Gerbang Maghribi
بوابة المغرب

Bendera Maghribi
Bendera Maghribi
Jata negara Maghribi
Jata negara Maghribi
Peta Maghribi dalam Afrika.

Maghribi (Jawi: مغربي‎ - Arab: المملكة المغربية, rumi: Al-Mamlakat al-Maghribīyah; bahasa Amazigh piawai Maghribi: ⵜⴰⴳⵍⴷⵉⵜ ⵏ ⵍⵎⵖⵔⵉⴱ Tageldit n Lmeghrib) ialah sebuah negara di Afrika Utara yang mempunyai satu garis pinggir laut yang panjang di sepanjang Lautan Atlantik yang menjangkau Selat Gibraltar sehingga Laut Mediterranean.

Maghribi memiliki populasi lebih dari 35 juta orang, dengan keluasan 446,550 km2. Ibu kotanya ialah Rabat dan kota terbesarnya adalah Casablanca. Negara ini bersempadan dengan Algeria di timur, Laut Mediterranean dan Sepanyol di utara, dan Lautan Atlantik di barat. Namun begitu, kawasan dan sempadan selatannya mengalami pertikaian wilayah; Maghribi menuntut hak milik Sahara Barat dan telah mentadbirkan kebanyakan wilayah itu sejak tahun 1975.

Maghribi ialah sebuah negara yang mengamalkan raja berperlembagaan, dan merupakan sebuah negara Islam secara rasmi. Maghribi ialah ahli sebilangan persatuan sedunia, termasuk Liga Arab, Kesatuan Afrika, Kesatuan Arab Maghrib, Pertubuhan Persidangan Islam, Kumpulan Dialog Mediterranean, Kumpulan 77, La Francophonie serta sebuah sekutu bukan NATO yang utama bagi Amerika Syarikat.

Rencana pilihan

Masjid Hassan II di Casablanca, Maghribi

Masjid Hassan II (Arab: مسجد الحسن الثاني; Perancis: Grande Mosquée Hassan II) merupakan sebuah masjid di Casablanca, Maghribi. Ia adalah masjid berfungsi kedua terbesar di Afrika dan merupakan yang ke-14 terbesar di dunia. Menaranya ialah menara kedua tertinggi di dunia pada 210 meter (689 ka). Disiapkan pada tahun 1993, ia telah direka oleh Michel Pinseau di bawah bimbingan Raja Hassan II dan dibina oleh tukang-tukang Maghribi dari seluruh kerajaan. Menara setinggi 60 tingkat di atasnya dengan laser, cahaya darinya diarahkan ke Makkah. Masjid ini berdiri di atas tanjung yang menghadap ke Lautan Atlantik; jemaah boleh bersolat di atas laut tetapi tidak ada lantai kaca yang melihat ke dalam laut. Dindingnya daripada marmar buatan tangan dan bumbung boleh ditarik balik. Maksimum 105,000 jemaah boleh berkumpul untuk solat: 25,000 di dalam dewan masjid dan 80,000 lagi di luar masjid.

(Lebih mengenai...)

Gambar pilihan

Menara Mohammed VI
Menara Mohammed VI

Menara Mohammed VI di Salé, Maghribi.


Kategori

Gerbang yang berkaitan