Gerak Khas The Movie

Filem aksi jenayah Malaysia 2001 arahan Datuk Yusof Haslam

Gerak Khas The Movie merupakan filem aksi kepolisan Malaysia 2001 berdasarkan daripada drama kepolisan Gerak Khas.[1] Ia diterbitkan, ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam terbitan Skop Productions, dibintangi oleh Dato' AC Mizal, Abby Abadi, Erra Fazira, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim.[2] Filem ini mengisahkan mengenai Unit Gerak Khas yang ditugaskan untuk menumpaskan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ecstacy yang diketuai oleh Castelo (Datuk Rosyam Nor). Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Mac 2001. Sebanyak dua filem susulannya telah diterbitkan, iaitu Gerak Khas The Movie II (2002) dan GK3 The Movie (2005).

Gerak Khas The Movie
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
Lakon layar
BerdasarkanGerak Khas oleh
Yusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
Sinematografi
  • Omar Ismail
  • Omar Man
Disunting olehSalehan Shamsuddin
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 1 Mac 2001 (2001-03-01) (Malaysia)
Masa tayangan
123 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.35 juta
Pecah panggungRM 4.40 juta

Sinopsis sunting

Unit Gerak Khas ditugaskan untuk menghancurkan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ekstasi. Sindiket tersebut didalangi oleh dua kumpulan haram yang bermusuh (Castello dan Rafael). Kedua-dua kumpulan ini juga terlibat dalam kegiatan cetak rompak, senjata api serta menguasai pasaran VCD haram dan VCD lucah hampir di seluruh negara. Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza telah ditugaskan untuk mengawasi dan mengintip gerakan kedua-dua kumpulan haram tersebut. Dalam pada itu Unit Gerak Khas menerima kehadiran Inspektor Shafikah yang ditugaskan untuk membantu siasatan. Kemunculan Shafikah membuatkan Unit Gerak Khas semakin ceria. Keramahan Shafikah menyenangkan semua anggota Gerak Khas lebih-lebih lagi Inspektor Mazlan yang mula menaruh minat dan cuba mendekati Shafikah dengan lebih rapat.

Sementara itu seorang wartawan TV (Azura) yang membuat liputan berita-berita jenayah mengintip gerakan Castelo dan Rafayel. Ekoran dari tindakan Polis yang semakin hebat dan mengancam empayar perniagaan VCD haram dan pil ecstacy, dua kumpulan haram (Castelo dan Rafayel) yang selama ini bermusuhan telah bersatu. Mereka merancang untuk memerangi anggota Gerak Khas. Tindakan mereka dibantu oleh Suzana yang sebenarnya adalah 'mastermind' dalam kegiatan jenayah. Sementara itu konflik hubungan antara Aleeza dan Mazlan semakin tegang. Mereka sering berbalah. namun atas kesedaran dan komited dengan tanggungjawab yang dipikul, masing-masing melupakan soal peribadi dan meneruskan misi menghancurkan dua kumpulan penjenayah Castelo dan Rafayel.

Pelakon sunting

  • AC Mizal sebagai Inspektor Mazlan, Pegawai unit Gerak Khas
  • Abby Abadi sebagai Inspektor Aleeza, Pegawai unit Gerak Khas
  • Erra Fazira sebagai Inspektor Shafikah[3], Pegawai unit Gerak Khas (mati di akhir cerita kerana ditembak castello)
  • Yusof Haslam sebagai DSP Helmi,Ketua unit Gerak Khas
  • A. Galak sebagai Sarjan Hashim, anggota veteran unit Gerak Khas
  • Farid Amirul sebagai Detektif Lim, anggota unit Gerak Khas berbangsa Cina
  • Deen Maidin sebagai Detektif Lingam, anggota unit Gerak Khas berbangsa India
  • Shaharon Anuar sebagai ASP Saiful, pegawai senior unit Gerak Khas
  • Rosyam Nor sebagai Castello, Ketua sindiket cetak rompak & pronografi
  • Norman Hakim sebagai Rafael, Pesaing kepada Castello
  • Nasha Aziz sebagai Suzana, Pemilik kelab malam Lagend & sidekick Castello dan Rafael
  • Lan Pet Pet sebagai Salleh, Pemberi maklumat kepada Inspektor Mazlan
  • Normala Samsudin sebagai Azura, Wartawan TVKL yang lantang bersuara serta memandang rendah unit Gerak Khas
  • Zul Yahya sebagai Roy, Jurukamera TVKL
  • Yank Kassim sebagai Penjahat I
  • Kapt. Mohd Nor Bon sebagai Penjahat II
  • Kamil Khan sebagai Penjahat III
  • Ozlynn Waty sebagai anggota IPK (pelakon tambahan, tidak dinamakan)
  • Johan Abdullah sebagai Mat Salleh di kelab malam (pelakon tambahan, tidak dinamakan)
  • CD Rahman sebagai Zombie, Lelaki India di kelab malam (pelakon tambahan)
  • Illa Sabry sebagai penyanyi pancaragam (penampilan kameo)
  • T.S. Jeffry sebagai Penjahat III (pelakon tambahan, tidak dinamakan)
  • DJ Irwansyah sebagai Penjahat IIV (pelakon tambahan, tidak dinamakan)

