Gerakan kacip atau pelitupan berganda ialah sejenis manuver ketenteraan yang mana pasukan secara serentak menyerang kedua-dua rusuk (bahagian sisi) sesebuah formasi musuh mirip sepasang kacip yang menyepit. Nama ini berasal dari gambaran tindakan itu yang mana pasukan penyerang yang berpecah "menyepit" pihak musuh.

Gerakan kacip pasukan merah melitupi kemaraan pasukan biru.
Pelitupan Tentera Darat Keenam Jerman dalam Pertempuran Stalingrad.

Gerakan kacip secara tipikal berlaku apabila kemaraan pasukan yang bertentangan ke arah tengah sesebuah ketumbukan yang bertindak balas dengan menggerakkan pasukan luarannya ke rusuk musuh untuk mengepungnya. Pada masa yang sama, lapisan kedua gerakan kacip boleh menyerang di bahagian rusuk yang lebih jauh untuk menjaga tentera bantuan daripada unit-unit sasaran.

Penerangan sunting

Sebuah gerakan kacip penuh mendorong tentera penyerang berhadapan dengan musuh di hadapan, di kedua-dua bahagian sayap, dan di belakang. Jika penyepit penyerang bergabung di belakang musuh, musuh terkepung. Pertempuran tersebut sering berakhir dengan penyerahan atau pemusnahan pasukan musuh, sungguhpun pasukan terkepung boleh cuba untuk lolos keluar. Mereka boleh menyerang kepongan dari dalam untuk melarikan diri, atau pasukan luar penyokong boleh menyerang dari luar untuk membuka laluan keluar.

Sejarah sunting

Sun Tzu, dalam bukunya The Art of War (tradisinya bertarikh sejak SM Abad ke-6), membincangkan mengenai gerakan ini, tetapi menasihatkan supaya jangan dicuba, dia merasakan bahawa tentera mungkin akan lepas lari dahulu sebelum gerakan itu sempat diselesaikan. Beliau berhujah bahawa ia adalah labih baik untuk membenarkan musuh untuk melepaskan diri (atau sekurang-kurangnya kelihatan berpeluang), kerana tentera sasaran itu akan berjuang dengan lebih azam apabila dikepung sepenuhnya, tetapi akan kehilangan formasi dan menjadi lebih terdedah kepada kemusnahan jika memiliki ruang melarikan diri.

Pergerakan ini mungkin telah pertama telah digunakan dalam Pertempuran Marathon pada 490 SM. Ahli sejarah Herodotus menerangkan bagaimana Jeneral Athens Miltiades menggerakkan pasukan 10,000 hoplite Athens dan 900 Plataean dalam bentuk U, dengan bahagian sayap ditempatkan lebih mendalam berbanding bahagian tengahnya. Musuhnya mengatasi bilangan tenteranya dengan banyaknya, dan Miltiades memilih untuk menyamakan keluasan garis tempur Parsi dengan menipiskan bahagian tengah pasukannya sementara mengukuhkan bahagian sayapnya. Semasa pertempuran, formasi bahagian tengah yang lebih lemah berundur, membolehkan bahagian sayap untuk bercantum di belakang barisan pertempuran Parsi dan memaksa tentera Parsi yang lebih ramai, tetapi bersenjata ringan untuk berundur dengan panik.

Gerakan itu juga telah digunakan oleh Alexander Agung dalam Pertempuran Hydaspes pada 326 SM. Dia melancarkan serangannya di rusuk kiri pasukan India, panglima India Porus bertindak balas dengan menghantar pasukan berkuda di sebelah kanan pembentukan beliau sebagai sokongan. Alexander telah meletakkan dua unit berkuda di sebelah kiri kedudukan beliau, tersembunyi dari pandangan, di bawah pimpinan Coenus dan Demitrius. Unit-unit ini kemudian dapat mengikuti pasukan berkuda Porus keliling, memerangkap mereka dalam gerakan mengacip yang klasik. Langkah taktikal bijak oleh Alexander adalah penting bagi memastikan apa yang ramai menganggap sebagai kemenangan terakhirnya yang besar.

