Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965)

Buku Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965) ialah sebuah buku yang dikarang oleh Ramlah Adam dan diterbitkan di Malaysia pada 2004 (Cetakan pertama) dengan harga 65 (2013). Ia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bahasa Melayu dengan nombor ISBN 9836271937.

Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965)
Buku Gerakan Radikalisme Di Malaysia (1938-1965) ialah sebuah buku yang dikarang oleh Ramlah Adam.
Umum
PengarangRamlah Adam
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
PenerbitDewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh penerbitan
2004 (Cetakan pertama)
Halaman500
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN ISBN 9836271937 Invalid ISBN

Ringkasan sunting

Gerakan politik radikal Melayu merupakan kegiatan yang dominan dan menarik dalam sejarah politik Malaysia terutama ketika zaman penjajahan British sehingga selepas merdeka. Gerakan ini boleh dianggap sebagai transformasi politik masyarakat Melayu, yang begitu terkenal selama ini dengan sikap konservatif dan sentiasa menurut perintah golongan atasan dan raja.

Buku ini cuba memberi suatu perspektif yang berdasarkan kajian akademik yang bertanggungjawab terhadap gerakan radikal Melayu sebelum perang sehingga pembentukan Malaysia. Dengan menggunakan rekod-rekod rasmi, akhbar-akhbar sezaman dengannya, temu ramah dan memoir, di samping bahan rujukan sekunder, buku ini cuba melahirkan suatu keseimbangan dalam menelusuri kegiatan golongan radikal.


Pautan luar sunting