81.5)
27.6
(81.7)
27.2
(81)
26.4
(79.5)
26.8
(80.2)
Purata rendah °C (°F) 23.6
(74.5)
23.9
(75)
24.2
(75.6)
24.4
(75.9)
24.3
(75.7)
23.8
(74.8)
23.5
(74.3)
23.8
(74.8)
24.2
(75.6)
24.4
(75.9)
24.2
(75.6)
23.8
(74.8)
24.0
(75.2)
Curahan hujan mm (inci) 185.2
(7.291)
88.5
(3.484)
111.0
(4.37)
140.5
(5.531)
285.5
(11.24)
327.7
(12.902)
268.0
(10.551)
201.4
(7.929)
97.5
(3.839)
107.2
(4.22)
185.9
(7.319)
261.9
(10.311)
2,260.3
(88.988)
Purata hari hujan (≥ 1.0 mm) 16 10 10 12 19 23 21 15 9 9 12 18 174
Jam cahaya matahari 201.0 208.6 219.7 197.9 178.8 156.7 201.6 233.7 229.8 235.3 210.9 186.6 2,460.6
Sumber: NOAA[2]

PolitikSunting

Sebagai ibu negara, Georgetown berperanan sebagai pusat kerajaan Guyana. Semua jabatan eksekutif negara terletak di sini. Bangunan Perundangan Guyana, bangunan Parlimen Guyana serta Mahkamah Rayuan, mahkamah tahap tertinggi negara juga terletak di sini. Georgetown juga menempatkan ibu pejabat Komuniti Caribbean.

Bandar kembarSunting

Georgetown mempunyai hubungan bandar kembar dengan ibu negara Trinidad dan Tobago, Port of Spain dan St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat.[3][4]

DemografiSunting

Jumlah penduduk di Georgetown berdasarkan bancian negara pada 2012 ialah 118,363 orang, berkurangan sebanyak 12% berbanding 134,497 berdasarkan bancian 2002.[1] Berdasarkan bancian 2002, 53% penduduk Guyana mengelaskan diri mereka sebagai kaum kulit hitam atau Afrika, 24% pula mengaku sebagai golongan campuran dan 20% mengaku sebagai golongan India Timur.[5]

PrasaranaSunting

 
Pemandangan Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan dari udara.

Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan ialah lapangan terbang utama bandar yang terletak kira-kira 41 km di selatan Georgetown. Selain itu, terdapat juga Lapangan Terbang Antarabangsa Eugene F. Correira yang terletak lebih dekat dari bandar raya berbanding dengan lapangan terbang yang lagi satu. Sebuah pelabuhan didirikan di pesisir Georgetown. Beberapa batang lebuh raya yang berhubung dengan Georgetown sedang dibina. Dalam aspek pendidikan, Georgetown menempatkan institut pengajian tinggi (IPT) utama negara, Universiti Guyana. Beberapa IPT lain juga ditubuhkan di sini seperti Kolej Pendidikan Cyril Potter dan Universiti Amerika Georgetown.

RujukanSunting

  1. ^ a b c Guyana Population and Housing Census 2012: Preliminary Report (Laporan). Bureau of Statistics, Guyana. June 2014. m/s 23. http://www.statisticsguyana.gov.gy/download.php?file=88. Diperolehi 23 May 2016.
  2. ^ "Maklumat iklim Georgetown, 1961–1990". NOAA. Dicapai pada 23 April 2015.
  3. ^ "Listing of Twinning Cities". CityofPortofSpain.gov.tt. Dicapai pada 2017-01-17.
  4. ^ "St. Louis Sister Cities Program". World Trade Center Saint Louis (dalam bahasa Inggeris). 2018. Diarkib daripada yang asal pada 28 April 2016. Dicapai pada 21 Mei 2020.
  5. ^ "Bureau of Statistics – Guyana". Statisticsguyana.gov.gy. Dicapai pada 30 April 2010.

BibliografiSunting

  • Luke M. Hill - The Nomenclature of Georgetown in Timehri: The Journal of the Royal Agricultural and Commercial Society of British Guiana (siri ketiga) Vol. 1, Januari 1911, m/s. 42

Pautan luarSunting