Buka menu utama

Getaran Jiwa ialah lagu yang digubah dan dirakam oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, dengan liriknya oleh S. Sudarmaji. Lagu ini juga dinyanyikan oleh beliau yang melakonkan watak Ghazali, kepada Tengku Zaleha (Saadiah) dalam filem Antara Dua Darjat yang ditayangkan pada tahun 1960[1]. Lagu Getaran Jiwa telah mencapai taraf "malar hijau" sehingga ramai artis lain yang merakam semula lagu ini dalam pelbagai bentuk, dari dahulu hingga kini. Lagu ini juga pernah disadur oleh pengubah lagu asing iaitu Lobo dengan tajuk Whispers in the Wind.[2] Lagu ini masih diminati sehingga kini sebagaimana yang dipersembahkan oleh Jamal Abdillah melalui konsert Jamal... Kembara Seniman pada tahun 2009.[3]

"Getaran Jiwa"
Lagu oleh P. Ramlee
daripada album runut bunyi Antara Dua Darjat
Dilancarkan28 Mei 1960
GenrePop
BahasaMelayu
Panjang3:20
SyarikatMalay Film Productions Ltd.
PenulisS. Sudarmaji
PenggubahP. Ramlee

Rakaman oleh ArtisSunting

Artis-artis ternama yang berbuat demikian termasuk:

  • Roland Kent Lavoie (Lobo) yang merakamnya dalam bahasa Inggeris dengan tajuk Whispers In The Wind pada 1970-an.
  • Sheila Majid merakam lagu ini sebagai penghormatan kepada P. Ramlee dalam album Lagenda (1993).
  • Kumpulan muzik KRU melakukan inovasi dengan "berduet" dengan P. Ramlee, iaitu menggunakan teknologi rakaman terkini untuk merakam lagu ini dengan memperbaharui muzik dan menerapkan suara beliau dengan teliti. Lagu ini terdapat dalam album Krumania.
  • Pemain seruling terunggul dari Jepun, Kitaro mempersembahkan versi instrumental yang bertajuk Dawn In Malaysia: Getaran Jiwa.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Filem - Antara Dua Darjat (1960)". Dicapai 23 Disember 2012. 
  2. ^ "Lagu Saduran dalam Industri Hiburan". 2 Disember 2011. Dicapai 23 Disember 2012. 
  3. ^ Wan Asrudi Wan Hasan (7 Ogos 2009). "Jamal lagukan kisah hidupnya". Harian Metro. Dicapai 23 Disember 2012. 

Pautan luarSunting