Gerakan Wikimedia
Gerakan Wikimedia, atau disingkat Wikimedia, ialah komuniti penyumbang global untuk prokek-projek Yayasan Wikimedia. Gerakan ini dicipta di kalangan komuniti Wikipedia. Sejak itu, gerakan tersebut diperluaskan ke projek Wikimedia lain, yang termasuk projek-projek Wikimedia Commons dan Wikidata, dan para jurutera dan pembangun peranti mudah alih secara sukarela yang menyumbang kepada MediaWiki. Para sukarelawan ini disokong oleh pelbagai pertubuham di seluruh dunia, termasuk Yayasan Wikimedia, bab, pertubuhan tematik, dan kumpulan pengguna berkaitan.
Gerakan Wikimedia | |
---|---|
![]() | |
![]() Foto kumpulan Wikimania 2019 | |
Fokus | Bebas, kandungan terbuka, projek-projek Internet berasaskan wiki |
Kawasan berkhidmat | Seluruh dunia |
Perkhidmatan | Menulis dan menyunting Wikipedia, Wiktionary, Wikimedia Commons, Wikidata, Wikiquote, Wikibooks, Wikisource, Wikispecies, Wikinews, Wikiversity, dan Wikivoyage Membangunkan peranti mudah alih MediaWiki |
Laman web rasmi | wikimedia |
Nama "Wikimedia", ialah sebatian kepada wiki dan media, telah dicetuskan oleh pengarang Amerika Syarikat, Sheldon Rampton dalam satu hantaran kepada senarai surat layang berbahasa Inggeris pada Mac 2003,[1] tiga bulan selepas Wiktionary menjadi projek berasaskan wiki kedua dihoskan di platform Jimmy Wales, dan tiga bulan sebelum Yayasan Wikimedia diumumkan dan diperbadankan.[2][3] "Wikimedia" juga merujuk kepada projek Wikimedia.
ProjekSunting
Projek Wikimedia termasuk:
- Wikipedia, ensiklopedia berasaskan web
- Wiktionary, kamus
- Wikibooks, buku teks pendidikan
- Wikinews, rencana berita
- Wikiquote, koleksi petikan
- Wikisource, perpustakaan teks sumber dan dokumen
- Wikiversity, bahan pendidikan
- Wikivoyage, panduan pelancongan
- Wikispecies, katalog taksonomi spesies
- Wikimedia Commons, repositori data untuk media berlesen bebas
- Wikidata, data sumber
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Rampton, Sheldon (March 16, 2003). "Wikipedia English mailing list message". Diarkibkan daripada yang asal pada November 1, 2005. Dicapai pada July 11, 2017.
- ^ Jimmy Wales (June 20, 2003). "Announcing Wikimedia Foundation". mail:wikipedia-l. Diarkibkan daripada yang asal pada March 30, 2013. Dicapai pada November 26, 2012.
- ^ Florida Department of State, Division of Corporations. Wikimedia Foundation, Inc. Record Diarkibkan 2016-06-18 di Wayback Machine and Electronic Articles of Incorporation for Wikimedia Foundation Diarkibkan 2016-06-18 di Wayback Machine, filed June 20, 2003
Pautan luarSunting
- Wikimedia home page
- Wikimedia movement structure description @ Meta-Wiki