Keluaran sunting

Gerak Khas The Movie dikeluarkan pada 1 Mac 2001 dan menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan pada 2001. Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.35 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM4,396,053.25.[4]

Muzik sunting

Gerak Khas The Movie: Original Soundtrack
Runut bunyi oleh
Pelbagai artis
Dilancarkan pada6 Februari 2001
TempatMalaysia  
GenreRunut bunyi
BahasaBahasa Melayu  
SyarikatNova Music
PengarahYusof Haslam  
PenerbitJohan Aziz
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Runut bunyi filem Gerak Khas The Movie dikeluarkan pada 6 Mac 2001 dan diterbitkan oleh Nova Music. Lagu "Keliru" nyanyian AC Mizal dan "Keranamu Kekasih" nyanyian Illa Sabry dikeluarkan sebagai single utama.[5] Pembikinan album runut bunyi Gerak Khas memakan belanja lebih RM40,000.[5]

No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Ibarat Lilin"Is Wow, Johan Azizi
2."Titip Rindu"
3."Keranamu Kekasih"Illa Sabry
4."Jendela Hati"Erra Fazira
5."Keliru"AC Mizal
6."Semusim Rindu"
7."Wajah"Aishah
8."Motor Kapcai"Senario
9."Bintang Kehidupan"Nike Ardilla


Turut dimuatkan dalam filem ini ialah muzik skor untuk adegan aksi diambil dari runut bunyi filem End of Days tahun 1999 iaitu setahun sebelum filem Gerak Khas The Movie ditayangkan serta lagu Queen of The Night nyanyian Withney Houston yang merupakan lagu tema filem The Bodyguard tahun 1992

Kesinambungan sunting

Kesinambungannya, Gerak Khas The Movie II dikeluarkan pada 2002, selepas kejayaan filem pertama,[6] diikuti oleh filem ketiga dan terakhir, GK3 The Movie (juga dikenali sebagai Gerak Khas the Movie III) dikeluarkan 2005.[7]

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2001 Festival Filem Malaysia ke-15 Pelakon Komedi Terbaik Mazlan Pet Pet Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rosyam Nor Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Peter Lim Menang
Suntingan Terbaik Salehan Shamsuddin Tercalon

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Gerak Khas The Movie Filemkita.com. Dicapai pada 1 Mei 2011.
  2. ^ "Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama". Utusan Malaysia. 25 February 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2018. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  3. ^ Dennis Chua (10 September 2016). "Groove spotlight: Erra Fazira". New Straits Times. Dicapai pada 22 Januari 2017.
  4. ^ Hanisah Selamat (22 Mac 2001). "Yusof terharu sambutan Gerak Khas The Movie". Berita Harian. Dicapai pada 22 Januari 2017.
  5. ^ a b Muzlina Abu Bakar (17 March 2001). "Album Soundtrack Gerak Khas The Movie". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2018. Dicapai pada 22 December 2011.
  6. ^ "Artis-artis hebat penuhi Gerak Khas The Movie II". Utusan Malaysia. 26 May 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2017. Dicapai pada 22 December 2011.
  7. ^ Muzlina Abu Bakar (28 March 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2017. Dicapai pada 22 December 2011.

Pautan luar sunting