Gerimis Mengundang

Filem Malaysia 2012 arahan Ahmad Idham

Gerimis Mengundang ialah filem Malaysia yang diarahkan oleh Ahmad Idham pada tahun 2012. Filem bergenre romantik ini dilakonkan oleh Kamal Adli dan pelakon Indonesia Olivia Lubis Jensen sebagai watak utama.

Gerimis Mengundang
PengarahAhmad Idham
PenulisAzwan Anuar
Dihasilkan olehDatuk Md Afendi Hamdan
DibintangiKamal Adli
Olivia Lubis Jensen
Muzik olehYovies & Nuno
Syarikat
penerbitan
Erama Creative Sdn Bhd
Diedarkan olehExcellent Pictures
Tarikh tayangan
31 Mei 2012
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Malaysia

Sinopsis sunting

Zamani seorang juruterbang yang berkhidmat di Sabah Air, Kota Kinabalu telah bertemu dengan seorang gadis berasal dari Kota Jakarta, Mikha, yang juga anak kepada Pak Harjo, Wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini.

Pertemuan yang tidak sengaja dengan keadaan salah faham di antara Mikha dan Zamani, telah membibitkan rasa kasih sayang, apabila Pak Harjo telah tewas dalam kecelakaan ketika dalam perjalanan untuk lawatan kerja di Tamparuli, Tuaran, Sabah.

Dengan kekosongan hati Mikha, dia akhirnya menerima Zamani sebagai penganti kekosongan itu. Namun, ianya tidak lama apabila Doni, tunangan Mikha sejak kecil, telah bertemu mereka di Kota Kinabalu. Pertemuan itu telah menyebabkan Zamani patah hati.

Apa yang terjadi kepada perhubungan Zamani dan Mikha? Bagaimana pula Doni yang telah menjadi tunangan sejak mereka kecil. Dan mampukah Mikha mendapatkan cintanya semula dari Zamani.

Pelakon sunting

Watak utama
Dibantu oleh
  • Denny Martin sebagai Pak Harjo
  • - sebagai Ibu Maria
  • Ag Karim Abd Kadir sebagai Bapa angkat Zamani
  • Hasnah Ibrahim sebagai Ibu angkat Zamani
  • Fauzee Harith (cameo)

Pautan Luar sunting