Gerakan Rakyat Membantah Judi

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) merupakan sebuah NGO ditubuhkan pada 1 Jun 2010 bagi membantah tindakan kerajaan Malaysia meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 bermula 11 Jun 2010.Pengerusinya ialah Cikgu Mohd Azami Abdul Hamid. Setiausahanya Suhaizan Kaiat menggesa lesen judi yang telah diluluskan ditarik balik.

Kelulusan lesen judi akan mendatangkan impak negatif kepada rakyat, bukan mendatangkan kebaikan kepada negara seperti yang dicanangkan. Mutu sukan negara akan merosot, mendorong rakyat bergantung kepada nasib, menurunkan produktiviti negara, meruntuhkan institusi keluarga, meningkatkan gejala sosial, meningkatkan kadar jenayah, meningkatkan beban hutang rakyat, meruntuhkan ekonomi negara dan menyalahi dasar-dasar semua agama.

Aktiviti bantahan sunting

  1. Pada 5 Jun 2010, GMJ bersama pimpinan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan ulama akan berhimpun di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman .
  2. Pada 7 Jun 2010, memorandum diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen sempena persidangan Dewan Rakyat.
  3. Pada 23 Jun 2010, memorandum sama diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  4. Jerayawara (road show) diadakan ke serata negeri berjalan sepanjang masa dan akan bermula 15 Jun 2010 sehingga hari kemuncak bantahan 3 Julai. Jerayawara ini bermula di Wilayah Persekutuan, Selangor (18 Jun), Terengganu (19 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (22 Jun), Perak (23 Jun), Perlis (26 Jun), Johor (27 Jun), Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan (29 Jun).
  5. 3 Julai 2010 merupakan acara kemuncak iaitu Himpunan 100 Ribu Rakyat Malaysia Membantah Judi Sukan di hadapan Istana Negara Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.[1]
  6. Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan kompleks membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman .Setiausaha Jamaah Islah Malaysia (JIM), Nahar Mohd Noor dan Cikgu Mohd Azami Abdul Hamid , pengerusi GMJ mengedarkan risalah kepada orang ramai. [2]

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung menyatakan bahawa kerajaan menetapkan syarat pekerja beragama Islam tidak terlibat dan dilarang menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan Islam. Lesen tersebut bukan lesen baru tetapi pembaharuan lesen lama yang diberikan semula kepada Berjaya. Tujuan utama kelulusan lesen judi kepada syarikat Berjaya Group / Sport Toto [3] ialah bagi mengekang perjudian dan pertaruhan haram yang tetap akan berlaku dan tanpa kawalan.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyatakan rasa aneh dengan sikap sesetengah parti politik yang hanya menyalahkan Kerajaan Pusat kerana meluluskan lesen pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 tetapi membiarkan premis judi lain terus beroperasi di negeri-negeri pakatan pembangkang. Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyatakan bahawa terdapat lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut berlesen yang beroperasi di negeri-negeri pakatan pembangkang.[4]

Reaksi Vincent Tan sunting

Tan Sri Vincent Tan mahu mendermakan RM525 juta hasil penjualan kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd Better Malaysia Foundation.[5] Vincent Tan merayu kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) supaya “bersikap adil” dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing. Suhaizan Kaiat menggesa duit derman di diserahkan sahaja kepada pihak yang meluluskan lesen judi itu. Setakat ini, Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktviti pertaruhan sukan. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sanggup disaman berhubung arahan itu.

Rujukan sunting

  1. ^ "Rakyat diseru sertai Kempen Memansuhkan Judi esok". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-07. Dicapai pada 2010-06-04.
  2. ^ "Beri lesen untuk halal judi 'pendek akal'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-07. Dicapai pada 2010-06-06.
  3. ^ Apa kesudahan judi bola?
  4. ^ Perkasa cabar Pemuda Pas
  5. ^ "Vincent Tan cuba perjudi kemarahan rakyat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-08. Dicapai pada 2010-06-06.