Gerak Khas The Movie II
Gerak Khas The Movie II merupakan sebuah filem aksi kepolisan Malaysia 2002 berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Gerak Khas The Movie. Filem yang diterbitkan, ditulis dan diarahkan oleh Yusof Haslam ini dibintangi oleh Abby Abadi, AC Mizal dan Juliana Banos. Filem ini mengisahkan Inspektor Mazlan (AC Mizal) dan Inspektor Aleeza (Abby Abadi) ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Jalaluddin Hassan). Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 23 Mei 2002.[1]Filem ini menjalankan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur termasuk Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur,Jalan Hang Tuah (lokasi sama drama) manakala adegan laut dan hutan dibuat di Janda Baik,Pahang dan Pulau Pinang serta adegan gudang di Port Klang
Gerak Khas The Movie II | |
---|---|
![]() Poster keluaran tayangan | |
Pengarah | Yusof Haslam |
Penulis | Yusof Haslam |
Berdasarkan | Gerak Khas oleh Yusof Haslam |
Dihasilkan oleh | Yusof Haslam |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.50 Juta |
Pecah panggung | RM 3.07 Juta |
Sinopsis sunting
Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Jalaluddin Hassan). Sindiket ini mempunyai berpuluh-puluh pengedar di seluruh negara dan dikaitkan dengan satu sindiket dadah antarabangsa.
Dalam masa yang sama TVKL iaitu sebuah stesen TV mencuba untuk membongkarkan aktiviti dadah di Kuala Lumpur. Unit Gerak Khas terpaksa mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan bagi menghapuskan sindiket ini. Disamping itu terdapat beberapa masalah yang melanda Unit Gerak Khas sendiri.
Pelakon sunting
- AC Mizal sebagai Inspektor Mazlan
- Abby Abadi sebagai Inspektor Aleeza
- Juliana Banos sebagai Inspektor Julia
- Azri Iskandar sebagai Inspektor Zamri
- A. Galak sebagai Sarjan Hashim
- Farid Amirul sebagai Detektif Lim
- Deen Maidin sebagai Detektif Lingam
- Yusof Haslam sebagai DSP Helmi
- Zulkifli Ismail sebagai ASP Razlan
- Normala Samsudin sebagai Azura
- Jalaluddin Hassan sebagai Raziman
- Ida Nerina sebagai Carina
- Faizal Hussein sebagai Frankie
- Lan Pet Pet sebagai Salleh
- Afdlin Shauki sebagai Wahid
- Yusry KRU sebagai Syamil
- Fazley Yaakob sebagai Orang Kanan Raziman
- Yank Kassim sebagai Orang Kanan Frankie
- Roslan Saleh sebagai Rahim Janggut, ketua kumpulan militan
- Zack Taipan sebagai Kim Ah Seng, pembantu Rahim Janggut
- Aziz M. Osman sebagai Pemandu Teksi
- Jonathan Tapsell sebagai Samseng (pelakon tambahan)
Anugerah dan pencalonan sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2003 | Festival Filem Malaysia ke-16 | Suntingan Terbaik | Salehan Shamsuddin | Menang |
Anugerah Khas Juri - Filem yang bertemakan membendung jenayah | Gerak Khas The Movie II | Menang | ||
Anugerah Skrin 2003 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Faizal Hussein | Menang |
Kesinambungan sunting
Kesinambungan ketiga dan terakhir dalam trilogi Gerak Khas, GK3 The Movie ditayangkan pada 9 Februari 2005, dengan penambahan pelakon baru termasuk penyanyi Misha Omar.[2]
Rujukan sunting
- ^ "Artis-artis hebat penuhi Gerak Khas The Movie II". Utusan Malaysia. 26 May 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2017. Dicapai pada 22 December 2011.
- ^ Muzlina Abu Bakar (28 March 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2017. Dicapai pada 22 December 2011.