Germain Katanga (lahir 28 April 1978),[1] juga dikenali sebagai Simba,[1] ialah seorang bekas pemimpin Barisan Penentangan Patriotik di Ituri (FRPI).[2] Pada 17 Oktober 2007, kerajaan Congo menyerahkan beliau kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi dibicarakan terhadap enam kiraan jenayah perang dan tiga kiraan jenayah terhadap kemanusiaan.[1][3] Tuduhannya termasuklah pembunuhan, perhambaan seksual dan menggunakan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dalam pertempuran.[3]

Germain Katanga
Kelahiran (1978-04-28) 28 April 1978 (umur 45)
WarganegaraRepublik Demokratik Congo
Nama lainSimba
Terkenal keranaDidakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan

Pada 7 Mac 2014 Katanga disabitkan oleh ICC terhadap lima kiraan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, sebagai peserta terhadap pembunuhan beramai-ramai Februari 2003 di kampung Bogoro di Republik Demokratik Congo.[4] Keputusan ini ialah sabitan kedua pernah dijatuhkan dalam 12 tahun operasi Mahkamah Jenayah Antarabangsa, iaitu selepas sabitan 2012 terhadap Thomas Lubanga Dyilo.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Mahkamah Jenayah Antarabangsa (2 Julai 2007). "Warrant of arrest for Germain Katanga" (PDF 202 KB). Dicapai pada 10 Mac 2014.
  2. ^ Mahkamah Jenayah Antarabangsa (19 Oktober 2007). Kenyataan Fatou Bensouda, Timbalan Pendakwa, semasa sidang akhbar berkenaan penahanan Germain Katanga Diarkibkan 2007-10-28 di Wayback Machine. Dicapai 21 Oktober 2009.
  3. ^ a b Mahkamah Jenayah Antarabangsa (18 Oktober 2007). Second arrest: Germain Katanga transferred into the custody of the ICC Diarkibkan 2007-10-29 di Wayback Machine. Dicapai 21 Oktober 2009.
  4. ^ Germain Katanga: Guilty of war crimes, the brutal warlord who terrorised the Democratic Republic of Congo, The Independent, 7 Mac 2014. Dicapai 8 Mac 2014
  5. ^ Katanga found guilty over war crimes, Irish Times, 8 Mac 2014. Dicapai 8 Mac 2014.

Pautan luar sunting