Geseran adalah daya yang melawan gerakan pada dua permukaan yang bersentuhan. Daya geseran menghalang pergerakan relatif dua bahan yang menggelongsor antara satu sama lain. Daya geseran mengubah tenaga kinetik menjadi haba atau bunyi.

,

iaitu

adalah pekali geseran,
adalah daya normal pada tempat berlakunya geseran,
adalah daya geseran.

Daya ini memiliki arah yang berlawanan dengan arah pergerakan bahan.

Asal daya geseran sunting

Daya geseran merupakan interaksi mikro antara kedua-dua permukaan yang saling bersentuhan. Daya-daya yang turut bekerja adalah daya elektrostatik pada setiap permukaan. Dahulu dipercayai bahawa permukaan yang licin akan menyebabkan daya geseran (atau tepatnya pekali daya geseran) menjadi lebih kecil nilainya dibandingkan dengan permukaan yang kasar,tetapi kini tidak lagi begitu. Binaan mikro (atau nano secara tepat) pada permukaan benda dapat menyebabkan geseran menjadi minimum, malah cecair tidak lagi dapat membasahinya (kesan lotus).

Jenis sunting

Terdapat dua jenis daya geseran, iaitu;

  • daya geseran statik
  • daya geseran kinetik

yang dibezakan antara titik-titik sentuh antara kedua-dua permukaan yang tetap atau saling berganti.

Geseran statik sunting

Geseran statik berlaku apabila dua buah objek yang bersentuhan tidak bergerak secara relatif. Sebagai contoh, geseran statik menyebabkan sebuah objek pada satah condong tidak terjatuh. Daya geseran ini perlu diatasi sebelum sesebuah objek yang dikenakan daya boleh digerakkan. Nilai daya geseran statik maksimum yang boleh dialami sesebuah objek sebelum bergerak ialah hasil darab pekali geseran statik,  , dan daya normal:  .

Geseran kinetik sunting

Geseran kinetik berlaku apabila terdapat pergerakan relatif antara dua buah objek. Pekali geseran kinetik,   lazimnya bernilai lebih rendah daripada pekali geseran statik bagi bahan yang sama.[1][2] Nilai daya gesreran kinetik yang dialami sebuah objek yang bergerak ialah hasil darab hasil darab pekali geseran kinetik dan daya normal:  .

Rujukan sunting

  1. ^ Sheppard, Sheri; Tongue, Benson H.; Anagnos, Thalia (2005). Statics: Analysis and Design of Systems in Equilibrium. Wiley and Sons. m/s. 618. ISBN 978-0-471-37299-8. In general, for given contacting surfaces, μk < μs
  2. ^ Meriam, James L.; Kraige, L. Glenn; Palm, William John (2002). Engineering Mechanics: Statics. Wiley and Sons. m/s. 330. ISBN 978-0-471-40646-4. Kinetic friction force is usually somewhat less than the maximum static friction force.

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Geseran di Wikimedia Commons