Gerakan Ehsan Selangor

Gerakan Ehsan Selangor (GES) merupakan gerakan bersepadu membenteras gejala sosial dan penyalahgunaan dadah di Negeri Selangor Darul Ehsan. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 2002, dan dipengerusikan oleh Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha Ismail.

Gerakan Ehsan Selangor
ݢرقن إحسان سلاڠور
JenisNGO
Ibu pejabatSelangor,  Malaysia
Penubuhan
Diasaskan2002
Identiti
Orang pentingTan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha Ismail (Pengerusi)
FokusBelia
PembiayaanGerakan bersepadu membenteras masalah sosial dalam kalangan remaja.
Laman sesawangwww.gerakanehsan.com
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Antara kejayaan GES ialah mencatatkan nama di Malaysia Books of Record kerana berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di Puncak Kinabalu pada tahun 2004 dan di perairan Selat Melaka pada tahun 2005.

GES adalah salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai pusat integriti dan pembangunan masyarakat hadhari. GES juga salah sebuah badan NGO yang ditubuhkan pada Tahun 2002, bertujuan membenteras gejala sosial dan penyalahgunaan dadah dikalangan remaja terutama pelajar-pelajar sekolah.

Gulungan sasar GES adalah pelajar-pelajar sekolah menengah yang bermasalah terutama dari segi akhlak atau moral serta lemah dalam akedemik. Pelajar-pelajar ini akan dipilih secara rawak melalui Kaunselor sekolah, lalu mereka di masukkan kedalam Kem Smart Remaja selama 4 Hari. Mereka akan dimotivasikan dan diberikan asas integriti yang padu kearah menjadi pelajar bestari.

Pautan luar sunting