Fil Marsyal (Tun) Sir Gerald Walter Robert Templer, SMN[nota 1][1]KG, GCB, GCMG, KBE, DSO (11 September 1898 – 25 Oktober 1979) adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat British yang berjuang di kedua-dua Perang Dunia I dan Perang Dunia II . Beliau terkenal kerana berjaya mematahkan pemberontakan gerila komunis di Malaya antara tahun 1952 dan 1954. Templer telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada tahun 1952 bagi menggantikan Sir Henry Gurney, pesuruhjaya yang telah dibunuh oleh komunis pada 6 Oktober 1951 , semasa dalam perjalanan ke Bukit Fraser. Beliau memperhebatkan Rancangan Briggs untuk menentang komunis. Beliau menyedari bahawa penggunaan senjata semata-mata tidak akan berjaya menentang komunis.Oleh itu beliau telah melancarkan kempen ‘memenangi hati dan fikiran rakyat’

Sir Gerald Templer
Jeneral Sir Gerald Templer di Tanah Melayu pada 1953.
Nama samaran"Harimau Malaya"
Kelahiran(1898-09-11)11 September 1898
Colchester, Essex, England
Meninggal dunia25 Oktober 1979(1979-10-25) (umur 81)
Chelsea, London, England
KesetiaanUnited Kingdom
PerkhidmatanTentera Darat British
Tahun perkhidmatan1916–1958
PangkatFil Marsyal
Jumlah perkhidmatan15307
UnitFusiliers Irish Diraja
Rejimen Loyal (Lancashire Utara)
ArahanKetua Turus Am Imperial (1955–58)
Markas Timur (1950–52)
Divisyen Ke-6 Armor (1944)
Divisyen Ke-56 (London) Infantri (1943–44)
1 Divisyen Infantri (1943)
Kor XI (1943)
Kor II (1942–43)
Divisyen Ke-47 (London) Infantri (1942)
Briged Ke-210 Infantri Bebas (Wataniah) (1940–41)
Batalion Ke-9, Rejimen Sussex Diraja (1940)
PertempuranPerang Dunia I
Pemberontakan arab di Palestin
Perang Dunia II
Darurat Tanah Melayu
Krisis Suez
AnugerahKnight of the Order of the Garter
Knight Grand Cross of the Order of the Bath
Knight Grand Cross of the Order of St Michael and St George
Knight Commander of the Order of the British Empire
Distinguished Service Order
Dipuji Dalam Perutusan (2)
Commander of the Legion of Merit (Amerika Syarikat)
Commander of the Order of Leopold II (Belgium)
Croix de guerre (Belgium)
Grand Officer of the Order of Orange-Nassau (Netherlands)
Seri Maharaja Mangku Negara (Tun)

Beliau telah menawarkan hadiah-hadiah yang besar kepada mereka yang berjaya menangkap atau membunuh komunis. Tawaran terhadap Chin Peng adalah sebanyak $250 000. Templer juga mengisytiharkan kawasan putih dan kawasan hitam. Pada tahun 1954, Templer meninggalkan Tanah Melayu selepas komunis gagal merampas kuasa. Beliau telah digantikan oleh Donald MacGilivray. Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Ketua Turus Am Imperial, iaitu ketua profesional Tentera Darat British, dari tahun 1955 hingga 1958. Beliau merupakan ketua penasihat ketenteraan kepada Perdana Menteri Anthony Eden semasa Krisis Suez.

Kerajaan Malaysia telah menamakan Dewan Utama di Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur di Sungai Besi, sebagai "Dewan Tun Templer" sebagai menghormatinya.[2] Mereka juga menamakan Hutan Lipur Templer di Rawang sebagai penghormatan jasa beliau di Malaysia.[3]

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Nota sunting

  1. ^ Templer dikurniakan darjah kebesaran tertinggi Tanah Melayu, Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) dengan gelaran "Tun" pada 1 Ogos 1960. Pada masa itu darjah ini terhad kepada 25 orang pemegang hidup. Templer memang digelar "Tun" semasa berkhidmat di Malaya akan tetapi panggilan ini tidak rasmi sehinggalah dikurniakan SMN.

Rujukan sunting

  1. ^ Cloake, John (1985). Templer, Tiger of Malaya. London: Harrap Limited. m/s. 399. ISBN 0245542043.
  2. ^ "Royal Military College: facilities". Geocities. Dicapai pada 2 January 2012.
  3. ^ "Templer's Park". Malai Adventure. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2 January 2012.

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting

Pegawai tentera
Didahului oleh
John Utterson-Kelso
Panglima Divisyen Ke-47 Infantri (London)
April–September 1942
Diikuti oleh:
Alfred Robinson
Didahului oleh
James Steele
Panglima Kor II
1942–1943
Diikuti oleh:
Herbert Lumsden
Didahului oleh
Gerard Bucknall
Panglima Kor XI
April – Julai 1943
Jawatan dimansuhkan
Didahului oleh
Walter Clutterbuck
Panglima 1 Divisyen Infantri
Julai – Oktober 1943
Diikuti oleh:
Ronald Penney
Didahului oleh
Douglas Graham
Panglima Divisyen Ke-56 Infantri (London)
1943–1944
Diikuti oleh:
John Whitfield
Didahului oleh
Vyvyan Evelegh
Panglima Divisyen Ke-6 Armor
Julai – Ogos 1944
Diikuti oleh:
Horatius Murray
Didahului oleh
Freddie de Guingand
Pengarah Perisikan Tentera
1946–1948
Diikuti oleh:
Douglas Packard
Didahului oleh
Sir Frank Simpson
Naib Ketua Turus Am Imperial
1948–1950
Diikuti oleh:
Sir Nevil Brownjohn
Didahului oleh
Sir Evelyn Barker
Panglima Markas Timur
1950–1952
Diikuti oleh:
Sir George Erskine
Didahului oleh
Sir John Harding
Ketua Turus Am Imperial
1955–1958
Diikuti oleh:
Sir Francis Festing
Gelaran Kehormat
Didahului oleh
Sir Richard Howard-Vyse
Kolonel Pengawal Kuda Diraja
1951–1962
Consolidated to form Blues and Royals
Pejabat-pejabat kerajaan
Didahului oleh
Sir Henry Gurney
Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu
1952–1954
Diikuti oleh:
Sir Donald MacGillivray
Gelaran Kehormat
Didahului oleh
Earl Alexander dari Tunis
Konstabel Menara London
1965–1970
Diikuti oleh:
Sir Richard Hull
Didahului oleh
Earl Alexander dari Tunis
Lord Leftenan London Raya
1966–1973
Diikuti oleh:
Lord Elworthy