Gerak Seni Silat Abjad

Gerak Seni Silat Abjad ialah jenama silat yang diperkenalkan oleh Tuan Guru Syeikh Mahmud Nasri Osmani (1898 - 1980) di Malaysia. Nama silat itu merupakan gantian nama asal ilmu dan amalan yang diterima daripada gurunya, Sheikh Yusuf Kenali. yang menerima pula latihannya daripada guru Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Sheikh Abdul Rahman Jabat.

Mengikut cerita isterinya, Syeikh Mahmud memperkenalkan nama baharu itu kerana sewaktu itu, beliau melihat kedudukan umat Melayu Islam terumbang ambing mencari perlindungan setelah Malaysia menghadapi konflik perkauman, hasil percatuan parti politik, persatuan sukarela, badan sosial, dan orang perseorangan yang berlaku pertumpahan darah yang dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei. Ketika itu, lahirlah berbagai-bagai ajaran syirik, khurafat, dan bidaah yang berlaku berleluasa dalam masyarakat umat Melayu: "Ketika itu dan ketahui olehmu serta insaf baik-baik bahawa tiada perkara yang lebih besar daripada bahaya kufur melainkan bahaya bidaah yang dilaknat oleh Allah akan orang-orang yang berbuat akan Dia. Seperti mana sabda Nabi Muhammad s.a.w." Maksudnya:

"Barang siapa mengada-ngadakan sesuatu pekerjaan yang tiada ia daripada agama, maka Allah S.W.T. melaknat keatasnya".

Maka melihatlah oleh saya ketika itu berbagai-bagai ragam ilmu, amalan wirid, jampian yang diada-adakan yang tiada pada asal agama, sebab menyangka mereka itu dengan jahilnya bahawa memberi bekas yang lain daripada Allah ta’ala dengan waham dan khayal yang fasiq, dengan istidraj Allah ta’la akan mereka itu bahawa memberi manfaat akan dia supaya mencapai kehendak mereka itu akan perkara mencarik adat di dalam perkara agama bagi mereka itu, antara perkara-perkara yang diada-adakan ialah umpama lahirnya beberapa kumpulan yang mengadakan kaedah atau petua mengikut logic akal antaranya :

  1. mengadakan petua atau satu kaedah bersumpah atau mubai’ah bertujuan mencari kekuatan atau hikmah yang mencarik adat.
  2. Mengadakan petua atau kaedah yang besrtakan pantang larang menepati hukum syara’ harus atau haram.
  3. Mengadakan petua atau kaedah marah atau dimarahi bagi menzahirkan sesuatu perkara hikmah atau mencarik adat luar biasa.
  4. Mengadakan petua ataukaedah yang mesti berpegang kepada ayat, wirid, jampian doa, azimat, tangkal, dan lain-lain yangzahir semata-mata atau berpegang kepada mana-mana i’tiqad Qadarih, Jabariah atau Mu’tazilah.
  5. Mengadakan yang tiada tahu akan asal usulnya dari mana, di mana dan ke mana.

Menyedari betapa gemarnya kehendak umat melayu kepada kekuatan dan kebenaran Islam itu sendiri sepertimana firman Allah ta’ala :

Mafhumnya :

"Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasullullah kepada kamu maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya." (Al-Hasyar ayat 7)

Gerak Seni Silat Abjad diperkenalkan adalah sebagai ganti nama kepada Amalan Pusaka Wali Khalifah Agama Islam yang diwarisi daripada gurunya Sheikh Yusuf Al-Kenali Al-Kelantani serta menerima latihan ilmu rahsia, petua hikmah, hulubalang khalifah daripada gurunya Sheikh Muhammad Taib bin Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jabat yang berwasilah rabitah kepada Nabi Muhammad S.A.W. iaitu yang sampai kepada hakikat tauhid serta yang sah i’tiqadnya dan muafakat pula i’tiqadnya itu bagi ahli sunnah wal jama’ah dan berjalan pada zahirnya dengan syariat yakni muafakat pada zahir dengan syariat Muhammadiah dan batin pula dengan tariqat Ahmadiah (yang dikehendaki di sini ialah perjalanan yang mengikut perjalanan yang bercontoh dengan nabi Muhammad S.A.W.) hingga merdeka ia daripada segala yang lain daripada Allah dan kepada Allah ta’ala jua.

Adapun bagi setiap mereka yang bersilat itu ataupun bagi Gerak Seni Silat Abjad yang menerima talqin ucapan dua kalimah syahadah serta memfardhukan Islam keatas dirinya untuk memelihara segala anggotanya pada gerak dan diam barang yang diantaranya dan di antara suruhan Allah ta’la.

Maka lahirlah kekuatan keatas dirinya bagi menjaga maruah agama, diri, keturunan, harta benda dan tanah air.

Maka bagi setiap silat hendaklah ia tolak atau buang akan lima perkara yang telah disebut terdahulunya dan menegakkan lima perkara iaitu :

  1. Iman yang teguh serta beradab mukmin.
  2. Sejahtera diri, Keluarga, masyarakat dan tanah air.
  3. Melazimkan ihsan di setiap tempat, waktu dan masa.
  4. Menjadi umat yang diterima.
  5. Mati dalam kebajikan (husnul khatimah)

Dan hendaklah ia melazimkan akan lima perkara :

  1. Membuat kaifiat adab sebelum melaksanakan apa-apa kerja atau amalan atau latihan.
  2. Mengambil langkah sunnah atau langkahan hulubalang mempertahankan diri.
  3. Membaca Al-Quran, solat sunat, puasa sunat atau apa-apa zikir, wirid yang telah disusun oleh ‘ulama muktabar yang ahli pada babnya sebagai zikir taqarrub.
  4. Membaca Al-Fatihah hadiah sebagai tabarruk.
  5. Menghadiri majlis pengajian agama Islam dengan rupa mengjar, belajar, mendengar, bermuzakarah, mutala’ah, muraja’ah dengan mereka yang ahli pada babnya sekira-kira ada masalah yang dihadapi atau di musykili.

Kata-kata wasiat Banyak barang tiruan dalam pasaran,

Barang asli dalam rumah ahli,

Dapat beza dalam majlis tandingan,

Datang benar hancur binasa yang bathil,

Benar tetap benar, bathil tetap bathil,

Datanglah kepada kami jika mahu barang yang asli,

Tiada menjadi korban pengorbanan,

Tiada dimahkotakan pahlawan,

Nafsu tujuh rupa tujuh terbit,

Taulannya di luar atas rupanya baik atau jahat,

Tiap-tiap bergerak ditanya guru asal,

Dosa pahala dikira melaluinya,

Tiada guru syaitan mengaku jadi guru,

Ahli sufi palsu berbagai ragam ratib jampian,

Lumrah insan kalah memakai menang membeli.