Ghazali bin Ibrahim

(Dilencongkan dari Ghazali Ibrahim)

Datuk Paduka Ghazali bin Haji Ibrahim ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Padang Terap selama sepenggal (2004-2008). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia Dato' Seri Najib Razak (2014-2018) dan menjadi EXCO Kedah (1995-1999).

Datuk Paduka

Ghazali bin Ibrahim
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia
Dalam jawatan
2014–2018
Menteri Najib Razak
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Padang Terap
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Zawawi Ahmad
Digantikan oleh Mohd Nasir Zakaria
Majoriti2,172 (PRU-11)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
1995–1999
Menteri Besar Sanusi Junid
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Pedu
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Wan Jaafar Wan Ahmad
Majoriti1,047 (PRU-9)
Butiran peribadi
Lahir1954 (70 tahun)
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Menteri di Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya. Pada 7 Julai 2014, beliau telah mengangkat sumpah di hadapan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra disaksikan bersama-sama oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa .[1]

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Ghazali sebelum ini juga pernah dilantik menjadi Exco Negeri Kedah (1995-1999) dan anggota Parlimen Padang Terap (2004-2008).[2]

Beliau juga memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah FELCRA Berhad iaitu sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bermula 17 Julai 2013.[3]

Politik sunting

Beliau telah dua kali bertanding sebagai calon ahli parlimen dalam Pilihanraya Umum Malaysia.[4]

P7 PADANG TERAP Calon Parti Undi Majoriti
Pilihan Raya Umum 2004 Dato' Ghazali Ibrahim     UMNO 14,776 2,172
Zawawi Haji Ahmad   PAS 12,604 -
Pilihan Raya Umum 2008 Mohd Nasir Zakaria   PAS 15 003 369
Datuk Paduka Ghazali Ibrahim     UMNO 14,634 -

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-16. Dicapai pada 2016-05-07.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-05. Dicapai pada 2016-05-07.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-04. Dicapai pada 2016-05-07.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-10. Dicapai pada 2021-09-27.