Data dan maklumat geografi

(Dilencongkan dari Geospatial)

Data dan maklumat geografi (juga dikenali sebagai, geodata, geo-rujuk, geomaklumat dan geospatial) ditakrifkan dalam siri piawaian ISO/TC 211 ialah sebagai data dan maklumat yang mempunyai perkaitan tersirat atau eksplisit dengan lokasi relatif kepada Bumi (lokasi geografi atau sistem koordinat geografi).[1] Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Malaysia (KETSA) mentafsirkan data geospatial sebagai maklumat kedudukan geografi yang jelas seperti jalan raya atau perimejan satelit yang mungkin termasuk dalam atribut yang menerangkan ciri-cri dalam dataset. Manakala, maklumat geospatial pula bermaskud maklumat yang menerangkan lokasi dan nama ciri-ciri di bawah, di atas atau di atas permukaan bumi.[2]

Sistem maklumat geografi (GIS) berfungsi sebagai menyimpan, memeriksa, merakam dan memaparkan data dalam data dan maklumat geografi.[2] Data dan maklumat geografi boleh disimpan dalam bentuk fail vektor, fail raster, pangkalan data geografi, fail web dan data berbilang masa.[2][3]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Geolexica, the authoritative glossary for geographic information technology from ISO/TC 211
  2. ^ a b c "Geospatial". Putrajaya, Malaysia: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Malaysia. 2 April 2023. Dicapai pada 2 April 2023.
  3. ^ says, Samir Mera (2019-06-17). "What is Geodata? A Guide to Geospatial Data". GIS Geography (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-10.

Bacaan lanjut

sunting
  • Roger A. Longhorn and Michael Blakemore (2007), Geographic Information: Value, Pricing, Production, and Consumption, CRC Press.

Pautan luar

sunting