Sekitar 300 SM pembentukan ini disebut di dalam epik besar India Mahabaratha, nama pembentukan digelar Garuda Vyuha (pembentukan helang). Terdapat formasi lain yang disebut dalam Mahabaratha seperti Shakada Vyuha (formasi pedati), Pathma atau Chakra Vyuha (formasi Teratai atau Gelungan), Sughi Mugha Vyuha (ketua formasi pin) dan gabungan semua formasi ini.

The most famous example of its use was at the Battle of Cannae in 216 BC, when Hannibal executed the maneuver against the Romans. Military historians view this as one of the greatest battlefield maneuvers in history, and cite it as the first successful use of the pincer movement that was recorded in detail,[1] by the Greek historian Polybius.

Contoh penggunaannya yang paling terkenal adalah semasa Pertempuran Cannae pada 216 SM, apabila Hannibal melaksanakan gerakan ini terhadap orang-orang Rom. Sejarahwan tentera melihat langkah ini sebagai salah satu gerakan medan perang terbesar dalam sejarah, dan memetiknya sebagai penggunaan pergerakan kacip pertama yang berjaya yang telah direkodkan secara terperinci,[1] oleh ahli sejarah Yunani Polybius.

Ia juga kemudiannya digunakan dengan berkesan oleh Khalid bin al-Walid semasa Pertempuran Walaja di 633, oleh Alp Arslan dalam Pertempuran Manzikert pada 1071 (di bawah nama taktik bulan sabit), pada Pertempuran Mohács oleh Sulaiman Agung pada tahun 1526 dan oleh Field Marshal Carl Gustav Rehnskiöld dalam Pertempuran Fraustadt pada 1706.

Daniel Morgan menggunakannya dengan berkesan dalam Pertempuran Cowpens pada 1781 di Carolina Selatan. Ramai menganggap pelan licik Morgan di Cowpens sebagai taktikal agung Perang Kemerdekaan Amerika.

Impi Zulu menggunakan versi gerakan yang mereka panggil pembentukan tanduk kerbau.

Genghis Khan menggunakan bentuk asas yang dikenali secara tidak rasmi sebagai taktik tanduk. Dalam kes itu, dua rusuk berkuda menyelubungi musuh, sungguhpun mereka biasanya kekal tidak bercantum, memberikan musuh jalan keluar ke belakang, seperti yang dinyatakan di atas. Ini merupakan kunci pada banyak kemenangan awal Genghis ke atas suku kaum Mongolia yang lain.

 
Pertempuran Kirkuk (1733) (Agh-Darband)

Sunggunpun pada era kuda dan senapang lantak kita lihat gerakan ini yang digunakan oleh banyak budaya ketenteraan, contohnya pengepungan berkembar klasik telah digunakan oleh penakluk Asiatik Nader Shah semasa Pertempuran Kirkuk (1733) terhadap pasukan Uthmaniyah di mana tentera Parsi di bawah Nader mengapit pasukan Uthmaniyah pada kedua-dua hujung garisan mereka dan mengepung bahagian tengah mereka sungguhpun dengan bilangan yang lebih kecil. Dalam satu lagi pertempuran di Kars di 1745, Nader menghalau tentera Uthmaniyah dan seterusnya mengepung perkhemahan mereka. Tentera Uthmaniyah tidak lama kemudian, runtuh di bawah tekanan pengepungan.

Gerakan itu terkenal dibangunkan pada kesempurnaan dalam serangan kilat angkatan tentera Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Dalam kes ini, ia bukannya sekadar gerakan infantri semata-mata, ia telah berkembang menjadi satu usaha kompleks pelbagai disiplin yang membabitkan pergerakan pantas oleh pasukan perisai berjentera, deretan meriam, pengeboman tentera udara, dan radio komunikasi dengan objektif utama adalah untuk memusnahkan keberkesanan rantaian perintah dan kawalan musuh, melemahkan moral tentera musuh, dan mengganggu talian perbekalan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Appendix C" (PDF). The complete book of military science, abridged. Diarkibkan daripada yang asal (PDF file —viewed as cached HTML—) pada 2002-01-13. Dicapai pada March 25, 2006. Cite has empty unknown parameter: |(empty string)= (bantuan)

Bacaan lanjut sunting

  • U.S. Army training manual diagram of different modes of attack, including double envelopment
  • GlobalSecurity.org essay with a section on envelopments
  • Academic paper on military diagramming with diagram of a double envelopment
  • Map of Georgy Zhukov's double envelopment at the battle of Stalingrad