Gerakan Anti Samy Vellu

Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) diasaskan oleh Bharat Maniam dan Timbalan Ketua Pemuda MIC V Mugilan (Hulu Selangor) bagi menentang kepimpinan ahli politik veteran / Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu. Mereka menubuhkan NGO ini secara spontan ekoran pemecatan Mugilan dari parti MIC. Penyokong GAS ini termasuklah CWC iaitu K.P. Samy (Majlis Tertinggi Parti) dan G. Kumar Aamaan dari Semenyih . Pada 24 Mei K.P Samy dan G. Kumar turut dipecat.[1] Perhimpunan 7000 orang akan diadakan di Kuala Lumpur , mendesak Samy Vellu berundur dengan segera.

Protes ini berikutan sidang media S. Samy Vellu mengumumkan pelan persaraannya sebagai Presiden MIC. Samy Vellu yang menerajui MIC selama 31 tahun mahu bersara dalam tempoh lapan atau sembilan bulan sebelum penggalnya berakhir pada Mei 2012.

Samy Vellu memaklumkan bahawa Mugilan akan dipecat / dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin MIC kerana melanggar kepentingan parti itu pada Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 pada 25 April 2010.

Presiden Persatuan Pembangunan dan Pencegahan Jenayah Kuala Lumpur dan Angkatan Sukarelawan Anti-Dadah,S. Jeevan Ramamurthy membuat laporan polis di Balai Polis Brickfileds berhubung GAS telah mengedarkan sekeping cakera padat (CD) yang memburuk-burukan Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu.Perhimpunan tanpa permit pada 30 Mi 2010 hendaklah ditegah kerana akan memecahbelahkah perpaduan ahli MIC.[2]

Samy sukar tumbang sunting

Ramai pemimpin MIC yang cuba menumbangkan Samy Vellu akhirnya dikenakan tindakan disiplin - digantung, dipecat atau 'dijatuhkan' secara terhormat.Sebelum ini, M. G. Pandithan, K. Pathmanaban dan S. Subramaniam telah dipecat atau tidak diberi jawatan dalam kerajaan dan parti. 100 % anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang dipilih adalah senarai yang ditentukan oleh Samy Vellu. Subramaniam yang dianggap pemimpin masyarakat atau Makkal Thalaivar pernah mencabar Samy Vellu dalam pemilihan MIC pada 1989. Subramaniam mendakwa 60,000 ahli dipecat dan cawangan-cawangan MIC ditutup. Selepas kekalahan Samy Vellu dan ramai calon MIC dalam PRU12, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan Samy Vellu berundur sahaja. Malangnya dalam pemilihan 2009, tiada pemimpin yang angkat kepala berani mencabar .

Barisan Progresif India (IPF) diasaskan oleh Pandithan setelah beliau keluar MIC. Bekas Naib Presiden MIC, Govindaraj dan bekas Naib Ketua Pemuda, S. Nallakarupan juga menubuhkan parti baru.[3]

Dari segi sejarah, Tengku Razaleigh Hamzah (Team B) pernah menentang Team A dalam UMNO yahng dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987-1988 sehingga tertubuhkan parti Semangat 46. [4]

Perhimpunan 30 Mei sunting

Perhimpunan pertama GAS diadakan pada 30 Mei 2010 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia di Mines Resort City di Kuala Lumpur dihadiri lebih 5,000 orang.

Bekas timbalan ketua pemuda MIC V.Mugilan sedang mendapatkan 500,000 tandatangan daripada anggota MIC di seluruh negara bagi memaksa Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu supaya segera mengundurkan diri dan bukan pada 2011.

Perhimpunan 4 Julai sunting

Perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Dewan Hamzah, Klang dijalankan secara tertutup. Bagaimanapun pihak Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamed Mat Yusof akan terus memantau perhimpunan GAS tersebut.

Ketua Pemuda MIC Selangor, M. Shanker Raj Ayenger membuat laporan polis di Balai Polis Klang berhubung perhimpunan 4 Julai kerana tidak mendapat permit polis.[5]

Pembubaran sunting

Gerakan ini telah dibubarkan pada 1 Oktober 2010, selepas Samy Vellu mengumumkan yang beliau akan mengundur diri sebagai Presiden MIC pada Januari 2011.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Dua Ahli CWC MIC Dipecat
  2. ^ []
  3. ^ Mampukah 'gas nyalakan api' membakar semangat ahli-ahli MIC?
  4. ^ "GAS dijangka kehabisan 'gas'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-25. Dicapai pada 2010-05-24.
  5. ^ Polis Pantau Perhimpunan Anti Samy Vellu BERNAMA. 3 Julai 2010.
  6. ^ GAS is gone after Samy’s decision Star Publications (M) Bhd. 2 Oktober 2010