Ghaib (drama)

Ghaib adalah merupakan sebuah drama bersiri adaptasi daripada novel bertajuk ‘Projek Seram Terowong’ nukilan tiga penulis genre seram Buku Prima - A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad, dan Syasya Bellyna. Ghaib juga adalah merupakan salah satu judul dalam novel ini. Siri original Tonton (Tonton Original Series) ini ditayangkan di laman penstriman popular itu bermula 15 Disember 2018. Bakal ke udara buat pertama kalinya di kaca televisyen, TV3 mulai 10 Ogos 2021 bagi menggantikan siri Mata Ketiga.

Ghaib
GenreSeram
Mistik
Misteri
Berdasarkan daripada
Ghaib karya Nurul Omar
PenciptaZaifuzaman Ahmad
Ditulis olehSiti Solehah
Aida Aida
PengarahNg Ken Kin
Dibintangi oleh
Shukri Yahaya
Elizad Sharifuddin
Eyka Farhana
Chacko Vadaketh
Joanna Bessey
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato' Sadupal Singh
Vareen Kaur
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
LokasiUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Syarikat penerbitan
Orangtree Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTonton (2018)
TV3 (2021)
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal15 Disember 2018 - 16 Februari 2019 (Tonton),
10 Ogos – 25 Ogos 2021 (TV3)
Kronologi
MengikutiMata Ketiga

SinopsisSunting

Membawa elemen kisah permainan 'spirit of coins' yang cukup terkenal di kalangan penghuni asrama dan peserta perkhemahan.

Permainan ini dianggap mempunyai misterinya yang tersendiri kerana roh individu yang sudah mati akan menghantui para pemainnya.

Drama ini berlatarkan sebuah kolej yang mana belakang bangunan kolej itu terdapat sebuah gua terbiar.

Suatu malam, empat orang pelajar, Mimie (Scha Elinnea), Jessica (Eyka Farhana), Nina (Erynne Erynna) dan Suzi (Qara Lyana) memasuki gua berkenaan untuk bermain 'spirit of coins'.

Mereka menyeru roh penunggu di dalam gua, sebelum satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona (Chandni Kaur DFKL) memunculkan diri.

Mereka yang berada dalam ketakutan, lantas melarikan diri ke pondok pengawal keselamatan kolej untuk membuat aduan. Namun mereka menyedari Mimie sudah tiada lagi bersama mereka.

Kehilangan pelajar perempuan itu kemudiannya telah menjadi kes polis.

Detektif Riza (Shukri Yahaya) dan Inspektor Anita (Siti Elizad Sharifuddin) yang ditugaskan untuk menjalankan siasatan, bagaimanapun enggan mempercayai kisah kewujudan hantu Mona yang diperkatakan ramai.

Malah mereka menolak cakap-cakap yang mengatakan kolej itu berpuaka.

Puan Maurice (Joanna Bessey) selaku pengetua tidak menyenangi kehadiran detektif di kolejnya lantas meminta mereka supaya mengunci mulut tentang kejadian yang berlaku kerana ingin menjaga nama baik premisnya.

Detektif Riza dibelenggu rasa aneh kerana misteri kehilangan pelajar itu langsung tidak meninggalkan sebarang jejak.

PelakonSunting

UtamaSunting

Dibantu olehSunting

RujukanSunting