Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (bahasa Inggeris: The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, atau secara tidak formal Gereja Mormon merupakan sebuah gereja Kristian yang berasal dari Amerika Syarikat dan wujud sejak tahun 1860.[1] Gereja ini berpejabat di Salt Lake City, Utah dan telah menubuhkan pelbagai kongregasi dan bait suci di negara lain. Gereja ini telah dikatakan mempunyai hampir 16 juta pengikut di seluruh dunia.[2][3] Gereja ini dianggap oleh pengikutnya sebagai pemulihan gereja yang telah didiri oleh Yesus Kristus. Gereja ini merupakan mazhab anutan Kristian yang keempat terbesar di Amerika Syarikat mengikut sistem kedudukan yang digunakan Majlis Gereja-Gereja Negara (National Council of Churches) di negara tersebut.[4]

Pengikut gereja ini - dipanggil sebagai "orang suci" dalam lingkungan mereka - mempercayai bahawa Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya adalah prinsip yang paling penting dalam agama mereka.[5][6] Sebagai sebahagian daripada ajaran wahyu yang menerusi, mereka percaya bahawa gereja mereka dipimpin oleh Tuhan sendiri melalui seorang nabi yang hidup, di mana pemimpin gereja ini dipercayai sebagai seorang "nabi, pelihat, dan pewahyu." Gereja ini mempunyai suatu kanon yang terbuka terdiri daripada empat buah kitab suci[7] iaitu Bible (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru), Kitab Mormon, Doctrine and Covenants, serta Pearl of Great Price.

Para penganutnya, sama ada lelaki atau wanita digalakkan berkhidmat sebagai mubaligh mewakili gereja itu untuk berdakwah secara rela selama dua tahun. Gereja ini juga bertumpu terhadap kerja-kerja yang memberi kebajikan. Ahli-ahli gereja ini yang beriman juga mengikut pelbagai ajaran yang digalakkan dalam gereja ini seperti suatu kod kesihatan yang menghalang penganut mereka daripada mengambil makanan tertentu (Word of Wisdom), berpuasa, menumpukan ibadat mereka terhadap hari suci mereka pada hari Sabtu, dan juga memberi sepuluh peratus daripada gajinya untuk gereja.

Rujukan sunting

  1. ^ Green, Doyle L. (January 1971). "April 6, 1830: The Day the Church Was Organized". Ensign. Intellectual Reserve, Inc. Dicapai pada 3 April 2017.
  2. ^ "2016 Statistical Report for 2017 April Conference", Mormon Newsroom, April 1, 2017.
  3. ^ Riess, Jana. "Mormon growth slows to its lowest level since 1937. Here's why that's great news". Religion News Service. Dicapai pada October 23, 2016.
  4. ^ "National Council of Churches News: Church giving drops $1.2 billion reports 2012 Yearbook of Churches", ncccusa.org, National Council of Churches, March 20, 2012
  5. ^ Smith 1976, halaman 121 "The fundamental principles of our religion are the testimony of the Apostles and Prophets, concerning Jesus Christ, that He died, was buried, and rose again the third day, and ascended into heaven; and all other things which pertain to our religion are only appendages to it."
  6. ^ Monson, Thomas S. (January 2003), "The Way of the Master", Ensign: 2–7
  7. ^ Templat:Lds

Pautan luar sunting

Laman web gereja rasmi