Gerakan Mahasiswa Indonesia 1978

Gerakan Mahasiswa Indonesia 1978 merupakan rentetan peristiwa yang membawa kepada penutupan banyak surat khabar pada era Presiden Indonesia,Suharto .

Pilihan raya Indonesia 1977 diadakan pada 1977 dimenangi oleh parti Golkar apabila parti pemerintah berkuasa semula. Namun semasa kempen pilihan raya, ramai mahasiswa berkempen untuk pembangkang. Mulanya kerajaan mahu mendekatim mahasiswa seperti dialog diadakan pada 24 Julai 1977 di beberapa perguruan tinggi. Namun Tim Dialog Pemerintah ditolak oleh mahasiswa kerana tidak dapat menjelaskan dan menyakinkan tentang banyak perkara. Sebelum itu tentera menduduki banyak kampus universiti bagi menjejak dan menghalang berulangnya Peristiwa 1974. Mahasiswa diserbu dengan cara yang brutal. Akhirnya Dewan Mahasiswa dihapuskan dan diterapkan NKK/BKK di seluruh Indonesia.

Setelah Presiden Suharto menang semula dan tuntutan mahasiswa tidak berhasil. Gerakan mahasiswa berpusat di Jakarta dan Bandung , Surabaya, Bogor, Ujungpandang (sekarang Makassar) dan Palembang. Mereka menuntut "Turunkan Suharto!" terutama di kampus ITB.